Saturday, December 24, 2011

Ubat Norculut

Saya sering memberi ubat ini kepada pesakit2; ramai yang tertanya2 apakah ubat ini.
Ubat ini adalah sejenis hormon progesterone (hormon wanita) yang yang dicerakin atau synthetic bukan asli. Nama sebenar ialah Norethisterone dan setiap tablet mengadungi 5 mg norethisterine.
Ubat ini bertindak dalam rahim dan pada sistem kawalan hormon wanita.

Apakah Kegunaan Ubat Norculut?

1. Menangguhkan datang Haid
Untuk sesuatu tujuan saperti pergi Haji atau Umrah , bila makan tablet Norculut dari mula hingga akhir , ia membolihkan wanita buat amal ibadat saperti solat, wukuf diarafat dan buat umrah dalam seluruh tempoh waktu ia ditanah suci.
Ada juga yang ingin berpuasa seluruh bulan ramadan tanpa diganggu haid. Norculut bolih tangguhkan haid sampai ke hari raya.
Ada juga yang ingin tangguhkan haid kerana ia akan bernikah, atau ia ingin berbulan madu diluar negara. Ada pula yang ingin tangguhkan haid utuk menghadapi ujian atau peperiksaan atau temu duga untuk satu jawatan penting dan jika ia sedang haid ia akan mengalami senggugut yang amat teruk, sakit kepala , muntah2 dan lain2  gejala. makan norculut bolih tangguhkan haid selama kita mahu tanpa apa2 kesan sampingan.

2. Untuk rawatan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
Rawatan terbaik untuk penyakit2 tersebut ialah pembedahan untuk  buang cyst dan tumbuhan serta betulkan kedudukan rahim jika ia retroverted ( jatuh kebelakang kearah tulang tonking). Tetapi jika seseorang enggan bedah kerana munkin pernah dibedah sebelum ini atau atas sebab2 peribadi, pilihan lain ialah ubat norculut yang dimakan secara terus  menerus selama 3, 6 atau 9 bulan. Ketika makan norculut pesakit tidak datang haid tapi tidak hamil. jika ia mahu hamil, berhenti ubat lepas 3 bulan dan cuba hamil selama 3 bulan. Lepas makan norculut dan berhenti, pesakit akan mengalami 'rebound fertility'.

3. Merawat 'hormon imbalance' Prenstrual   tension (PMS) dan menopos.

Norculut digunakan untuk berbagai masalah wanita. Pada wanita yang sering mengalami kitaran haid tidak teratur, perdarahan tidak tentu masa dalam kitaran haid, norculut bolih digunakan untuk membetulkan  kitaran haid.
Begitu juga bagi mereka yang mengalami gejala2 PMS saperti  migraine, loya, bengkak kaki , moody dan lain2. Norculut bolih juga digunakan sebagai hormon gantian pada wanita menopos.

Rawatan Kesuburan

Dalam beberapa situasi norculut digunakan, saperti bagi pesakit PCOS yang tidak datang haid, norculut diberikan selama 7 - 10 hari, haid akan datang 3-4 lepas habis norculut. Bila haid bermula, ubat subur clomid bolih mula di makan pada hari ke 2-3 haid. Jika ia hamil sedang makan norculut, ubat ini ada kesan menguatkan kehamilan dan tiada kesan sampingan kepada janin.

Ada kalanya haid tidak keluar sebab karung telor (follicle) tidak pecah sewaktu penetasan berlaku dan ia menimbulakan tumbuhan follicular cyst yang biasanya memengadungi air,  rawatan dengan norculut 2 biji sehari selama 20 hari boloh memecahkan cyst tersebut tanpa kesan sampingan.

Bagi mereka yang tidak subur sebab 'corpus lueal defects' disebabkan kurang hormon progesterone, duphaston atau norculut bolih diberikan mulai hari ke 20 selama 7 - 10 hari.

Dos Norculut dan jangka masa makan ubat.

Untuk kebanyakan situasi yang saya nyatakan diatas, dos norculut ialah 2 biji (10 mg) dimakan 2 kali sehari selama tempoh yang diperlukan, saperti 40-50 hari untuk pergi haji, 10-20 hari untuk umrah, Jika berlaku perdarahan walaupun mengikuti dos yg dicadangkan, tingkatkan dos dengan makan 3 -4 kali sehari sehingga perdarahan berhenti dan teruskan makan 2 kali sehari  sampai pulang ketanah air.

