Saturday, November 7, 2015

Khasiat air, isi dan minyak kelapa.


Saya amat terkilan dengan sikap orang malaysia yang pandang rendah terhadap buah2 dan sayur2 tempatan. Allah kurniakan semua ini sebagai rahmat yang penuh berkat dan khasiat untuk kesihatan kita. Mengapa kita lebih gemar makan buah2 dan sayur2 yang diimport yang kita tidak tahu kandungan kimia dan racun yang telah digunakan.
Kelapa adalah satu pokok ajaib yang hampir setiap bahgian memberi faedah kepada manusia.
Buah kelapa adalah sumber makanan terbaik mengandungi semua bahan karbohaidret, perotin dan lemak serta pelbagai vitamin, logam dan antioxidan.
Pokoknya mudah ditanam dimana2 tanah lapang atau terbiar dan tidak perlu penjagaan intensif. Baka2 baru saperti kelapa pandan cepat dan banyak buahnya.

Khasiat air kelapa muda.
Air kelapa muda dengan isinya(flesh) memang minuman kegemaran saya. Sekarang ia menjadi minuman harian saya. Kebetulan sekitar kawasan rumah saya ada beberapa pokok kelapa yang sentiasa berbuah. Alhamdulillah.

Air kelapa muda dan isinya mengadungi berbagai2 zat - karbohaidret, gula, perotin, lemak dan enjim2. Walau pun kelapa mengandungi banyak lemak lauric asid memberi banyak khasiat baik.
Berbagai logam2 (potassium, sodim, calcium phosphorus dan magnesium). Berbagai vitamin2 (B complex dan C) dan antioksidan.
Vit B complex untuk menggatikan sel2 dan tisyu rosak.
Vit. C meningkatkan ketahanan dan menangkis penyakit.
Potassium mengawal tekanan darah.
Gula sumber tenaga.

1. Meningkatan kesihatan badan.  

Membaiki penghazaman makanan dalam perut dan usus sebab kandungan enjim2 dalam air kelapa.
Memberi ketenangan emosi dan mental.
Mencegah cramp pada otot.
Menguatkan tulang.
Bantu cegah sakit sendi (athritis)
Cegah penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Menggalakan metabolisma gula dan secara  tidak langsung cegah penyakit diabetes.
Mempunyai kesan anti kanser.
Meningkat kan ketahanan (immunity) dan seterusnya menangkis serangan penyakit.

Air kelapa sesuai bagi semua tidak kira umor. Tidak ada sekatan untuk sesiapa yang gemar minum air kelapa muda.
Buah kelapa terdapat dimana2 kerana ia mudah ditanam dan cepat berbuah. Gunakanlah dan menfaatkan buah kelapa - air, isi, santan dan minyak- kerana ia satu kurniaan Allah kepada kita semua.

2. Sumber tenaga dan menampong hydration.

Mereka yang dahaga (ahli sukan) dan kurang air serta electrolyte sebab cirit birit atau muntah, air kelapa adalah sangat berkesan untuk memulihkan tenaga, imbangan electrolyte dan kekuatan jasmani.
Ramai ahli sukan mengiktiraf hakikat ini dan ramai yang minum untuk cepat pulihkan tenaga.
Malah air kelapa pernah diberikan secara iv drip kepada pesakit yang ditimpa dehydration.
Wanita awal hamil yang mengalami muntah2 dan tiada selera makan dan minum bolih dipulihkan imbangan electrolyte dan hydration dengan minum air kelapa . Ia juga bolih mengatasi masalah gastrik dan membaikki penghazaman.

3. Awet muda (anti ageing)

Air kelapa mengadungi cytokinines dan lauric asid yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kawalan sel2 dan tisyu. Punyai kesan anti ageing, anti beku darah dan anti kanser.

4. Kesihatan jantung, salurdarah dan otak.
Logam2 potassium dan magnesium mengawal tekanan darah. Air kelapa juga mengawal dan stabilkan aliran darah , cegah timbunan plaque yang bolih sumbatkan salurdarah jantung. Sebenarnya kesumbatan salurdarah jantung dan otak adalah disebabkan peroses radangan (inflammation) bukan sebab cholesterol tinggi.
Walaupun isi kelapa mengandungi banyak lemak tapi satu jenis lemak bergelar Lauric asid dalam air kelapa sangat bermenfaat kerana ia bertindak meningkatkan HDL (good cholesterol). Serangan jantung dan stroke dapat dikurangkan.
Jangan terpengaruh dengan dakyah orang barat bahawa minyak dan lemak kelapa memgancam kesihatan jatung dan otak.
Ada pakar berpendat amalan minum satu sudu minyaķ kelapa dara (VCO) setiap hari bolih kurangkan risiko penyakit alhzeimer, nyanyok dan stroke. Malah ada yang menggunakan sebagai rawatan.

5. Kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.

Bolih dikatakan khasiat buah kelapa yang terbanyak dan terbaik adalah kesannya kepada kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
Selain dari minum air kelapa muda saya juga gunakan minyak kelapa (VCO) yang saya wangikan dengan mencampur sedikit minyak atar.

Setiap hari saya sapukan pada kulit dan celah2 badan selepas mandi. Jelas kesannya hilang bau badan (BO) malah badan kita sedap baunya. Minyak kelapa akan diserap kedalam kulit dan masuk kedalam aliran darah untuk memberi berbagai2 khasiat kesihatan.

Dua kali dalam seminggu sebelum tidur saya lulur rambut kepala dengan minyak kelapa dan saya sikat rambut untuk meratakan minyak sehingga kulit kepala. Dua hari kemudian saya shampoo rambut.
Saya dapati rambut menjadi lebih sihat dan bersinar  serta kurang gugur. Kelmumur dapat dikawal. Pertumbuhan uban pun dapat diperlahankan, maklumkan umor saya hampir 71 tahun.
Saya percaya amalan saperti ini bolih beri menfaat kepala semua tanpa kira umor.
Minyak kelapa mencegah dari berbagai penyakit kulit saperti panau, kurap dan lain2 kerana lauric asid dalam minyak kelapa adalah anti bakteria, virus dan kulat .


6.Khasiat untuk bayi dan kanak2
Amalan melumur dan sapu minyak kelapa (VCO) kepada badan dan kepala bayi selepas mandi disamping mengurut2 dan merangsang otak dengan nyanyian, percakapan dan bacaan quran dan selawat dibuktikan meningkatkan kecerdasan otak bayi dan kanak.
Petua orang2 tua kanak2 demam virus, minum air kelapa mempercepatkan keluar ruam dan cepat sembuh. Kandungan lauric asid dalam kelapa adalah anti virus.

7. Khasiat air kelapa untuk wanita. 
Sangat sesuai untuk semua gulungan wanita khususnya yang sedang hamil, menyusukan bayi dan lepas bedah .
Mencantikan dan meningkatkan kesihatan kulit dan rambut.
Melawaskan kencing dan mengurangkan risiko jangkitan sistem perkincingan.
Baik untuk wanita hamil sambil ia memberi berbagai khasiat kesihatan air kelapa adalah sumber pemakanan bayi dalam kandungan. Ramai ibu2 yang mengatakan bayi mereka kulitya cerah dan berseri.