Sunday, January 23, 2011

Ujian kesuburan


Buat ujian keseburan secepat munkin.

Setelah kahwin setahun dan mencuba untuk hamil tapi gagal , pasangan suami isteri perlu jumpa doktor untuk peperiksaan peranakan, scanning rahim dan ovary, ujian benih suami dan xray HSG untuk buka saluran benih isteri.

1. Vaginal scanning untuk mengesan penyakit dalam peranakkan - fibroid, cyst, endometriosis dll






Kalau ada senggugut dan rahim kearah tonkin/retroverted, munkin ada endometriosis yang perlu dirawat

KOS UJIAN KESUBURAN

Kos Perunding pertama RM 200, follow up RM 100
Ujian Ulltrasound RM 100
Xray HSG (Daya Xray) untuk buka saluran RM 290


2,  Xray Hysterosalpingogram (HSG) . Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang munkin kuncup atau sumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Ia dilakukan olih pakar xray (radiologist) dan sejurus lepas haid; jika haid habis hari ke7, HSG dilakukan pada hari ke9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.
Satu alat dimasukkn pada pintu rahim dan ubat cecair khas disuntikan kedalam rahim, biasanya 5 filem xray akan diambil untuk laporan tentang saluran fallopian.

Normal HSG - kedua saluran terbuka, 30% akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan.




Saluran fallopian sumbat, rawatan selanjutnya
 untuk buka saluran fallopian tube.


Rahim abnormal - bercabang dua - cacat semula jadi



3.  Ujian sperma suami - sebaiknya dilakukan waktu isteri sedang haid dan tidak ada hubungan sex selama 2-3 hari. Bolih keluarkan sperma dirumah dan dibawa keklinik/makmal dalam botol khas dalam tempoh 1-2 jam, atau bolih keluarkan air mani dimakmal/klinik



Kesuburan lelaki - punca kurang benih dan rawatan










Rawatan IUI , suntik benih suami


 4. Ujian Hormon.
Bagi wanita yang kitaran haid tidak teratur, misalnya 3-4 bulan sekali haid dan juga gemok/obesity,  ujian darah untuk menyukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin adalah penting.
Kemnkinan dia mengidap PCOS 



80 comments:

  1. Salam doctor, saya dah 3thn berkahwin. tetapi belum lagi dikurniakan zuriat. Bln 10 thn lepas saya sudah menjalani rawatan kesuburan Ambil Darah pasa hari ke2 period & hari ke 21 period (Result: Hari kedua -Subur tp hari ke21 tidak subur), HSG (Result: Dua2 tiub Ok) & Check Sperma Suami (Result: 70% Count sperma tidak bergerak. Disini saya nak minta pendapat doctor rawatan selanjutnya & ubat2an yg sepatutnya saya & suami saya patut ambil. TQ doctor--Dari AS Sepang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya bukan doktor, tapi saya hanya nak share pengalaman membuat ujian kesuburan. Secara ringkas adalah seperti rajah dibawah:

      1) Dapatkan surat rujukan dari KLINIK KERAJAAN
      2) Bawa surat rujukan ke Hospital KERAJAAN yang berdekatan untuk dapatkan "Appointment Date"
      3) Datang ke HOSPITAL (Bahagian O&G) mengikut tarikh yang telah ditetapkan
      4) Pada hari pertama, doktor akan membuat UJIAN PAP SMEAR
      5) Keputusan akan diperolehi pada temujanji yang berikut
      6) Temujanji yang ke-2--> KEPUTUSAN pap smear akan diperolehi. Normal / ada kes
      Jika normal (Alhamdulillah saya tiada apa-apa masalah) pegawai kesihatan akan mengluarkan surat rujukan untuk SUAMI melakukan UJIAN KESUBURAN di LPPKN (dekat dengan bangunan MARA kat KL)
      7) Suami perlu membuat ujian kesuburan sebelum tarikh temujanji ke-3
      8) Bawa keputusan ujian kesuburan suami pada temujanji ke-3 di hospital yang sama. Jika normal, doktor akan memeriksa kedudukan rahim dan mengesyorkan membuat ujian HSG
      9) Dapatkan tarikh temujanji di Bahagian X-RAY untuk UJIAN HSG
      10) Buat HSG mengikut tarikh yang telah ditentukan
      11) Tunggu keputusan HSG pada tarikh temujanji dengan Bahagian O&G
      12) Pada hari temujanji tersebut, keputusan HSG akan diperolehi dan anda juga akan di 'SCAN' dari bahagian serviks untuk melihat keadaan rahim sekali lagiii
      13) Alhamdulillah sementara menunggu kedatangan haid yang sepatutnya.. SAYA TELAH DISAHKAN HAMIL

      Semoga catatan saya ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada mana-mana pasangan yang ingin mendapat cahaya mata.

