Monday, March 21, 2011

Rawatan kesuburan perlu korban

Rawatan kesuburan/ kemandulan untujuan dapatkan zuriat memang perlu banyak pengorbanan tenaga, masa, wang ringgit dan perlu kesungguhan, ketabahan dan kesabaran. Ada pasangan yang telah kahwin selama 2-3 tahun belum hamil dan bila buat temu janji untuk pemeriksaan dan rawatan kesuburan, tiba2 didapati hamil secara spontan . Begitulah kuasa Allah SWT bila sampai waktunya dan dengan kehendakNya jadilah makhluk mengikut perintahNya ' kun fayakun'

Ada pula yang bertahun2 berusaha dengan menjalani berbagai jenis ujian dan rawatan dengan banyak doktor2 pakar serta berbelanja terlalu banyak jumlah wang, tetapi masih gagal juga untuk hamil. Munkin tidak ada rezeki . munkin ada hikmah terbaik dengan kaedaan tanpa zuriat, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

1.  Jangan putus asa, teruskan usaha dan rawatan, berdoa dan mohon dari AllahSWT untuk dapat zuriat

2.  Kuatkan azam dan kesungguhan khususnya untk mengawal berat badan dan amount makanan yang mengadungi  karbohaidret dan manisan gula. Ini sangat penting kerana bila berat badan naik, kesuburan menurun. Ini sagat relevan dengan pesakit2 PCOS. Kebanyakan pesakit PCOS gagal mengurangkan berat badan. Ikuti free weight loss program


3. Amalkan exercise/riadah  - amalan  ini adalah sangat penting untuk membakar lebihan gula yang bolih ditimbukan  sebagai lemak dan kesannya menambah berat badan. Riadah juga memberi ketenangan minda dan jiwa. Segala stress dan tension akan dapat dikurangkan atau hapuskan sama sekali dan kesannya meningkatkan kesuburan.Ikuti Fertily exercise


Fertility Yoga

4. Amalkan catit suhu BBT untuk mengesan waktu subur/ ovultion dan tentukan ada hubungan waktu subur

5. Makan yang berkhasiat , makanan segar dan mentah (buah2 , sayur dan ulam). Lauk2 /perotin dari daging, ayam ikan yang segar dan tidak diperoses. Jauhkan makan yang diperoses, yang mengandungi pengawet , perisa dan pemanis, termasuk fast dan junk foods.

6. Jika ada penyakit saperti endometriosis, fibroid dan PCOS dan doktor cadang untuk dibedah , jangan takut kerana pembedahan adalah salah saatu kaedah rawatan untuk kesuburan yang berkesan.

7. Rawatan kesuburan dengan apa kaedah pun - secara ubatan, IUI, IVF atau bedah memerlukan belanja kewangan yang banyak. Malangnya majikan tidak bolih membiayai kesemuanya, munkin kalau ada peyakit endometriosis, fibroid atau PCOS, pihak majikan atau insurance bolih biayai pebelanjaan tetapi untuk IUI dan IVF  pesakit perlu bayar sendiri.

8.  Suami isteri perlu berkerja sama dan sepakat untuk berusaha menjalni pemeriksaan, ujian dan berbagai kaedah rawatan kesuburan.

9.  Kaedah rawatan tambahan/alternatif saperti acupuncture, bekam, urut dan supplement2 tambahan termasuk herba dan antioxidants bolih diambil bersama2 rawatan perubatan moden.

Insyaallah berkat ketabahan anda, suatu hari kelaka Allah akan kurniakan zuriat.

5 comments:

  1. insyaALLAH....kun fayakun

    ReplyDelete
  2. salam dr.

    Sy telah berkahwin selama 2 thn tp msih blum hamil, mungkin tiada rezki lg..sy dan suami telah menjalani pemeriksaan dan suami normal manakala sy subur. Kitaran haid tetap iaitu 28-30 hari dan telur juga besar. Doktor mencadangkan sy menjalani laparoskopi mungkin kerana tiub tersumbat. Selain itu rahim sy jenis retroverted. Adakah ia 1 faktor sukar hamil?

    ReplyDelete
  3. Hi Dr,

    saya nak bertanyakan tentang haid , betul ke haid terjadi apabila telur tidak disenyawakan? dan haid tidak akan terjadi jika tidak mempunyai telur , adakah benar ? sebab ada satu kes ni , beliau berjumpa pakar dan pakar bagitahu beliau bahawa beliau takboleh hamil kerana tiada telur langsung dan rahim beliau abnormal(kecil), tapi setahu saya terjadi haid disebabkan ada nya telur dan beliau masih boleh datang haid cuma bergantung pada ubat hormon 28hari , adakah dalam ubat hormon itu mengandungi gantian telur manusia ? Mohon pencerahan disini .

    ReplyDelete