65 comments:

  1. haid saya xteratur, boleh ke saya cuba makan ubat ini?bolehkah beli dimana-mana farmasi?

    ReplyDelete
  2. kalau makan ada tak kesan lain seperti loya, kejang otot dsbnya?

    ReplyDelete
  3. haid saya pun x teratur,rumahtannga sunyi tanpa cahaya mata di usia perkahwinan yg hampir 3 tahun..adakah boleh jika saya mencuba ubat ini?

    ReplyDelete
  4. yup saya mmg ambil ubat ni utk jalankan pemulihan haid saya dan semasa haid saya diberikan ubat clomid utk kesuburan...

    ReplyDelete
  5. kalau fibroidkan kurang hormon progesterone kan..boleh ke ambil ubat ni?

    ReplyDelete
  6. doc, saya masih lg tidak mpunyai zuriat stlh hmpir 10thn bkahwin dn bru2 ini saya diberitau bhw saya mngalami PICOS..2 bln sudah saya diberikn metformin..sejak dr itu haid saya tidak berhenti..bagaimana saya dpt mengatasi masalah ini doc?

    ReplyDelete
  7. doktor, saya gunakan Norethisterone sebiji sehari iaitu 10 hari before period saya..tetapi..tiba waktu period keluar darah..ape yang perlu saya lakukan?ini merosakkan plan saya untuk bercuti dalam masa 4hari lagi..:((
    apa cadangan dktor utk membantu saya?

    ReplyDelete
  8. SALAM,doktor sy dh 3thn lebih kawen tp belum dikurniakan zuriat.pernah menjalani rawatan kesuburan sehingga peringkat IUI tp belum berjaya perolehi zuriat..apa pandangan doktor tentang masalah saya?

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya telah mengambil noerethistrone selama 10 hari. Tanpa saya sedari ,semasa pengambilan tersebut, rupa-rupanya saya telah hamil 6 minggu. 2 orang pakar gynae non-muslim menyarankan saya menggugurkan kandungan kerana dikhuatiri kesan mudarat ubat tersebut kepada janin. 2 orang pakar gynae muslim pula menasihati saya untuk meneruskan kehamilan dengan pemantauan rapi. Ini kehamilan ke 3 saya. Saya telah ada 2 orang anak. Umur saya 30 tahun. Saya dan suami dalam dilema dan keliru. Kami ingin meneruskan kehamilan ini, tetaoi bimbang kan keadaan bayi dan masa depannya. Sekarang usia kandungan saya 10 minggu. Tolong berikan pandangan kepakaran doktor. Sekian terima kasih. hardy_search@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis....can I have ur number?sy experienced exactly the same situation yg jadi dekat sis....i need your advise too sis...

      Delete
    2. Sis.. Boleh saya dapatkan email atau contact nombor.. sbb saya pun sekarang mengalami masalah yg sama. Sy diberi pil noerethistrone untuk 4 hari kerana period saya tak datang selama 2 bulan.. setelah 3 minggu habis ubat tersebut, period masih belum datang. Kemudian saya cek UPT result nya positif. saya risau sekiranya ubat tersebut memberi kesan kepada kandungan saya.

      Delete
    3. sis..pengalaman kita sama.boleh nak minta no telefon x..betul2 tgh down sekarang😔😔

      Delete
    4. salam sis . blh cerita pngalman sis tak . sy pn sedang mngalami keadaan yg sama .

      Delete
    5. Hi. Boleh contact sy tk?dr bg sy jgk tp sy takut sy pregnant? 0187831006

      Delete
  10. doktor saya mengalami masalah haid tergangu.saya sudah berkahwin 3 tahun setengah.doktor kata rahim saya tiada masalah.masalah kitaran haid sgt tergangu dalam dua tahun ini.saya amat tertekan.setiap kali ingin membuat pemeriksaan doktor meminta saya menunggu.saya buntu.minggu lepas ada seorang doktor memberikan ubat norethisterone pada saya untuk haid.tp kesannya saya mengalami sakit perut yang keterlaluan.apa patut saya lakukan doktor?

    ReplyDelete
  11. Dah 2x saya makan ubat ni untuk menghentikan darah haid. caranya selepas 2 minggu period, saya makan 3x sehari selama 2minggu. 1st time makan tahun 2012 kot, period ok. Tahun ni menjadi semula, saya jumpa doktor dan dia bagi makan pil ni lagi. rasanya xde lak sakit perut ke apa....alhamdulillah saya dapat solat senang sikit. xlah kena cuci tiap kali nak solat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm sis. Sy nk tnya nurculot ni untuk stop darah haid ke

      Delete
  12. doktor...saya mengalami pendarahan period yang tak berhenti..hingga 23hari period pun masih tak berhenti jugak..saya dah berjumpa dengan pakar dan doktor hanya mengatakan hormon tak stabil..tiap2 kali period dtg mesti x berhenti..apa masalah saya doktor..scan pun sudah..tak ada apa2 jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMA DENGAN SY MASALAH SAUDARI..SMLM DOC BERI SY UBAT NORCULOT UTK MAKAN SELAMA 21 HARI 2 BIJI SEHARI..X SBR NK TGK KESAN NYE..

      Delete
    2. SAMA DENGAN SY MASALAH SAUDARI..SMLM DOC BERI SY UBAT NORCULOT UTK MAKAN SELAMA 21 HARI 2 BIJI SEHARI..X SBR NK TGK KESAN NYE..

      Delete
    3. Assalam
      Maaf nak bertanya masalah awak dah selesai ke

      Delete
  13. Doktor,sy nak tanya blh ke sy ambek ubat norculut sbb selepas enjection lucrin 11.25mg 2x,sy msh belum dtg period skrg sdh 5bln tidak dtg selepas lucrin hbs..

    ReplyDelete
  14. Sy berumur 25tahun belum brkawin, disini masalahnya sy 1st time terjadi dlm hidup, haid x berhenti, lepas sy bce semua komen, sy try mkn norethisterone, alhamdulilah slpas 4 biji dh bersih..kira sy xpayah la mkn ubt 2 sampai hns sepapan kan..

    ReplyDelete
  15. Saya lewat dah 7 hari..lepas tu mkn pil ni..dah hbis mkn tp smpi skrg belum period.ataupun kena tunggu beberapa hari lg??

    ReplyDelete
  16. npe setiap soaan xde jawapan dari dktr....

    ReplyDelete
  17. npe setiap soaan xde jawapan dari dktr....

    ReplyDelete
  18. Sabaq, rasanya dktr hamid dh jawab pirvate kat depa. Kita smua kena paham doktor Hamid berperang demi zuriat umat, masa bagai emas. Muga Allah tambahkan kesihatan dan masa untuk doktor Hamid agar dia dpt terus berbakti untuk anak bangsa. Saya x prnah jumpa dktr Hamid namun mengharapkan agar lebih ramai doktor yang sebaik atau lebih baik dari dktr Hamid dilahirkan di Malaysia tanah tumpah darah kita. Amiiiiin.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum doc.. Sy ada pg klinik doc utk checkup n dapati sy ada cyst dkanan n kiri.. Doc sarankn sy mkn ubat norculat 2 biji sehari.. Sbln sy mkn period sy stop tp lps sbln ada darah titik2.. Adakah sbb period atau cyst?

    ReplyDelete
  20. salam.sy baru sahaja jumpa doktr tadi.sebnrnye saya dah lewat period selama 2 bulan.kebetulan pulak sy demam .sy xberani nk mkn ape2 ubt takut2 tetiba hamil. sy pun cek la n doktr pun scan.n sy xpregnat.dia kate sy ni stress n mybe sebb tu period lmbt.doktr pun beri ubat ni kat saya.saya pun takut nk mkn.sebb sy da jgk baca..salah satu tuk berhntikn period..n da plk kate tuk lancarkan period..mohon pandangan.

    ReplyDelete
  21. Boleh ka saya mkn ubt nie untuk regularkan period saya,saya ad pcos dan merancng untuk hamil..saya dah kawen slma 2 thun..

    ReplyDelete
  22. Boleh ka saya mkn ubt nie untuk regularkan period saya,saya ad pcos dan merancng untuk hamil..saya dah kawen slma 2 thun..

    ReplyDelete
  23. Boleh ka saya mkn ubt nie untuk regularkan period saya,saya ad pcos dan merancng untuk hamil..saya dah kawen slma 2 thun..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum dr. Sy mempunyai fibroid sebesar 11cm. Belum berkahwin dan mempunyai kitaran haid yg teratur. Sy dijadualkan utk operation pd bulan 10 namun ditangguhkan dan doktor berikan sy lucrin injection utk kecutkan fibroid. Selain dr lucrin, adakah ada alternatif lain utk masalah ini? Kerana slps injection kali pertama sy hadapi masalah jerawat dan period yg lebih lama dr biasa. Selepas 2nd injection, kaki sy selalu cramps. Harap dr hamid dpt membantu sy.