      Saya juga ada share beberapa tips mudah hamil di www.kedaibuzzstyle.blogspot.com
      SK AL-KHISHBUN

      Delete
    2. Saya ingin tahu adakah prosedur HSG menyakitkan?

      Delete
    3. Sya pernah melalui ujian HSG. Kena berusaha mempositifkan diri / tenangkan diri anda mungkin akan rasa crampt sedikit dibahagian kira dan kanan tiub falloppian anda.. Just relax dan lalui sahaja. Sya hanya memikirkan sakit bersalin lgi sakit dari ini. InsyaAllah anda dpt laluinya.

      Delete
  2. salam doc, saya masih bujang tetapi saya mempunyai masalah kitaran haid yg tidak teratur..sometimes 2 -3 months tak period..saya risau if saya ada masalah kesuburan..so, adakah saya boleh m'jalani ujian kesuburan seperti FSH?

    ReplyDelete
  3. Tak perlu buat ujian FSH, lebih baik makan evening primrose oil 1000IU sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. disebabkan EPO ni saya dapat endometrosis kerana ianya terlalu kuat. better terus jumpa doctor dan minta pendapat

      Delete
  4. salam DR..saya 34thn, sudah berkahwin 8 thn. masalah saya period tidak teratur. saya perlu mengambil tab Dupaston untuk period.hormon progesteron yang rendah dan tiada pembesaran telur.saya sangat risau adakah saya akan dapat mengandung dan apakah ubatan yang perlu saya ambil..tolonglah saya DR, saya inginkan zuriat saya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bntu jawab akak, sy pon ada masalah sel telur yg tak matang.selain mnum ubt dr doc kak kena bnyk makn alpukat, kacang kedelai, kcang hijau, kacang almond, itu membntu mermpebesar sel telur

      Delete
  5. Salam Dr... sy perlu menjalani ujian HSG... tapi haid sy dtg sekali setahun je.. Bolehke sy mtk dgn dr. yg merawat utk buat HSG utk sy walaupun bukan lps sy dtg haid.. Sbb tak tau bla akan dtg haid.. Masa sy bjumpa dgn dr yg merawat sy dia kt tggu haid keluar.. ikut rentak haid saya..

    ReplyDelete
  6. as-salam dr..saya pun dh berjumpa dgn dr yang merawat saya..dia bagi saya ubat untuk haid.. sbb haid saya sgt lah tidak teratur... bila makan ubat ada lah haid..bila tak mkn ubat tiada lah haid..minta tlg doktor terangkan dgn lebih lanjut lagi...
    email sy: wljsue@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Salam Dr..sy berumur 34 thn dan mmpunyai seorg anak umur 7 thn. sy sdh 4 thun mencuba untuk hamil anak kedua tp gagal. tahun lepas sy ada menjalani ujian kesuburan dan didapati sy subur, tiub fallopian clear, cume cyst sy msh ade ukuran lbh krg 3.5 cm.period teratur cume kadang kala ada senggugut yg teruk.boleh dr terangkan punca kenapa smpi skrg sy masih gagal untuk hamil.terima kasih.

    email: qistinadarling@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Assalam...doktor... saya dah kahwin 13 tahun..berumur 37tahun dan suami 40 tahun. Saya tak pernah hamil ....pelbagai kaedah telah saya buat...yang terakhir adalah IVF 2 kali tapi gagal .Bolehkah saya lakukan HSG...dan bila waktu yang sesuai. Apa lagi kaedah yang boleh saya lakukan untuk dapat zuriat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik nya kak check hsg dulu. Tiub paten ke tak. Bila tiub x paten bole bedah laparoscopy. Kita mesti cek betul2 sebelum buat ivf, sebab kos ivf mahal. Ivf sering x berhasil disebab kan dinding rahim yg tipis. Jd akak tnya la dokter ya sebab knp ivf gagal trs. Bole kasih penangan awal. Smga akak berjaya ya... Sy pon tengah berjuang hmil jg

      Delete
  9. saya juga mengalami period yang tidak teratur dan sekarang ingin mendapatkan zuriat. apakah kebaikan evening primrose oil 1000IU ni ek?

