Sunday, January 23, 2011

Panduan untuk subur


Kalau menghadapi masalah ketidak suburan iaitu sukar hamil walaupun telah mencuba antara 6 bulan hingga setahun, sila buat pemeriksaan dan buat ujian kesuburan kedua2 suami dan isteri. Ikuti panduan ini untuk meningkatkan kesuburan anda.

Langkah pertama ialah berdoa kepada Allah SWT untuk dapat zuriat. jangan putus harapan, Allah yang mencipta segala2nya, Kita perlu mohon dan berusaha untuk mendapatkan rawatan dari berbagai punca asalkan tidak syirik. Ada waktu2 dan tempat yang mana doa mujarab dan mudah dimakbulkan Allah SWT saperti dalam bulan ramadan khususnya pada waktu malam/awal pagi 10  hari terakhir ramadan. Tempat terbaik didepan kaabah di Makkah..

Pergi jumpa pakar sakitpuan untuk pemeriksaan , buat vaginal scanning , buat ujian kesuburan dan seterusnya mendapat rawatan yang sesuai bergantung dengan punca ketidak suburan. Jika ujian benih suami normal dan xray HSG menunjukkan saluran fallopian tidak sumbat, 30 - 40% akan hamil dalam tempoh 3-4 bulan.

Berbagai2 jenis rawatan untuk hamil ada disediakan dalam blog ini, lihat dan cari dalam Archive.

Makan untuk subur
Carta BBT kesan waktu subur
Ubat subur
Mengatasi Stress untuk subur






17 comments:

  1. assalamuaikum..
    saya telah menjalani pembedahan kerana jangkitan kuman pada ovari kiri dan terpaksa dibuang....sekarang saya mencuba untuk hamil lagi setelah hampir 2 tahun lebih saya menjalani pembedahan tersebut..bagaimana pandangan doktor berkenaan masalah saya ini, saya teringin sekali untuk menambah zuriat saya...adakah waktu subur saya sama seperti orang yang mempunyai kedua2 ovari?

    ReplyDelete
  2. Saya pernah hamil pada feb 2009 namun ketika kandungan 20mgu,BP naik terlalu tgi dan disahkan mengidap diebetes. Pada kandungan 29 mgu bayi meninggal dlm kandungan. Namun selepas 1 thn saya hamil lg,namun keguguran ketika kandungan 10mgu(dec 2010). Saya menanti sehingga kini utk hamil semula tetapi belum berjaya. Saya kekal dengan high BP n diebetes tahap rendah(biasa)dan sedang mengambil amlodipine 10mg.Apakah persediaan awal yg perlu saya buat setelah disahkan hamil?apakah sy mempunyai peluang utk hamil ketika thp kesihatan yg ada high bp n diebetes?

    ReplyDelete
  3. tuan,saya mengalami masalah apabila terangsang,tiada air mazi yang keluar..saya juga turut sukar untuk mencapai klimaks apabila bersama..apa punca / masalah sebenar perkara ini..boleh tuan jelaskan dengan lebih lanjut kepada saya..terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ..
    Doktor saya 32 tahun dan baru berkahwin. Persoalan saya adakah normal jika saya sering berasa sakit apabila bersama suami hinggakan ia membuat saya fobia untuk bersama. Suami saya sudah berusaha melayani saya dengan lembut tapi masih sama terutama apabila suami hendak memasukkan zakarnya.Bagi mengelakkan kesakitan berpanjangan semasa bersama suami saya akan hanya menarik keluar zakarnya hanya selepas kami mencapai klimaks. Dan seringkali suami terpaksa berhenti sebelum klimaks kerana tidak sampai hati saya mengeluh kesakitan. Saya bimbang ini akan menjejaskan hubungan kami. Minta nasihat doktor.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum...........
    Doktor saya berusia 32 tahun dan telah berkahwin selama 1 tahun lebih.persoalan saya ialah setiap kali period hari pertama, ke-2 dan ke-3 sahaja yang banyak selepas pada hari yang ke-4 berlaku kekurangan darah haid.boleh doctor terangkan pada saya mengapa ia berlaku?terima kasih..

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum....

    Doktor, saya berusia 29 tahun dan telah berkahwin selama 5 tahun. persoalannya, baru baru nie saya telah tidak datang haid selama 3 bulan, tetapi pada bulan ke 4 saya telah datang haid tetapi hanya sedikit sahaja. untuk pengetahuan doktor, haid saya memang tidak teratur sebelum saya kahwin lagi. tetapi tidaklah sampai tidak datang langsung. saya telah membuat pemeriksaan pregnant. tapi hasilnya negetif.Harap doktor dapat membantu.

