Peroses pematangan telor sehingga penetasan/ovulation.
Mulai dari hari pertama haid, sel benih mula dirangsang pertumbuhannya olih hormon FSH yang dikeluarkan olih kilang pituitary terletak dalam otak. Hasil ransangan ini , kantung telor/follicle mula dibentuk dan membesar hingga ke saiz 2 cm pada hari k13/14/15. Apabila sudah sampai saiz matang , kilang pituary mengeluar hormon LH yang bertindak memecahkan kantung telor dan mengeluarkan benih/ovum , itulah ovulation - perosesnya saperti biji getah terkeluar dari kantungnya pecah dua.
CARTA SUHU BBT
Perlu beli alat suhu yang khas , sering digelar ovulation / fertility thermometer yang bolih dibeli difarmasi dan ia disertai dengan kertas carta kosong yang perlu diisi mengikut sukatan suhu yang diukur pagi hari, sejurus sedar dari tidur dan belum melakukan apa2 aktiviti.
Terdapat tiga perkara yang berlaku sewaktu anda akan haid:
1.Pengeluaran hormon haid
2.Penetasan telur
3.Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid
I. Pengeluaran hormon haid
Kitaran haid mengambil masa 28 hari. Sewaktu tempoh ini berlakunya pelbagai aktiviti serentak yang mengekalkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi kesihatan wanita di antara yang terpenting kesuburan.
Haid dikawal oleh otak dan juga sistem endokrin manusia. Sistem endokrin adalah seperti pengutus dari organ ke otak serta balik. Ia memberitahu organ dalam badan apa yang perlu ia lakukan.
Haid dikawal oleh otak dan juga sistem endokrin manusia. Sistem endokrin adalah seperti pengutus dari organ ke otak serta balik. Ia memberitahu organ dalam badan apa yang perlu ia lakukan.
Sistem informasi haid terbahagi kepada bahagian-bahagian berikut:
1.Hypothalamus (bahagian belakang otak)
2.Kilang pituitari
3.Kilang ovari
Mula-mula, segala-galanya bertolak dari bahagian belakang otak khususnya di bahagian Hypothalamus. Hypothalamus seperti komputer dan memproses segala data-data yang dihantar ke otak dan menguruskan keseluruhan sistem badan berdasarkan stimulus-stimulus yang diberi. Hypothalamus adalah bahagian bawah otak yang menyambung kepada sistem endokrin iaitu pituitari di dalam otak. Hormon yang penting dari Hypothalamus yang berguna untuk merangsang haid dipanggil Gonadotrophine releasing hormon (GnRH).
2.Kilang pituitari
3.Kilang ovari
Mula-mula, segala-galanya bertolak dari bahagian belakang otak khususnya di bahagian Hypothalamus. Hypothalamus seperti komputer dan memproses segala data-data yang dihantar ke otak dan menguruskan keseluruhan sistem badan berdasarkan stimulus-stimulus yang diberi. Hypothalamus adalah bahagian bawah otak yang menyambung kepada sistem endokrin iaitu pituitari di dalam otak. Hormon yang penting dari Hypothalamus yang berguna untuk merangsang haid dipanggil Gonadotrophine releasing hormon (GnRH).
Atas pengaruh faktor-faktor seperti emosi dan persekitaran seperti pemakanan, ataupun stimulasi hormon endokrin yang lain di dalam badan, hormon GnRH akan bertindakbalas. Pada awal pusingan haid ia akan mengutuskan signal bahawa sudah sampai masanya untuk bersedia untuk pusingan haid seterusnya. Ia menghantar mesej ke kilang Pituitari.
Di bahagian otak sistem Pitituitari mengeluarkan hormon Lutienizing Hormone (LH) dan Follicle stimulating hormone(FSH). Ia terletak di otak di bahagian tengah bersambungan dengan bahagian hypothalamus dan sebesar sebiji kacang pea. Sepanjang 28 hari kedua-dua hormon ini akan berinteraksi dengan kilang ovari pula yang akan mengeluarkan hormon-hormon estrogen dan progesteron iaitu hormon yang mengekalkan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain .
Perkembangan fasa-fasa endokrin (hormon-hormon putaran haid)
1. Fasa pembentukan folikular (Follicullar phase)
2. Fasa penetasan (Ovulation)
3. Fasa Luteal (Luteal phase)
1. Fasa pembentukan folikular (Follicullar phase)
Pada hari pertama haid hormon GnRH dirembes oleh Hypothalamus serta merangsang hormon FSH untuk keluar. Apabila hormon FSH sampai ke tahap tertentu ia merangsang beberapa biji telur di kilang ovari. Pada satu tahap lain pula satu telur akan menjadi dominan dan membesar sebagai telur utama dan yang yang lain akan mengecut dan mati yakni mengalami atresia.
2. Fasa penetasan (Ovulation)
Pada hari subur yakni pada pertengahan bulan haid hormon luteinizing hormone atau LH akan memuncak dengan tinggi dan menyebabkan karung folikel yang memegang telur yang dominan itu yang masak menetaskan telur itu keluar dan ia akan ditangkap oleh fimbria iaitu tangan pada rahim.
3. Fasa Luteal (Luteal phase)
Karung telur yang tertinggal selepas telur menetas dipanggil corpus luteum. Ia mengeluarkan progestrone yang sangat kritikal untuk pembentukan dinding rahim sesuai untuk keadaan yang subur untuk kehamilan. Paras hormon progesteron dan estrogen yang tinggi menyebabkan hormon LH dan FSH akan ditekan daripada terus naik. Jika tiada kehamilan berlaku, bermakna paras hormon progestron dan estrogen dalam darah menurun dan corpus luteum itu mengecut dan hilang. Selepas 11-16 hari akibat paras hormon progesteron dan estrogen yang rendah hormon FSH dan LH akan naik semula untuk pusingan haid seterusnya.
II. Penetasan telur
Fasa Folikular
Sewaktu perkembangan hormon GnRH , LH serta FSH berlaku satu proses kritikal yang lain sedang berlaku iaitu telur sedang menyediakan diri untuk menetas. Telur adalah merupakan setengah dari kromosom anda dan tanpanya pembentukan janin tak akan berlaku jika ia gagal menetas. Sewaktu embryogenesis atau penetasan telur, pada permulaan haid Hormon FSH (hormon yang stimulasikan karung telur) akan keluar. Beberapa telur akan terpilih untuk membesar dan satu akan menjadi dominan. Telur ini akan mengeluarkan hormon estradiol iaitu sejenis hormon estrogen dan atas pengaruh hormon ini ia akan makin membesar.
Fasa Penetasan
Bila tiba hari subur yakni sewaktu hormon LH memuncak pada hari ke -14 karung telur itu akan pecah dan menetaskan telur.
Fasa Luteal
Sel-sel karung telur yang tertinggal akan membentuk menjadi corpus luteum. Karung corpus lutuem ini seterusnya akan merembeskan hormon progestron,corpus lutuem yang merangsang dinding rahim untuk menebal untuk kehamilan yang boleh berlaku. Jika tiada janin terjadi, ini mengecut melalui proses atresia kerana paras estradiol dan progesteron makin berkurangandan meresap serta hilang dalam darah.
III. Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid
Darah haid terdiri daripada darah segar dan yang beku serta tisu-tisu dinding rahim. Haid berlaku untuk membuang sel-sel dan tisu dari dinding rahim supaya setiap bulan bahagian dalam rahim wanita subur untuk satu kehamilan. Jika ia tidak berlaku sel-sel dinding rahim pasti luruh kecuali ada penyakit atau gangguan hormon. Dinding rahim dikenali sebagai lapisan endometrium.
Fasa Proliferatif (Proliferative phase)
Sewaktu fasa pertama yang juga dikenali fasa folikel ia bermula selepas haid habis sehingga tarikh telur menetas lapisan endometrium mengalami stimulasi oleh rangsangan estradiol yang dirembes oleh telur yang sedang matang. Tisu-tisu dan kelenjar-kelenjar endometrium makin menebal.
Fasa Sekreteri (Secretory phase)
Fasa ini juga dikenali fasa luteal. Ia bermula selepas telur menetas sehinggalah haid seterusnya. Pada peringkat ini karung telur yang merembeskan progestrone mengekalkan tahap penebalan endometrium serta kelenjar akan merembeskan mucus dan glycogen. Jika tiada kehamilan berlaku corpus luteum akan mati dan hilang serta paras estradiol dan progesteron pun turun.