    ReplyDelete
  10. Salam Dr..saya dah kahwin 7 thn dan berumur 30thn..sy disahkan PCOS dan mild endometriosis..pd thn 2007,sy menjalani ujian HSG dan Laparoscopy(lap & dye)- tiub kiri tersumbat.saya juga telah melakukan IUI sebanyak 2x tapi fail..pd pendapat dr perlukah saya menjalani pembedahan utk tiub yg tersumbat..apa yang perlu saya lakukan untuk membolehkan mndapat zuriat
    email: nieta_81@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. cmkom?dr! sy dah kawen7 bln dan berumur 26thn sblm nie sy ad membuat pengguran sbyak 2 kali disebabkn itu berat sy naik mendadak sbyk85 kg dn ketinggian sy 157 cm ?sjak sy dri umur 25 thn haid sy x menentu kdg2 3 or 4 bln x dtg adakah sy tdak bleh mendapat zuriat lgi?dan sy blh mendapat risiko kecacatan pd rahim sy?

    ReplyDelete
  12. salam dr. sy dah berkahwin selama 1thn dan masih bln dapat anak. adakah sy patut untuk mendapatkan rawantan selanjutnya?

    ReplyDelete
  13. salam doktor,
    saya sudah berkahwin selama 2 tahun dan sudah mempunyai seorang anak.saya bekerja sebagai guru dan berat badan saya 45 kg.selepas melahirnkan ank, saya dapati saya kurang menghasilkan pelincir sewaktu hendak bersama suami menyebabkan kami sukar untuk bersama.saya mula risau dengan apa yang berlaku terutamanya jika ini akan menyebabkan kami sukar untuk mendapat ank seterusnya. jadi apakah punca masalah saya dan bagaimana cara mengatasinya

    ReplyDelete
  14. Doktor,
    Saya ingin meminta panduan dan nasihat daripada pihak tuan untuk program kehamilan kerana saya telah lama tidak mendapat cahaya mata setelah kelahiran anak pertama 7 tahun yang lalu. Berikut adalah maklumat diri saya:

    Nama : Nurul Huda bt Hamsan
    Umur : 35 tahun
    Status perkawinan : Telah berkahwin selama 8 tahun
    Bil anak : 1 orang ( kini telah berumur 7 tahun)
    Berat Badan : 59 kg dengan ketinggian 157 cm.
    Masalah kesihatan : Tiada
    email : nurulhuda149@yahoo.com
    Berikut adalah keputusan ujian darah

    progesterone 12.21 ng/ml
    reference mean range
    normal menstruating female
    follicular phase 0.91 0.34 - 1.62
    periovulatory 2.19 0.57 - 6.11
    luteal 11.91 4.30 -22.75
    mid luteal 13.20 7.96 - 23.37
    pregnancy (3-13 weeks) 28.34 13.51 - 88.19
    male 0.54 0.28 - 1.22

    FSH 11.3 MIU/ML
    normal menstruating female 2 - 10
    mid cycle peak 6 - 20
    amenorrhoea (excluding ovarian failure) 2 - 10
    Primary ovarian failure 15 - 100
    post menopausal >40
    children 1- 12
    male 2 - 10

    LH 4.0 MIU / ML
    normal menstruating female 2 - 20
    mid cycle peak 2 - 100
    amenorrhoea (excluding ovarian failure) 2 - 15
    Primary ovarian failure 15 - 120
    post menopausal >20
    children <20
    male 2 - 15

    Semasa berjumpa dengan Dr.Pakar Sakit dari TMC belian telah membuat scan rahim. Dr mengatakan tiada masalah dan menyarankan membuat ujian darah seperti yang di atas.Saya telah berjumpa dengan Dr.Hospital Kerajaan di tempat saya tiada jawapan yang di beri sehingga kini.

    Diharapkan dengan maklumat yang diberi, pihak tuan dapat memberi saranan/panduan yang bersesuaian untuk saya mendapatkan anak kedua.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  15. salam dr. saya nak tanya dr ada tak ubat yg boleh menebalkan dinding rahim... baru2 nie saya ada buat ICSI/IVF tapi gagal dr kata ia disebabkan dinding rahim saya nipis jadi susah untuk embro melekat pada dinding rahim saya... saya sudah berkahwin 2thn.

    Sebelum saya buat ICSI/IVF saya ada membuat HSG di MMC tapi cecair yang dimasukkan itu tidak dapat masuk, semuanya keluar balik. dan mereka pun tak pasti kenapa jadi begitu. Boleh dr terangkan pada saya apa yang perlu saya buat utk seterusnya? dr tolong emailkan ke dhiadelisha@gmail.com. keterangan dari dr amat2 saya hargai hanya allah dapat membalas jasa baik dr. saya tunggu balasan dari dr. wslm. terima kasih.

