Sunday, March 6, 2011

Prosedur suntikan benih suami IUI

Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)


Rawatan secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.  Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’(intra uterine insemination).


Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?

1.        Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.
2 .       Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)
3 .       Isteri mengidap penyakit endometriosis  stage 1 tetapi saluran fallopian tuidak tersumbat.
4 .       Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.

Cara menjalani IUI

1.         Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 2, 3 atau 4 biji sehari , selama 5 hari.  Dos bergantung pada berat badan ditentukan olih pakar. Talipon Klinik 0320941115 untuk appointment .
2. Buat ujian ovulation test mulai hari ke10 bagi mereka yang haidnya teratur pusingan 28 - 30 hari. Gunakan air kencing tengah hari. Bagi mereka yang haid tidak teratur - pengidap PCOS mula ujian ovulation hari 14. Buat setiap tengah hari (pukul 12 - 2.00 pm) sehingga dua line sama warna  control dan test sama. Itu tanda positif.

 Telepon klinik bila positif untuk datang keesokkan hari untuk scan dan seterusnya IUI
3.    Lepas haid bolih adakan pesetubuhan sehingga hari ke12. Berhenti 2 hari sebelum datang klinik untuk scanning bagi mengesan pematangan telor.


X

 .
3.         Pada hari subur - hari ke14 - 18.datang keklinik untuk buat transvaginal scanning (TVS) untuk mengesan telor- berapa telor dan sudah matang atau belum, sudah menetas (ovulation) atau belum.
Jika sukar untuk datang untuk buat scan, pilihan lain untuk mengesan ;ovulation' atau penetasan telor ialah dengan mencatitkan suhu badan BBT sebaik sahaja ubat subur dimulakan. Kaedah catit BBT


4.         Pada hari penetasan telur berlaku (setelah disahkan dengan transvaginal ultrasound), suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas. 

Bagi suami yang sering bertugas diluar negara, offshore atau outsation pada ketika isterinya subur, mereka bolih menyimpan benih dalam freezer khas dan bolih digunakan untuk IUI jika perlu.(sperm freezing)



5.         Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim. Selepas suntikan ia berehat selama 30 minit. Hubungan seks masih bolih dilakukan mulai keesokan malam berselang2 malam selama 7-10 hari, kerana seringkali ada banyak telor yang dihasilkan dengan rangsangan clomid dos tinggi.

6.         Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan
tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.
Rawatan cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang 2-3 bulan.

Anggaran kos ialah RM 800 untuk setiap prosedur IUI

14 comments:

  1. As salam Doc,

    sy nak tahu bilakah waktu subur saya, sekiranya pusingan haid saya adalah dalam lingkungan 18 hari atau paling lama 23 hari?

    adakah pusingan haid ini adalah normal?

    ReplyDelete
  2. mungkin hari ke 14 jugak. Cuba try basal body termometer untuk cari hari subur...

    ReplyDelete
  3. PAstikan amik evening primrose oil untuk pastikan kesuburan..

    ReplyDelete
  4. salam doc..

    sy nk tny.. 31 Mac (mlm) sy bersama suami, keesokannya 1 Apr sy buat transvaginal scanning stlh mkn clomid 3 biji sehari atas saranan doktor. malangnya.. tiada telur yg matang. adakah kesan dari bersama sehari sebelum membuatkn telur tak nampak dah matang?

    ReplyDelete
  5. salam doc,sya telah menjalani prosedur IUI(sbb low sperm count) sbyak 3 kali dan kali terakhir 1 thn lepas dan sudah mendirikan rmahtangga selama 4thn.Pada kali 1 & 2 dgn memakan clomid dan yg ke-3 sya tukar ke klinik pakar kesuburan lain di klang ,kali ini menggunakan kaedah injection hormon tanpa memakan clomid.sepanjang ke semua prosedur rawatan,tindakbalas sgt positif skali,telur matang tinggi hingga 3-4 cuma terlalu awal sedikit hari ke11 atau ke 12 dan stelah membuat (tsv) selepas rawatan IUI doc telah mengesahkan telur telah berjaya disenyawakan tetapi malangnyer selepas minggu ke-3 sya mengalami pendarahan dh doc mengesahkan sya keguguran kerana embrio gagal melekat dgn sempurna.adakah ini disebabakan ubatan2 stimulasi yg diberikan terlalu tinggi menyebabkan dinding rahim sya bertindakbalas lemah?doc menyaran kaedah IVF tetapi sya ragu2 kesan dos2 hormon yg akan diberikan akan memberi kesan yg sama.

    ReplyDelete
  6. Sy baru menjalani iui utk kali pertama. Selepas 3 jam, terdapat lendir+darah.... Adakah iui itu x berjaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lpas tu berjaya x IUI tu.. Sy pn mcm awk jgk lpas IUI 2-3 jam ada lendir n darah IUI 4/5/17

      Delete
  7. salam dokter...sekarang saya ada ambik suntikan depo provera dah hampir 2 taun...saya merancang untuk mengandung ank ke3 pada mei 2012..saya teringin sangat untuk melahirkan bayi kembar..adakah saya boleh menjalani proses iui ini untuk hamil bayi kembar walaupun saya tiada masalah kesuburan?..saya dan suami tiada keturunan kembar..last apoiment saya untuk ambik suntikan depo ialah 6 disember 2011..minta penjelasan dokter...terima kasih.

    ReplyDelete
  8. salam. saya pernah menjalani rawatan IUI. first time, gagal (walaupun air suami mencukupi dan saiz telur saya sgt bagus spt yg telah Dr saya katakn) percubaan kali ke 2, tak dpt buat IUI sebab telur tidak growing.. next month nak try lagi walaupun keyakinan saya pada rawatan IUI sudah luntur..

    ReplyDelete
  9. saya dah jalani IUI 2x .. x jadi juga... sedihh... now dah pregnant secara normal... syukur

    ReplyDelete
  10. assalam doktor..
    anggaran kos rm700 ni.. thn 2013 @ 2011 doktor?
    mohon tnya.. sebab nak buat budget..

    saya teringin nak buat IUI ni sbbnya kami dh 4 tahun lebih berkahwin.. saya pernah menjalani ujian di LPPKN.. saya dan suami kedua2nya ok.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk dekat hospital kerajaan kalau nak free treatment

      Delete
  11. salam doctor Hamid,
    dsuami saya mempunyai masalah pancutan yang kurang dan tak aktif. saya ingin melakukan IUI untuk dapatkan anak.dah tiga tahun kami brkahwin.Bila boleh dapatkan appointment doktor?Saya agak kosnya Rm700.Saya nak mulakan rawatan secepat mungkin kerana umur saya sekarang dah 33...

    ReplyDelete
  12. Salam doktor... sy nk bertanya. Masalah sy period x tetap. Kdgkale sampai 9bulan. Dan makan norcolut baru period. Apakah rawatan yg patut sy buat???

    ReplyDelete