Fasa Haid
Akhirnya dinding rahim luruh kerana tiada progesteron untuk mengekalkan kesuburannya. Dinding rahim terdiri yang daripada darah dari arteri serta urat , tisu-tisu kelenjar dan tisu endometirum, sel pembuluh darah merah, leukocytes akan keluar melalui cervix (pintu rahim) sebagai darah haid.
Kesan ovulation dengan ujian air ludah
assalam doc,
ReplyDeletesaya ain. saya ingin bertanya ada kemungkinan tak seseorang itu akan berovulasi lambat? sy ada buat tvs pd cd 10 dan saiz telur saya hanya 10mm. adakah dengan saiz tu telur sy takkan matang lg memandangkan sy skrg sudah pd cycle ke 24 tp bbt saya masih belum menunjukkan saya berovulasi. saya berharap saya akan berovulasi dan mengandung tp dalam masa yang sama saya takut kecewa. buat pengetahuan doc, saya dah makan clomid 3 cycle. 2 cycle pertama telur sy ok dan saya berovulasi tp cycle ketiga ni saya menghadapi masalah telur tak matang. dalam cycle 24 keatas ini masih ada peluang lagikah untuk saya berovulasi?
Assalamualaikum prof.....sy nk tnya.....adakah normal jika mengalami alahan yg teruk seperti orang mengandung pdhal bila buat ujian sesungguhnya -tiv? mengikut date priod lewat 2bln lbih....Dr ada bg ubat 2bj shja utk on priod tp pd hari ke 10 dr date mkn ubat bru on priod.....tp skit2 shja spt x lancar peredarannye....apakah saranan prof pda sy
ReplyDeletedok, saya berusia 25 tahun belum menikah dan akan menikah. sya mengalami nyeri di bagian abdomen kiri kemudian diUSG dan CT scan ternyata terdapat suspek dermoid cyst sebesar 92 x 96 mm. apakah kista jenis ini dapat diobati secara alternatif atau meminum ramuan? ataukah saya tidak memiliki pilihan lain selain operasi?
ReplyDeletedoc,sy mmpunyai seorg ank brumur 1thn.slps mlahirkn beliau,sy mgmbil suntikan prancang shingga bulan feb 2011.kmudian brmula bln mac-apr sy mgmbil pil perancang.then sy stop krn ingin mgndung lg.sy mgalami haid pd 18mei 2011.haid stop pd 23mei 2011..then,pd 1jun 2011,sy dtg haid skali lg n stop pd 6jun 2011.kmudian sy kerap brsama dgn suami.ttpi pd 30jun 2011,sy dtg haid smula.adakah hrpn utk sy mgndung lg tipis?knp ia trjadi-period yg kerap?plsss bntu sy n bg sdikit advice.tq so much.
ReplyDeleteaskum doc,saya telah membuat ujian upt d hospital yg keputusanya positif,tapi saya d suruh dtg ke hospital untuk membuat ujian upt kali ke 2 selepas 2 minngu saya mem buat ujian upt yg 1 .sebab keputusan samar-samar,setelah membuat ujian upt ternyata negatif,tp saya ada tanda-tanda seperti org mengandung,skrg saya keliru ada kah saya mengandung atau tidak.
ReplyDeletedoc sy berusia 28thn dan mempunyai seorang anak yg berusia 4thn.lepas melahirkan anak sy yg pertama sy telah mengambil pil perancang di klinik selama 1thn pada thn ke2 sy tidak mengambil pil pernacang lagi di sebabkan inginkan zuriat buat kali ke2.tp bila sy berhenti mengambil pil perancang haid sy tidak teratur 3bln sekali baru dtg haid,4bln sekali pun pernag juga sampai sekarang haid sy tidak teratur paling ada kah kemungkinan sukar utk sy mendapat zuriat kali ke2....
ReplyDeletenina said...
ReplyDeleteassalamualaikum doc..
saya berumur 25thn,berat 47kg dengan ketinggian 154cm.saya mempunyai masalah perioddari bangku sekolah lagi..2 3 bln sekali.saya rujuk doc di klinik dan memberi sy ubat hormon progyluton untuk 3bln..haid saya normal dan setiap cyle dtg seperti biasa.saya ingin pregnant,dah berumahtangga 1thn..tapi tidakberjaya pregnant.boleh kah sy ambil clomid selepas 3bln makan progyluton?
assalamualaikum doc..