    ReplyDelete
  16. as-salam sya berkahwin dah 2tahun,,tp sampai skarang syabelum pun ada anak..tanda2 nak ngandung pun takde..sya ada buat ujian pap smear tapi ujian pap smear tu,boleh ke memberi petunjuk yg kita boleh ngandung ke tak????betol ke pap smear tu untuk ujian kanser servik je... sya belum buat ujian kesuburan lagi,,,

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum,
    doktor, saya berkahwin dh 6buln tetapi masih belum hamil lagi.. untuk makluman doktor, saya baru sahaja datang period.. masalah saya sekarang, dari hari pertama period, perut saya kejang, dlm tempoh 3 hari pertama period, saya kerap buang air kecil, pendarahan pula akan berlaku @ keluar semasa saya buang air kecil sahaja. saya tidak pernah mengalami perkara sebegini.. saya juga kerap pening kepala.. period saya habis pada hari kelima.. tetapi, sakit perut, pening kepala masih seperti biasa.. apakah petandanya doktor??

    ReplyDelete
  18. assalam...doktor, saya baru sahaja membuat HSG pada 20/10/2011, dan dijangka period kembali pada 6 - 7/11/2011 (mengikut kitaran haid 28hari genap seperti selalu sblm ini) tetapi hari ini dah 10/11/2011 masih belum period lagi, saya ingin bertanya samaada ujian HSG akan melambatkan period saya? saya dah pn ade tnda2 sakit period, saya pula tak tahu membezakan antara tanda2 prengnant sebab saya belum pernah pregnant sebelum ni, tolong saya untuk kemusykilan ini sbb saya tak tahu nk btanya kepada siapa...email : norzimams@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. salam doktor...saya mengalami period tak teratur sejak di bangku sek lagi....sehingga lah sekarang ,umur sy dah 25 tahun dan sudah berkawin selama 7 bulan tapi period sy dah 6 bulan tidak datang2 tapi bukan pregnant apa yg perlu sy buat doktor...email bella_adyla328286@yahoo.com.

    ReplyDelete
  20. Salam.doktor, saya sdh 4 thn kahwin tp msh belum hamil.Period saya teratur,tiada masalah ketika datang bulan seperti sengugut,.pernh menjalnkan pemeriksaan doc tapi semua ok.doktor sarankan saya menerima rawatan HSG.Tp saya keliru,kenapa hanya cek saya seorang,suami tak perlu menjalani rawatanker?Ape yg perlu saya buat?teruskan HSG or tukar ke hospital lain.Saya buntu.-jzullieana-82@hotmail.com

    ReplyDelete
  21. salam, dr, sy ada pertanyaan..sy dah kahwin 1 tahun.sy mengidap penyakit tyroid.sy menjalani rawatan sebelum sy berkahwin..dr telah mengesahkan sy boleh mengandung, persoalan sy, adakah sy blh mengandung jika sy masih mkn pil tyroid sebanyak 1 pil adakah ubat itu menganggu kesuburan sy..dhilliza_83@hotmail.com

    ReplyDelete
  22. Hai DR.Saya Celvan dari puchong.saya mengidap diabetes senjak 3 tahun dulu tahap gula saya semasa berpuasa adalah 6.5 kebawah dan umur saya sekarang ialah 35 tahun.saya ada seorang anak berumur 7 tahun.Saya ingin mendapatkan seorang anak lagi dan soalan saya 1)bolehkan pegidap diabetes mendapat anak yang sihat?.2)Dimanakah klinik untuk memeriksa kesuburan sperma untuk lelaki?Thank you..kamal123_man@yahoo.com

    ReplyDelete
  23. Salam..dr,saya dah berkahwin 1 thn 7 bln. sehingga kini sy masih belum dikurniakan rezeki anak.Utk pengetahuan dr,pada bln 7/2010 sy disahkan hamil tapi rezeki tidak berpihak kpd sy dan sy keguguran ketika kandungan berusia 5 minggu. selepas keguguran, haid sy tidak tetap sehingga lah sekarang.Dalam tempoh selepas keguguran boleh dikira dengan jari berapa kali sy haid. Sudah bermacam-macam ubat sy mkn tapi tak berhasil. Bila sy mkn ubat adala haid ,bila tak makan masih sama seperti sebelumnya. Sy pergi membuat pemeriksaan di klinik dan dr mengatakan rahim sy ok tiada masalah dan dr syorkan sy makan evening primrose oil 1000IU. Apakah pendapat dr dan boleh kah sy hamil semula?

