Monday, October 14, 2013

SELF INSEMINATION



Saya akan jelaskan tentang satu kaedah rawatan DIY untuk tingkatkan peluang hamil. Kos jauh lebih murah dari IUI dan peluang hamil hampir sama.

Ikuti link ini tentang IUI

Ada beberapa kaedaan yang menghalang kehamilan berlaku akibat dari kegagalan benih suami masuk kedalam rahim.

1. Kegagalan persetubuhan. Jangan terkejut masih ada pasangan yang gagal melakukan persetubuhan walaupun setelah beberapa tahun berkahwin . Bukan tidak ada keinginan atau keghairahan tapi isteri ada phobia atau ketakutan setiap kali mencoba bersetubuh. Ada wanita yang masih dara selepas 6 tahun kahwin.

2. Lemah tenaga batin khususnya pihak suami atau 'mati pucuk' dan tidak bolih melakukan persetubuhan. Tetapi dia masih bolih mengeluarkan air mani secara mastubation.

3. Suami sering mengalami 'premature ejaculation' dan tidak bolih masukkan benih dalam faraj isteri. Air mani tumpah diluar , dia ejaculate sebelum dapat masukkan zakar kedalam faraj isteri.

4. Suami ada kecacatan semula jadi/congenital pada saluran air dimana muncungnya terbuka dipangkal bukan dihujung batang zakar (hypospadias). Bila dia ejaculate/pancut air mani diluar faraj.

5. Suami terlalu letih dan tidak terdaya melakukan persetubuhan sedang isteri subur (ovulation) . Tapi bolih keluarkan air mani cara paksaan (mastubation)

6. Benih suami kurang bilangan, kurang pergerakkan dan kurang yang bentuk normal.

Apa bolih dilakukan untuk cuba hamil.?

Saya cadangkan satu kaedah yang digelar 'Self Insemination' - satu cara permanian yang dilakukan olih pasangan suami isteri sendiri tanpa bantuan doktor.

1. Bila datang haid . Makan ubat subur clomid 2 biji setiap malam selama 5 malam berturut2 mulai hari kedua haid bagi mereka yang punya pusingan haid teratur ( 28 - 32 hari)

Jika haid jarang datang sebab PCOS makan Norculut 2 biji, 2 kali sehari - sarapan dan makan malam - selama 10 hari. Haid akan datang 3 - 4 hari lepas habis norculut. Makan clomid 4 biji setiap malam selama 5 malam. Beli clomid dari klinik saya atau farmasi.

2. Ovulation Test kit (5 ujian). Ujian air kencing untuk kesan waktu subur dimulakan pada hari ke10 bagi pusingan haid 28 - 30 hari dan hari ke14 bagi pengidap PCOS. Beli ovulation test kit dari klinik saya atau farmasi.
Buat ujian setiap hari hingga jalur ujian sama warna dengan jalur control (positif) .
Bila positif ujian ovulation , pematangan telor akan berlaku 24 - 48 jam selapas itu - esok atau lusa. Mula self insemination esok.

3. Cara lakukan self insemination (DIY). Beli beberapa 3 cc/ml syringe plastik (disposable sterile). Beli 10 - 20 syringe 3cc simpan untuk kegunaan masa depan. Jarum tidak perlu digunakan .



Perlu bekas sterile untuk tadah air mani suami yang dikeluarkan secara mastubasi.


Sebaiknya jangan bersetubuh selama 3 hari sebelum insemination.

Setelah dapat air mani suami, biarkan ia cair selama 1-2 jam. Lepas itu sedut 2-3 cc/ml air mani yang cair kedalam syringe tanpa gunakan jarom. Sedut dari cecair lapisan atas kerana benih2 yang aktif akan berenang2 keatas.

Wanita baring  dan suntikan air mani kedalam faraj dengan masukkan keseluruhan syringe dan tolak plungger. Bolih buat sendiri atau olih suami. Baring selama 2 jam dengan bantal dibawah ponggong. Prosedur tak sakit kerana saiz syringe adalah kecil.  jika pintu faraj sempit pelincir KY jelly bolih digunakan.

Sebaiknya lakukan prosedur ini pada waktu malam selepas solat isha.

Perlu buat 2 kali self insemination untuk setiap pusingan haid. Esoknya lepas ujian positif dan 2 hari kemudiannya.


Peralatan dan ubat2 clomid serta norculut bolih dibeli dari klinik saya atau farmasi terdekat.





24 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Delete
  2. syringe = picagari

    ReplyDelete
  3. DR.. klu suami ada masalah num 6, still bole guna cara ni ke?