ReplyDeletesaya dah kahwin 7 tahun, tp belum ade rezeki utk menimang cahaya mata.. pernah buat IUI 2 kali tp gagal..sy dah tak tau nak buat apa sekarg...sedih sgt bila teringatkan suami yang memang sukakan kanak2....
assalamualaikum prof, saya sudah 4 tahun berkahwin. dan masih belum mengandung. period saya tetap, walaupun lewat sehari, atau dua hari sahaja. setiap bulan semasa period, senggugut yang saya hadapi kadang-kadang ada, kadang tidak. berat badan saya 62kg dan tinggi 154cm. apa masalah saya sebenarnya prof? saya tidak pernah mengambil mana-mana ubat kesuburan. tetapi pernah berurut, makcik urut tu cakap rahim saya jatuh..apa pendapat prof?
ReplyDeleteAssalam, saya berumur 25 tahun. saya start period umur 14 tahun. namun saya hanya period setahun sekali dan pernah juga 2 tahun sekali. sekarang ni pon dah 1 tahun saya tidak datang haid. saya juga mengalami keguguran rambut yang serius. keluarga saya kata saya dah botak. apa pendapat prof?..terima kasih.
ReplyDeleteSalam doktor, saya sudah berusia 30 tahun dan sehingga hari ini haid saya teratur dan saya tidak pernah ada masalah datang lewat. Tetapi 4 tahun lepas saya dikesan mengidap bilateral endometriosis tahap 4. Saya telah menjalani pembedahan dan cyst tersebut telah dibuang dan masih menjalankan pemeriksaan di hospital.Selepasa pembedahan saya mengambil suntikan untuk menahan haid selama 6 bulan dan selepas suntikan terakhir saya tidak mendapat haid sehingga bulan ke 9. 2 tahun lepas doktor mengesahkan bahawa cyst tersebut telah kembali kelihatan di ovari kiri saya dalam ukuran 5X5cm. Saya redha dengan ketentuan Illahi dan bersyukur kerana tunang saya masih hendak meneruskan perhubungan kami. Saya telah bernikah 9 bulan lepas tetapi sehingga hari ini tiada tanda-tanda saya hamil. Haid saya masih teratur. Saya pernah mengambil clomid dalam 2 kitaran tetapi masih gagal. Doktor sarankan saya mengambil suntikan untuk menahan haid bagi menidurkan cyst saya untuk diteruskan dengan kaedah IVF tetapi naluri saya masih mengharapkan kehamilan yang semulajadi dengan keizinan Allah s.w.t. Kadang-kadang saya sangat kecewa melihat suami yang dambakan anak tetapi dia tidak pernah meluahkan kepada saya kerana dia tidak mahu saya rasa bersalah. Apa saranan doktor, adakah saya perlu teruskan dengan IVF atau mencuba lagi?terima kasih.
ReplyDeletekepada..doktor saya sudah berusia 27 tahun dan saya sudah kahwin 10 tahun ada seorang anak umur 7 tahun... sy suda
ReplyDelete3 tahun meracang untuk anak ke dua tapi belum dapat lagi, doktor ada ada bagi ubat clomiphene 50mg sekali, kedua clomiphene 100mg, saya dah dua kali makan ubat tapi tak bejaya juga apakah berlu buat...
salam.. dr saya minta izin copy tuk dijadikan panduan
ReplyDeleteSalam...doktor, boleh x saya nk hubungi doktor melalui email?saya amat memerlukan bantuan dan nasihat doktor..malu nk tnya kt sini...kalo doktor x keberatan, mintak email saya di alamat email ni... asma_leo84@yahoo.com
ReplyDeleteLike my page..saya berkongsi perjalanan saya utk pregnant :) https://www.facebook.com/pages/Ummi-Areef-Daniyal/137821966383465
ReplyDeletemacamana nak tahu waktu subur kalau dah lama tak datang period .bertahun-tahun tak period
ReplyDeleteTips yang sangat menarik dari Dr. Ini adalah pertama kali saya mendengar carta BBT. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum..kepada yg berhajat blh try mandian garam aura syifa'..blh ikhtiar untuk mendapatkan zuriat..Insyaallah Allah maha berkuase..https://www.facebook.com/GaramMandianAsSyiffa?ref=hl
ReplyDeleteGreetings and Good Day !
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Sender:-
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com