    ReplyDelete
  24. salam...dari saya dah berkahwin 1thn 5 bulan.tapi sya masih belum dikasih rezeki untuk mendapatkan seorang anak...saya mohon bantuan untuk program agar kami dan istri bisa segera memiliki momongan

    ReplyDelete
  25. salam doktor...........saya sudah 6 thn berkahwin dan sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.untuk pengetahuan doktor,sy telah pun menjalani ujian kesuburan utk diri sy dan suami.kuputusannya normal.sy juga sudah pun membuat HSG & IUI ttp sehingga kini masih gagal.baru2 ini sy period hanya 3 hari shj.itu pun sedikit shj,ttp darah yg keluar iti berwarna merah.adakah berkemungkinan sy hamil?apabila di tanya pada bidan yg mengurut saya,dia kata kemungkinan saya hamil.sy takut utk membuat ujian air kencing kerana takut keputusannya hampa,kerana sudah byk kali sy kecewa.harap doc dpt membantu.email saya :ctamir82@yahoo.com.my...tq doctor:-)

    ReplyDelete
  26. A'kum dok, saya sudah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum ada tanda kehamilan. saya telah mmbuat ujian darah dan kptusannya benih saya subur namun pengeluarannya terhad disebabkan ada masalah berkaitan dengan kelenjar pituitari. apa yang boleh saya lakukan dari perkara ini tidak terjadi?

    ReplyDelete
  27. salam doc, sy sdh berkahwin selama 2 tahun tapi masih belum ada tanda2 kehamilan, sy pernah gugur sekali sjak stahun yg lepas tp sejak itu sy x pernah hamil lg.sejak 4 bulan yg lepas haid sy x teratur, cuma 2 hari setiap bulan di iringi dgn senggugut pd hari pertama.perkara ini membuatkn sy dan suami stress utk memikirkan jalan lain utk dptkn zuriat.sy dh cuba mcm2 ubat dn bila sy pergi ke hospital doc cuma sarankan sy agar usaha lebih lg,memandangkan umur sy yg baru 25. boleh doc bagi saranan lain agar dpt mmbantu dgn masalah yg sy hadapi ini?

    ReplyDelete
  28. SALAM,DOC saya telah berkahwin dan mempunyai soerang anak berusia 1thn3 bulan tapi baru2 ini saya keguguran kandungan baru sebulan bolehkah saya meneruskan makan EPO dan adakah apa2 kesan pada saya kelak untuk mengandung

    ReplyDelete
  29. Salam sejahtera doc, untuk makluman doc saya mempunyai seorang anak berusia 3 tahun..semasa mengandung anak pertama tidak mempunyai masalah..tapi pada tahun 2010 dan 2011 saya telah mengalami keguguran (kandungan berusia 2-3 bulan)..sekarang telah hampir setahun saya tidak pregnant atas nasihat doktor perbidanan..macam mana saya nak tahu sama ada rahim saya dah bersedia untuk pregnant semula..ada apa-apa ubat yang boleh saya ambil untuk kuatkan rahim saya?boleh doc bagi nasihat.terima kasih

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Terima kasih kepada team website dan doktor kerana sediakan matlumat ni dan juga video. Amat membantu untuk dapat matlumat basic dahulu sebelum ke klinik. Saya akan bernikah pada 20 april dan dinasihatkan oleh kawan saya yang sudah berkahwin untuk menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum berkahwin.

    ReplyDelete
  33. salam doktor...saya sudah berkahwin selama 5 tahun,dalam masa 5 tahun saya sudah beberapa kali menggugurkan kandungan kerana suami masih belum bersedia...tapi setahun yang lepas saya benar2 inginkan anak ..namun setahun mencuba saya masih belum hamil...sedangkan sebelum ni kami melakukan langkah penjcegahan po masih boleh hamil..adakah saya tidak boleh hamil lagi..apa yang perlu saya buat....saya benar2 menyesal sekarang.tolonglah doktor

    ReplyDelete
  34. Assalamuaikum Doktor, saya adalah pesakit endometriosis yang telahpun membuat rawatan(Pembedahan). Walau bagaimanapun setelah lebih setahun selepas pembedahan, saya masih juga belum hamil. Adakah bekas pesakit endometriosis mempunyai masalah sukar hamil?

    ReplyDelete
  35. Assalmualaikm doktr,
    Saya baru 3 bln bkhwin... Sjak bkhwin saya akan rasa sakit ktika bsama adakah ini membuatkan kitaran haid saya tidak teratur sperti dulu dan sukar utk dptkan zuriat...

    ReplyDelete
  36. doc x jwb pun.. uhuhuh..

    ReplyDelete
  37. Nampak pesen, doc x bagi nasihat percuma kat sini.