    ReplyDelete
  4. Bukan kah pakai cathedral ... N ky jelly kan tak elok untuk air mani

    ReplyDelete
  5. Salam Dr...kalau masalah kes 1 tu mcm mn?boleh ke msk syringe...saya takut jgk..

    ReplyDelete
  6. Aar doc,hjg bln dpn gnap 2thn sy kwen.tp smp skrg sy de mslh no.1.puncanye rse tkut n asyik rse sakit je.huhu.bce psl msukkn syringe ni pn sy dh rse tkut.tp sy nk cuba la nt.dhle ade mslh no1,tmbh plak mslh no5.sbb kami berdua asyik sibuk je.sesekali kami ade la gk buat scr luaran je.suami xkesah lbt dpt ank.tp sdare mara yg rmi sgt bz body asyik bertye je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dh masuk 4 thn mslh yg sm..tp teringin nk anak..

      Delete
    2. Saya pun masalah no 1 same gak .. mcm mne nk ilangkn rse takut ni pun xtau lah

      Delete
    3. biasanya rasa takut ni disebabkan oleh isteri akan rasa sakit ketika bersetubuh..boleh cuba amalkan minum susu kambing, in sha Allah nafsu meningkat dan lendir serviks bertambah..

      Delete
  7. Minta dijelaskan tentang cara penyimpanan mani 2 jam sebelum disedut kedalam shringe dan berapa lama air mani boleh disimpan didlm shringe tersebut?

    ReplyDelete
  8. Gunakan syringe yang TIADA jarum..saya kerja lab, ada syringe tanpa jarum, ada juga syringe bersekali dengan jarum.

    ReplyDelete
  9. Doktor..boleh x sy nk buat laporoscopy..husm dah sahkan tiub sy 2 2 tersumbat. 7 thn dah kawin. Masih belum ada anak..pernnk ektopik dan gugur

    ReplyDelete
  10. Sy selepas keggran 2thn lps msh lom ad rezki lg smpi skrg cek semua xde masaalah bt mse ni sy ngh tunggu tarikh utk bt iui.bole ke sy mkn clomid n try dl step ni sblm tarikh n step iui blm dittpkn??tolong sy doctr dh 4thn kami kawin.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dr, clomid 200mg ON bagi pcos ke?

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum dr...saya ingin bertanya kpd dr...saya sudah berkahwin 1tahun 5bulan tp masih belum dikurniakan rezeki anak....pd pndpt dr, ape kebarangkalian yg sy hadapi sbb sy xpenah senggugut dah kitaran haid saya 29 hingga 34hari...dan perlu ke sy cuba rawatan ni?

    ReplyDelete
  13. Salam doc..bleh ke saya makan norculut then clomid before saya check whether saya ni pcos atau x..sbb sy period xteratur sejak skolah menengah sbb obes..so is it ok kalau sy just makan trus tanpa cek condition saya? Nurul

    ReplyDelete
  14. Kalau rahim retroverted dan PCOS boleh buat ke dr?

    ReplyDelete
  15. Dr.sy pnah kawen sblom ni 3thun tp x pnh mngndung dan tlah bercerai,sy juga pnah disahkan pengidap diabetis tp skrg sy da xpnh jmpe dr.lg da...skrg sy da bersuami smula sbulan,adkh sy boleh mngmbil ubt2 yg disarankn dr.atau pg smula ke klinik untuk pemeriksaan diabetis dahulu?sy jga obes dan period yg tidak teratur dan kluar sdikit2 shaja

    ReplyDelete
  16. As salam Dr. Saya dah suami telah mnjalankan ujian semen, HSG, cek darah on CD21 dan alhamdulillah semua normal... saya pernah 2x buat rawatan dgn memakan chlomid 150mg dan apabila hari ke10 saya diminta dtg scan telur...telur membesar dgn baik 18-20mm dan ada 3 biji...lepas scan dr tu beri suntikan di buntut dan selepas 36jam saya dikehendaki bersama suami... namun 2x buat masih tak berjaya... jadi saya ingin bertanya mengenai prosedur dan kos untuk iui... perlu ka saya ambil chlomid lagi? Period saya setiap bulan punctual tempoh 28-29hari dan tiada senggugut...Terima kasih...

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum dr.. Sy byk google tentang peranakan turun, slh satu bile dpt sentuh geguli lembut bile sy masokkan jari ke dlm faraj. Sy risau kerana rahim jatuh punca utama sukat hamil.. Boleh beri pendapat? Sy ingin cepat hamil :(

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum dr....mcm mana nak beli clomid & norculut dari dr yer?

    ReplyDelete