    ReplyDelete
  25. Stress...period dah lewat 2 minggu...sbb tak bersedia nak anak lagi... :(

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum doc...sy baru sahaja lepas pergi ke klinik setelah genap 60 hari lewat dtg period.dokter telah scan perut sy mengatakan kemungkinan ade cyst..akan ttp dalam masa yg sama dokter tersebut ade mengatakan 'kalau pregnant benda tu pon bulat,kalau cyst pon bulat tetapi masih kecil lagi.."...dokter tersebut telah berikan saya ubat NORCOLUT utk bagi darah period sy turun...sy dalam delima utk makan ubat NORCOLUT ni mane tau rezeki sy kot2 mengandung..apa pandangan dokter adakah sy perlu meneruskan makan ubat ini @ tidak?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum dr. Saya da makan ubat nih sehari atas saranan dr lain sebab da buat upt 3kali -ve, scan atas perut rahim kosong dan scan bawah rahim kosong. Tapi yang jadi masalahnya bila makan satu biji je selepas tu demam dan besok harinya demam tak kebah lagi dan juga sakit pada bahagian ari-ari. Harap dapat penjelasan dr.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum doc. Boleh ke sy makan pil nordette dgn sekali pil norcolut untuk lambatkan kedatangan haid mengerjakan umrah awal bulan 3 ini?ada kesan sampingan kalau mkn 2 jenis pil ini?

    ReplyDelete
  29. doc,sy lewat period 4 hari.. 4 bulan lps,sy ambik injek perancang,kmudian brhnti atas sbb drh kluar spnjg 3bln.. pasti ambik pil perancang tp x ngam jgk,mslh pd dada slalu sakit..stop mkn dn period 2.2..skrg dh 6hb..tetap x period lg..belum sdia nk pregnant lg sbb baby bru 6 bln.. dan sblm2 ni mmg closed pregnancy..blh ke sya mkn ubt norcolut ni?? adakah hormon sdg berubah..dh beli 2 biji farmasist bg cuma masih dilema nk mkn or x..tlg sy doc.

    ReplyDelete
  30. Lepas 2 hari consume norcolut....Saya skip 3-4 hari ubat norcolut(terlupa)....kemudian continue semula dlm 5 hari dlm waktu period..Ada ke apa2 effect doc?Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  31. Salam dr..saya blan lpas saya dtg period dua kali..bulan ni sy xdtg lg
    ..saya ade mmbeli norcolut tu..tp masih was2 igin memakannyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat mana ye pil norculut tu?

      Delete
  32. Salam dr..saya blan lpas saya dtg period dua kali..bulan ni sy xdtg lg
    ..saya ade mmbeli norcolut tu..tp masih was2 igin memakannyer..

    ReplyDelete
  33. Dr saya mempunyai masalah kitaran haid x regular.
    Hidup sya sengsara 10 thun INI.
    Saya akan kahwin thun dpn.
    Fikiran buntu Sgt.
    Sya keluar period sejak July sampai Aug
    Almost drh I bacaan hb6 shja.
    Dr sarankan mkn norculot dua biji selama 5 hari.
    Period berhenti tapi slpas 4 hari
    Period pain mcm nk kluar period
    Boleh tak Dr tolong saya
    0163133366

    ReplyDelete
    Replies
    1. aslmkm sis..sy masalah sama period xbhnti..skg period sis mcmne

      Delete
  34. Dokter sy ad masalah period...da 3 taun da tiap kali period misti bpanjangn..ad kesan pape tak klo sy mkn norculut ni dokter...

    ReplyDelete
  35. Dokter sy ad masalah period...da 3 taun da tiap kali period misti bpanjangn..ad kesan pape tak klo sy mkn norculut ni dokter...

    ReplyDelete
  36. saya mengambil bil norcolut 2biji sehari selepas sarapan?boleh ke

    ReplyDelete
  37. saya juga mengalami masalah period yang x regular. pakar sarankan saya utuk mkan ravimed tapi masih x keluar period.kemudian saya cuba makan norcolut,alhamdulillah selepas 5 hari period keluar.perlukah saya makan ravimed utk next period? sebab ravimed x beri kesan kepada saya.

    ReplyDelete
  38. DOC SYA DAH AMBIK 90G TAPI SKRG PREGNANT CAMNA NAK BUAT STRESS rohana@amistar.com.my hari2 dok pikir yg bukan2 ni doc mintak jasa baik doc blh reply saya secepat mungkin....

    ReplyDelete
  39. ubat turun darah....

    ReplyDelete
  40. doc pada 7/12/2016 saya telah ke tanah suci mekah dan telah mengambil ubat norcolut ini . tetapi pada pertangahan umrah saya telah datang period sehingga saya pulang tanah air pada 19/12/2016 dan period tersebut telah berhenti pada hujung bulan 12/2016. Namun begitu , bulan januari 2017 period saya langsung tiada . dan kini saya mengalami sakit perut , pedih ulu hati dan pening kepala . apabila saya buat urine test , saya dapati keputusan negatif . boleh doktor jelaskan kenapa jadi begini ya ?

    nursyafeeqah123@gmail.com

    ReplyDelete
  41. Salam dr. Saya dah 2cycle mengalami pendarahan berterusan tapi sedikit xlekat pada pantiliner, dan kadang2 bila exercise, darah akan keluar banyak satu pantiliner. Sy dah pergi pakar, dr kata dinding rahim saya tebal & bagi ubat norethisterone 2bji 2x sehari selama 7hari utk turunkan darah. Adakah selepas itu sy boleh pregnant dlm jangka masa dekat sebaik saja sy abis makan ubat ni?

    ReplyDelete
  42. Askm, dr sy nak gunakan ubat ni utk trnkan darah period boleh ke? Kalau org pregnant boleh tak gunakan ubat ni utk turunkan darah. Sbb sy belum bersedia lg

    azrahumairaa@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ade jawapan ke sis? boleh ke makan ubat ni utk turunkan darah sbb sy ade komplikasi .dan dr rak sarankan sy utk hamil dalm mse terdekat

      Delete
    2. dah ade jawapan ke sis? boleh ke makan ubat ni utk turunkan darah sbb sy ade komplikasi .dan dr rak sarankan sy utk hamil dalm mse terdekat

      Delete
  43. Salam saya penghidap asma..pernah masuk icu sekali disebabkan alergic hydrocort. Kali kedua atas alasab yg sama dan atas sebab tu saya diberikan kad alergic ubat. Soalan saya bolehkan saya mengambil norcutin(norethisterone 5mgx2) sebab saya dah lebih drpd tak period. Itupun saya dpt drpd hospital swasta... Saya tak berani nak makan tp dlm masa yg sama takut sebab saya trauma atas alahan ubat yh lain sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih daripada 60 hari. Dah banyak kali buat UPT tp tetap negatih..last period 14/2/2017

      Delete
  44. Apakah kesan ubat ni jika diambil oleh wanita hamil 10week .boleh ke turun darah ?jika tak turun ada kesan ke pada tumbesaran janin..

    ReplyDelete
  45. salam, sy telah brjumpa dgn doktor pakar dan pemeriksaan ke atas sy mendapati sy ada adenomyosis. sy telah diberi ubat norcutin utk sebulan. namun tidak juga diberitahu sama ada sy perlu mengambil ubat yg sama jika sudah habis stok yg ada. bila membaca penerangan doktor yg menyatakan bila makan ubat tersebut tidak akan mengalami haid sy berfikir adakah selamat jika sy mengambil ubat tersebut dlm tempoh yg lama. harap doktor beri penjelasan adakah patut diteruskan makan ubat atau berhenti agar ada haid tiap bulan.

    ReplyDelete
  46. Saya dh 3tahun khwin,blum ada zuriat lagi,saya ada masalah dengan period saya,klau period darah xhenti2,klau xperiod smpai 6-7bulan bru period,dr ada bg saya ubat henti darah 4hari,lpas berhenti period datang balik, hari ke 2 saya start makan ubat kesuburan, adakah haid akan normal berhenti dr,mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  47. Salam doc, boleh sy tau beza visanne dgn norethisterone ni? saya endo stage 4 dan telah jalani laps bulan 12 thun lpas. Selepas itu, bulan 4 sy proceed rwtn ivf tp gagal kerana doktor kata endo belum sembuh sepenuhnya lgi. Skrg doktor minta sy mkn visanne selama 6 bulan tp sy review byk side effect visanne so sy keliru skrg ni.Mohon nasihat doktor.Terima kasih.

    ReplyDelete
  48. Saya nak tanya adakah ubat ini sesuai dengn ibu menyusu ???

    ReplyDelete
  49. Saya lewat dah 7 hari..lepas tu mkn pil ni..dah hbis mkn tp smpi skrg belum period.ataupun kena tunggu beberapa hari lg??

    ReplyDelete