    ReplyDelete
  38. IKHTIAR dengan produk SNE untuk ANDA yang bermasalah:
    1. Lumpuh/Strok/Saraf
    2.Jantung/Darah tinggi
    3.Koma/Patah Tulang
    4.Buah Pinggang/Gastrik
    5.SakitPinggang/Sendi
    6.Buasir/Haid/Sembelit
    7.KencingManis
    8.SLE/Luekimia/Thalassemia
    9.Gout/Sakit Lutut
    10.Asma/Lelah/Resdung
    11.Thyroid/Bisul/Jerawat
    12.SukarMengandung/Keguguran
    13.Kanser/Fibroid
    14.Penyakit Kulit((Psoriasis/Ekzema)
    15.Prostat/Hati/Paru-Paru
    16.Masalah Seksual/Berat Badan
    17.Batu Karang/Tidak Lawas
    18.Penyakit yg sukar di ubati......

    www.produksne.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.doc sy telah berkahwin hampir 2 tahun.pernah keguguran pada awal tahun ini. shingga sekarang belum hamil utk kali kedua.tidak pernah melakukuan rawatan kesuburan.masalah saya ialah setiap kali bersama air mani suami akan keluar semula,knp hal ini blh berlaku.apa puncanya.sgt mengharapkan penjelasan dari doktor atau rakan2 yang mengalami maslah yang sama seperti saya.

      Delete
  39. salam doc...sy nk ade ke rawatan untuk unicornuate uterus..
    boleh ke pesakit mengandung?

    ReplyDelete
  40. Assalammualaikum Dr. Saya sudah 7 tahun berkahwin dan telah membuat IUI sebanyak 3 kali, tapi kesemuanya gagal. HSG normal tapi doc sebelum ini ada memberitahu bahawa semasa hendak menyuntik sperm suami, pangkal rahim saya menyerong ke kanan. Alat untuk menyuntik sperm suami ialah besi yang lurus. Soalan saya, bolehkah sperm suami disuntik menggunakan tiub plastic bagi membolehkannya membengkok dan mengalirkan sperm masuk.

    ReplyDelete
  41. Bagi wanita ...sne kapsul+beutskin
    bagi lelaki ...sne kapsul+artercardy
    ikhtiarlah guna produk sne, byk testmoni yg dah berjaya mendapatkan zuriat secara normal.....

    www.produksne.com.my

    ReplyDelete
  42. Salam doc.. setahun yg lepas sy pernah mengalami octopic pregnancy.. dan akibat drnya sebelah tiub faloppio sy telah dipotong.. so skrg sy cume ada satu sahaja tiub.. tapi smpai skrg sy masih lg belum mengandung.. sy pn nak mempunyai zuriat sndiri.. can u advise me on this..

    ReplyDelete
  43. Doc, saya baru je lepas hsg.. Doc ada bekalkan antibiotic selepas hsg.. Doxycycline.. Tapi kan doc, ni dah masuk hari subur saya,.. Doxycycline masih belum habis makan.. Saya takut doxycycline ni ganggu kesuburan saya la...

    ReplyDelete
  44. salam doc,sebelum berkahwin,saya ada melakukan D&C sebanyak 3 kali,adakah ini punca saya sukar hamil? harap doc dapat beri penjelasan dan apakah rawatan yang sapatutnye saya buat..tolong email ke awekfelda@gmail.com

    ReplyDelete
  45. Dapatkan transfer factor Advance untuk masaalah dalaman seperti ini ;

    Depression (Kemurungan)
    Stress / Tekanan
    Menoupause (Kesihatan Wanita)
    Andropause (Kesihatan Lelaki)
    Penjagaan Kesihatan Ibu Mengandung
    Infertility (Sukar Mengandung)

    Cari disini
    http://drugsifar.wordpress.com/

    ReplyDelete
  46. Salam doc, adakah supplemen yg mengandungi phytoestrogen boleh mengganggu hormon dalam badan? Saya baru shj habis period 4 hari lepas & hari ni sy dapati ada spotting.. Sebelum period, baru2 ini, saya ada mengambil supplement yg mengandungi phytoestrogen (fruits based). Adakah supplement tersebut menyebabkan spotting? Bolehkah sy teruskan mengambil supplement tersebut?
    Utk pengetahuan doktor, saya ingin sekali menimang sekurang2nya seorg lg cahay mata walaupun umur saya sekrg sudah menjangkau 43 tahun. Sy mempunyai seorg anak berusia 19 tahun. Kebetulan pada masa yg sama, saya ada buat appoinment dgn doktor minggu lepas kemudian postpine ke minggu ini tapi terpaksa dipostpone kedua2nya kerana ada hal yg tk dpt dielakan. Mungkin masih belum rezeki. Next appoinment saya adalah pada bulan nov. Jadi, buat masa ini, sy hanya berpeluang utk menulis di blog doktor utk dptkan pandangan dan nasihat..
    Harap doktor dpt membantu..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  47. adduh,,,,maaf aq baca blog ini aq resah bgt....tuba aq juga kesumbat yg kiri sudah diangkt tinggal yg kanan tapi haid aq lanjar tiup bulan ...dan aq mmasih blom punya anak walaupun udah berusaha kerja malam pagi siang...tapi hasilnya blom ada rasanya tiap bulan mau gali tanah aja..O TUHAN tolong aq..ada yg bisa bantu aq..t???? suami aq ingin bgt punya anak..................................satu aja TUHAN tolong berikan bagi kami doakan aq teman ..bnr2 aq kepikiran bgt

    ReplyDelete
  48. pengen tiup saluran kandungan tapi waktu blom bisa masih sibuk kumpul uang tuk biaya............o my GOD tolong aq pengen nangis...........aja

    ReplyDelete
  49. Salam dr sy ethna dr srwk.sy penah mgalami ectopic rt tube dh d buang.sy dh bt scg DR mgata kn sebelah left tube normal tp knp kah dgn bnyk cr sy dh bt still x pregnant?hsbd sy normal.apa cadangan DR?

    ReplyDelete
  50. : sesiapa yg ada masalah susah hamil , period x teratur , senggugut , fibroid , cyst dll yg berkaitan dgn rahim atau perut boleh gune lumiglow .. in sha Allah .. sy da byk dgr feedback yg baik .. tq ..

    ReplyDelete
  51. Kita usaha, apa yang terbaik kita jugak kena memohon kepada Allah.

    www.mincantek.com

    ReplyDelete
  52. doc ni x reti nak jwb ka ..........

    ReplyDelete
  53. hampa.. semua soalan x di jawab,,,

    ReplyDelete
  54. byk info menarik ni
    jom.singgah blog saya zianahealthcare.blogspot.com

    ReplyDelete
  55. Nak hamil?? sila klik di sini https://www.facebook.com/JamuSeriDewiMalamOfficial

    ReplyDelete
  56. Kami bkn doktor tp dah ramai pelanggan kami yg berjaya hamil. Konsep treatment kami simple saja. Konsep kami ialah pembersihan dalaman. Bersihkan dalaman/pangkal rahim dr sisa2 kotoran spt haid, nifas, keputihan, cysts atau kantung baby slps keguguran. Jamu herba kami simple dan murah, tidak menyakitkan dan terbukti ramai berjaya hamil sbb dlaman dah bersih. Bila dalaman bersih sperma dpt menuju destinasi dgn sempurna. Rmai yg ingat mereka "mandul" tp mereka salah sebenarnya. O ya bkn saja mudah hamil, isteri2 akan menjadi perawan semula hasil amalan jamu kami. Cuba sendiri jika nak tahu keberkesanannya. Sila klik di sini https://www.facebook.com/JamuSeriDewiMalamOfficial

    ReplyDelete
  57. Nak cepat hamil pm saya....insya allah saya akan bantu

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum/salam sejahtera

    Saya juga suda berkahwin 2 thn lbh.. bru2 ni disahkan hamil 2 minggu sblm ramadhan. Tapi miscarriage sehari sblm raya. Mungkin akibat jalan jauh dan banyak terhentak2 nak balik raya kampung suami. Saya cuma nak kongsikan pengalaman dan ikhtiar untuk saya hamil.

    Boleh lawat blog saya untuk perkongsian bersama, semoga anda yang menanti cahaya mata tidak pernah berhenti untuk berikhtiar dan tidak putus asa.

    fazniz.blogspot.com

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum
    This week akan buat IUI & suami perlu keluarkan air mani & masukkan dalam bekas
    Nak tanya lah ...masa suami nak keluarkan sperm , kalau boleh tak keluarkan guna tangan ,

    Soalan saya : bolehkah suami isteri bersama/ seks ...tapi air mani tak dipancut dalam rahim, tapi dalam botol utk dicuci bagi proses IUI .TQ

    ReplyDelete
  60. Doktor banyak pesakit nk jaga..kan la die nk menjawab soalan semua org kt dlm blog..ad mase nanti die reply la..sy tnya dlam fB doktor elok je jawab.
    so tolong bersabar..klo nk feedback yg pantas call je la doktor terus..

    ReplyDelete
  61. ooo ramai rupanya yang mengalami masalah belum hamil..saya hampir 5 tahun berkawen tapi belum dikurniakan anak.... belum pernah cek lagi dengan doktor hanya berurut 2 kali...tukang urut cakap ok... sekarang tgh try set kesuburan Shaklee..harap ada lah rezeki, kawan saya mgu lepas bg taw dia amalkan jugak set tu..hampir 8 tahun xda baby..alhamdulillah mgu lepas dah pragnen....doakan ya semoga ada rezeki....

    ReplyDelete
  62. Doctor, saya membaca article luar negara wanita mengandung di usia 50an walaupun telan menopause. Adakah kita mampunyai rawatan ini di Malaysia?

    ReplyDelete
  63. Buah zuriat dan serbuk debunga kurma direct dari tanah suci... boleh google khasiat doum fruit/buah zuriat....ada research oleh doc dr negara2arab..kaitan khasiat buat ini dgn kesuburan...berminat nak dptkan stok buah ni boleh pm sy 0176106717... x salah mencuba..boleh google byk blog2 org2 di luar sana yg dimakbulkan doanya hamil dgn usaha dgn buah n serbuk ni...

    ReplyDelete
  64. Assalam doc,
    Sehari selepas saya mengadakan hubungan kelamin dgn suami saya mengalami simptom loya, mengantuk, perut terasa keras dan kurang selera makan. Adakah berkemungkinan saya mengandung?

    ReplyDelete
  65. Salam doc..
    Saya dah berkahwin 2 tahun tapi masih blum ada anak.. plbagai cara kmi usaha kan..tp sy perasan air mani suami sllu keluar sjurus slps kami bsma.. adakah ini tanda nya saya bmasalah spt slurah benih tsumbat atau ttutup?..

    ReplyDelete
  66. hi saya dah 2 tahun tak dapat anak,bila check doc ,katanye hormone saya rendah,dan bila saya bersama suami air dia keluar cepat,ape masalh dia ye,dan lagi satu lps bersama saya rasa gatal aje ,tolong jelaskan

    ReplyDelete
  67. Salam Doc,

    Saya telah berkahwin 2 tahun lebih, bulan 11 genap 3 tahun. period saya regular tiada masalah, pernah scan untuk lihat cyst, alhamdulillah tak ada.Suami pernah check sperm count juga normal. boleh saya dapatkan nasihat doc apa lagi alternatif usaha yg lain bole saya gunakan?

    ReplyDelete
  68. Assalam, saya sudah mempunya seorang anak berusia 5 tahun. Saya telah menggunakan family planning ( 3month injection) selama 3 tahun (2012-2014). Period tak tentu sepanjang pengambilan injection. Selepas setahun berhenti mengambil injection pada NOv 2014, period pertama adalah pada Nov 2015. Sehingga kini, masih belum ada rezeki hamil. Adakah ini perkara biasa selepas pengambilan injection? Atau,adakah saya perlu berjumpa dengan pakar ? Tolong advise. Terima kasih

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum.. Sy nak share pengalaman HSG pada 22/09/16 di KPJ Damansara.. Dr yg entertain sy ialah dr norhayati mokhty.. 1st nak buat kat KPJ Ampang tp doc cuti on my CD10 that't why tukar ke KPJ Damansara asalkan doc perempuan hehe sebelum pergi dah baca pengalaman TTCian semua mmg takuttt ramai bg feedback negative iaitu sakit.. Tp dah lalui sendiri harini yessss memang sakitttt.. Lebih sakit drpd period pain.. Selama ni before paid period pain i very mild je kdg2 lenguh2 pinggang je.. Alhamdulillah result sy semua normal takde apa masalah.. Bayaran RM203 sbb refer pakai surat LPPKN.. Kalau refer pakai surat klinik swasta lain harga lebih mahal kata nurse kat situ.. Tp husband keja govt so boleh lah claim.. Now focused on husband plak sbb sperm kurang.. Apa2 pun this is my 1st time comment kat any blog tp utk info bersama sy share jgk hehe semoga TTCian semua dimurahkan rezeki anak ye.. Proses mengambil masa 10mins mcm tu (kalau takde masalah) sbb doc nurhayaty tau kita dlm kesakitan that's why dia buat very quick.. After treatment tu ada tompokan darah tp shari je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lia,
      Murah juga di KPJ Damansara, saya tanya di KJMC harganya RM250.hu3.

      Delete
  70. Ada beberapa nutrisi penting yang perlu lelaki amalkan untuk tingkatkan kesuburan. Kesuburan bukan terletak pada wanita saja..lelaki pun perlu ambil perhatian. Semoga yang sedang TTC dimurahkan rezeki zuriat, aameen.

    ReplyDelete