    ReplyDelete
  7. hamba Allah....
    Doktor..saya berusia 33hn dan tlh berkahwin selama 6 thn dan masih belum lg dikurniakan anak.Kami juga telah berusaha untuk mendapatkan anak. Namun kami akur ketentuan Ilahi..tetap terus berusaha.Masalah saya ..ialah saya mgalami senggugut yg agak teruk...sehingga kadang2 tx dapat hadir bekerja.Kitaran period saya setiap bulan betul tiada masalah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    doktor..saya berusia 25thun dan telah berkahwin selama 2thun masih belum dikurniakan zuriat,selepas berkahwin haid saya jadi tidak teratur 3-4bln skali,sebelum berkahwin period saya normal dan tiada masalah..harap doktor dapat membantu

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum
    doktor saya ingin tahu apakah punca terjadinya salur fallopian seseorang itu boleh tersumbat?harap doktor boleh membantu, terima kasih.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum doktor,

    saya berusia 33thn dah telah berkahwin selama 3 thn.saya ada mengambil pill kesuburan dan disahkan hamil tapi kadungan saya gugur dalam usia kurang dari sebulan. saya mendapatkan rawatan di hospital dgn mengambil ujian darah untuk memastikan tiada cist yang tertinggal.
    sejak itu haid saya tidak teratur dan saya mengalami tekanan dari segi emosi disebabkan persekitaran. pemakanan saya juga lebih cenderung kepada makanan yang menigkatkan berat badan. sekarang haid saya sudah lewat 2 bulan dan dari ujian kehamilan ianya negatif. apakah langkah yang perlu saya ambil dalam keadaan ini? satu lagi persoalan saya bagaimana dengan pengambilan coklat sekiranya untuk menghilangkan rasa stress disamping melakukan aktiviti2 lain. harap doktor dapat memberi sedikit panduan

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum doktor...
    Saya telah 7 thn berkahwin & mempunyai seorang cahaya mata berumur 5thn,sy teringin menambah zuriat.masalah sy sekarang sy sukar utk hamil.kitaran haid sy tdk menentu.biasanya 39-43 hari,adakah ini normal?bilakah hari subur sy.harap doktor boleh membantu.terima kasih

    ReplyDelete
  12. anak saya telah berkahwin selama lima bulan namun belum pun rezeki nak hamil, dia telah makan macam2 ubat saperti ubat hormon dan ubat subur, masaalah nya sekarang ialah dia mengalami sengugut sebelum datang period dan juga mengalami sakit perut yang amat sangat sewaktu nak datang period tambahan pulak dia ada keputihan yg melampau, sebelum dia berkahwin dia tiada keputihan tersebut, jadi saya nak tanya apa pendapat doktor tentang penyakit nya itu,

    ReplyDelete
  13. SALAM...
    sy telah berkawen selama 5 bln yg lepas pada bln 5 2012...sehingga kini saya belom lagi hamil...kitaran period sy agak panjang antara 35 hari...sy juga mengalami senggugut kadang2 sakit..kadang2 x.pada bln yg lepas sy telah period pada 9 ogos 2012...bln ini(september) saya bru jer 3 hari period iaitu pada 23 september 2012(sabtu)...panjang kitaran sy lebih 40 hari...sebelom itu sy juga pernah berurut dengan bidan pastu bidan cakap rahim sy ketepi sgt..pastu dia betulkan...bidan juga cakap yg rahim saya(nadi) agak kuat dan mudah untuk hamil...betul ker???selain itu, sy bru jer mengamalkan makan asid folik yg dibeli d farmasi jenis essentials appeton baru sebulan...pada awl bln lepas sy ada makan makanan yg masam2 iaitu ulam buah mangga...adakah itupenyebab sy belom hamil??? dan satu lagi..suami sy agak berisi(gemuk) adakah susah untuk hamil?? bantu sy

    ReplyDelete
  14. Hanya berkongsi bagaiman saya berjaya mengandung...plzz like my page..thank you :) https://www.facebook.com/pages/Ummi-Areef-Daniyal/137821966383465

    ReplyDelete
  15. berat saya 86kg dan tinggi 151cm..saya dlm golongan obesiti.boleh ker saya mengandung

    ReplyDelete
  16. salam..saya telah 3 thn berkahwin,d awal perkahwinan, saya pernah keguguran ketika janin masuk 3 bulan- selepas tu tak conceive selama setahun, dan mengandung semula tapi gugur bila kandungan 7 minggu..ada klinik mengatakan saya hipotiroid tu sebabnya kandungan saya tdk dapat bertahan kerana kurang hormon, skrg saya tengah menjalani rawatan kesuburan.saya dah jalani hsg dan keputusan adalah normal. apa pendapat doktor?

    ReplyDelete
  17. Greetings and Good Day !

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-

    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-
    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    Sender:-
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete