Polycystic ovary syndrome (PCOS)
Penyakit ini menjadi salah satu punca utama kemandulan.
Mengapa sukar merawat PCOS ?
1. Salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini. Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.
2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan. Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.
.Program kuruskan badan
3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.
Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.
4. Kegunaan ubat2 supplement bolih membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak bolih bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, munkin antara 3-6 bulan sahaja.
5. Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengadungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikkan saperti vitamins, antioxidants, logam dll adlah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.
6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil.Perubahan dalam caragaya hidup sangat penting terutama tabiat makan dan pilihan jenis makanan yang berzat dan berkhasiat. Pilih makanan yang segar/fresh tanpa diperoses, tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Lakukan gerak tubuh/exercise , munkin buat jogging 30 minit sehari. Lakukan breathing exercise/yoga untuk relxation, hilangkan stress dengan baca quran dan berzikir.
7. Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini munkim bolih menambah peluang untuk hamil. Biasanya jika ada pematangan telor kehamilan akan berlaku secara spontan tanpa memerlukan IUI.
8. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor. Selepas ovarian drilling ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.
9. Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor.
Penyakit ini menjadi salah satu punca utama kemandulan.
Mengapa sukar merawat PCOS ?
1. Salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini. Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.
2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan. Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.
.Program kuruskan badan
3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.
Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.
4. Kegunaan ubat2 supplement bolih membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak bolih bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, munkin antara 3-6 bulan sahaja.
5. Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengadungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikkan saperti vitamins, antioxidants, logam dll adlah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.
6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil.Perubahan dalam caragaya hidup sangat penting terutama tabiat makan dan pilihan jenis makanan yang berzat dan berkhasiat. Pilih makanan yang segar/fresh tanpa diperoses, tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Lakukan gerak tubuh/exercise , munkin buat jogging 30 minit sehari. Lakukan breathing exercise/yoga untuk relxation, hilangkan stress dengan baca quran dan berzikir.
7. Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini munkim bolih menambah peluang untuk hamil. Biasanya jika ada pematangan telor kehamilan akan berlaku secara spontan tanpa memerlukan IUI.
8. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor. Selepas ovarian drilling ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.
9. Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor.
doktor.. kalau dah buat ujian kesuburan, kami subur dan mengeluarkan telur pada masanya... tapi adakah sebab saya mempunyai cyst menyebabkan sy sukar utk hamil sedangkan cyst saya semakin mengecil dari 4cm dah turun ke 3.7cm...dan adakah saya perlu buang cyst itu utk cuba hamil sedangkan sekarang anak saya yang pertama berusia 5 tahun.
ReplyDeletecyst itu jenis apa? kalau cyst air/ follicular ia akan hilang sendiri. Munkin anda perlu buat laparoscopy dan sedut/buang cyst
ReplyDeleteAs salam doktor,
ReplyDeleteSaya sudah berkahwin lbh dr 2 thn dan masih belum dikurniakan zuriat.
Saya mempunyai masalah keputihan...ia keluar setiap hari dlm kuantiti yang sedikit...sy pernah berjumpa dgn pakar wanita,dan dia hanya memberikan saya suntikan antibiotics dan juga pil..disebabkan terlalu sakit,sy hanya follow up selama 2 minggu kerana kedua2 minggu sy diberikan suntikan tersebut.
-Bagaimanakah untuk mengurangkan keputihan?adakah ia berpunca dr faktor pemakanan?
As salam DR,
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihat DR dan Informasi diatas, saya ingin bertanyakan pendapat DR.
saya sudah berjumpa DR Pakar, namun DR tersebut hanya menyatakan bahawa Follical saya tidak membesar pada waktunyer dan itu adalah kulit follical yang lama. saya mempunyai masalah period yang tidak menentu dan adakalanyer hampir 3 atau 4 bulan tidak period. saya diberi ubat clomid dah jugak ubat untuk period. masalah 1 lagi adalah ketika bersama suami, saya sering merasa sakit kerana vagina saya kering. saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin hampir 2 tahun. adakah saya juga mengalami masalah PCOS?. tinngi saya 5'6 dan berat saya 58-59.
terima kasih .
Zureta dan suami perlu buat ujian kesuburan, keputihan munkin disebabkan olih cervical erosion/ luka pintu rahim. ikuti blog saya 'pakar sakitpuan' untuk atasi masalah keputihan
ReplyDeleteanonymous , anda munkin ada PCOS, kena buat vaginal scan utk sahkan
ReplyDeleteterima kasih doktor...boleh saya tau average kos untuk dapatkan rawatan ujian kesuburan?insyaAllah,saya akan cuba dapatkan rawatan utk ujian kesuburan.
ReplyDeleteDr....tgi sy 162cm brt 96kg mempunyai 1org chya mata yg kini sudah 3yrs...sy x pernh mengambil sebarang ubat perancang...priod sy sering menjdi x teratur di akhir & d awl tahun...pda 2010 oct-dec priod sy 1 bln 3kali & lebih...tp pda 2011 spt brikut :
ReplyDelete11-17 jan
28-2feb - mkn ubat utk stop
26-27 feb
8&9 mac
sepanjang bln mac sy mengalami alahan yg teruk spt pening, loya, muntah bila mkan& mnum..sy telah membuat beberapa kali ujian tp hasil adalah -tiv
21 mac - scan
22 mac -UPT
4 apr - upt
6 apr - scan (Dr telah bg ubat utk on priod 2 bji)
tp pd ptg 6&7 apr sy kencing ada kuar mcm priod tp skli tu shja...msa Dr scan Dr maklumkan ovari kanan sy ada sdikit bengkak yg sz 2.2 x 2.4 adalah sz normal
apakah yg sy alami sbenarnya Dr
salam dr. saya baru berusia 19 tahun,dan ade masalah haid sejak dulu lagi.iaitu haid 3 bulan skali.dan ade dua kali haid datang pada bulan ke 6.jd sy berjumpa dgn dr.dan dr bagi sy ubat propanolol.bila sy mkn ubat tu haid sy datang tapi bila sy x mkn haid jd mcm dulu.so sy jumpe dr 3 or 4 kali(bermula usia 16 thn).
ReplyDeletepada hujung tahun lepas.sy berjumpa dr lagi,,stelah sekian lma.(sbb sy dah fedup ngn ubat yg same di beri).then dr yg periksa sy mse tu ckp.yg ubat yg dr lain bg selama nie x sesuai dgn umur sy.then die suruh sy jmp dr pakar.after jmp dr pakar,die buat ultra sound and ckp yg ade someting.sy x ingat ape yg die ckp.tp lepastu sy diberi ubat MARVELON untuk 6 bulan.dan jmp dr lepas 6 bulan (27/6/11).sy juga ade bg tau dr yg sy ade mslh bulu2 tumbuh kat bdn,then dr suruh sy buat ujian drh utk kesan hormon laki dlm bdn sy.
jadi boleh x Dr trg kat sy apa mslh sy sebenarnya.??terima kasih.
Zureta - anggaran kos
ReplyDelete1. consultation - $100 - 150
2. Ujian sperma - $50
3. Ultrsound scan $ 50-100
4. Xray HSG - $ 200
kasieh
ReplyDeletekemunkinan besar anda ada PCOS
nur
ReplyDeletedari cerita anad , anda munkin mengidap PCOS, tak perlu makan hormon dulu sebelum kahwin. jaga berat badan dan makanan , amalakan buat exercise
Dr....klu kemungkinan sy PCOD apakah saranan Dr kpd sy....dlm msa yg sm sy mengambil langkah menurunkan berat bdan
ReplyDeletejadi ape yg sy perlu buat? sy dah 3 bulan lebih mkn ubat marvelon tu.and mse bulan pertama tu sy rase sakit sgt kat bhgian bwh perut dan x boleh berdiri lame2(lebih kurang 3 minggu rse sakit) then sy period.first day sy sengugut teruk sampai nak mkn ubat tahan sakit tp mak sy tak bagi.then sy terkejut apabila ade seketul daging sebesar tiga jari keluar dgn drah haid( ape tu ye ) lepas tu sy x rase sakit sgt.utk pengetahuan dr BMI sy normal tinggi 165 cm dan berat 54 kg.
ReplyDelete??
ReplyDeleteSalam doc,
ReplyDelete2 thun yg lepas sy disahkan pcos..msa i2 br bkahwin,sy pergi cek k doc pkar sakit puan disbbkan saya tidak period 3 bln..ingatkan hamil..tp doc sahkan sy ada pcos...saranannya ialah spy menurunkan berat bdan sy...mmg ssh nk trunkan berat bdan doc tp memandangkan skg usia pkahwinan sdh mencecah 2 thn dan blum diberitakan hamil,sy mgalami karisauan yg amat sgat...tahun lepas pnh jg sy tdak period 6 bln...(Jan-6)itupun kdg2 sy mkn ubt utk trunkan haid...ada jg period tanpa mkn ubt itu...persoalan nya doc,kalu dulu smasa sy belum bkahwin,tidak jg sy tidak period sprti skg ini...slpas bkahwin smpai 6 bln tdak trun...malah mkin worst sjak sdh mndirikan rhtgga ini...last sy jmpa doc pakar skit puan iaitu awl januari tahun ini,msa i2 sy ada mkn ubt clomid dan cek smada ada telur atau tidak(sdah 2 cycle clomid yg sy mkn)doc sahkan tidak ada telur yg matang jg utk pusingan yg kedua ini...saranan yg sma jg,trunkan berat bdan(brt bdan sy 83kg)ktggian 155cm..adakah pcos mcm sy ini akn ada peluang utk hamil doc...bantulah sy doc sbb sy dan suami mmg mharapkan sgt ada anak wpun seorg sy rasa sdh memadai...
salam Doc,
ReplyDeleteSaya tlh berkahwin selama 4 thun,.tetapi blm dikurniakan anak. Dgn perkahwinan sblm ini sy mempunyai 3 org anak,skrg yg bongsu berumur 11 thn.Sy suda membuat iUi (hosptal),HSG,dan ubat kesuburan ttpi blm jua hamil.,Suami sy juga adlah normal. Cuma sy mengalami mslh haid iaitu terpaksa makan ubat utk mendatangkan haid. Utk pengetahuan Doc,mslh ini mmg tlh lama iaitu semenjak sy msh remaja..disebabkn itu juga sy x tahu yg sy sdg mengandung ( perkahwinan dlu). Saya berumur 33thn,tinggi 5'2 dan berat 52kg dan suami berumur 32thn. Harap doc bole membantu saya...TERIMA KASIH.
salam doc, sy pengidap pcos..sebelum ni sy ada wat treatment dgn specialist.sy diberi clomid dlm dos yg paling tinggi tp hanya sebelah shj ovari yg nampak tindakbalas positif.doktor ada inject booster tp sy still tak hamil.rawatan seterusnya ialah ovarian drilling tp sy dan suami bersetuju utk tidak meneruskannya & menggunakan rawatan alternatif.selepas 6bln gagal hamil sy decide nak continue treatment dgn specialist semula..soalan sy, adakah sy perlu mengambil semula clomid seperti mula2 mendapatkan rawatan atau teruskan dgn ovarian drilling?
ReplyDeleteSalam, saya mempunyai masalah period yg sedikit, tetapi regular. Setiap bln saya akan period dgn cycle day yg selalunye tetap, cma sedikit dan selama 3 hari shj. saya juga terpaksa menggunakan topical steroid untuk mengubati psoriasis. Adakah ini menyebabkan saya susah hamil?
ReplyDeletesaya pun serupa, terpaksa menggunakan topical steroid untuk mengubati psoriasis. saya ada terbaca, penggunaan steroid boleh meningkatkan hormon testosterone.
Deleteperiod saya regular setiap bulan. cuma pada dua tiga bulan kebelakangan ini period lewat sehingga seminggu. bila diperiksa, saya tidak hamil.
salam doc,
ReplyDeletesy sudah 3 thn berumahtangga namun masih belum dikurniakan zuriat,period sy setiap bulan tepat pada masanya,tiada masalah senggugut yg keterlaluan hanya sengal2..
sy sudah mendapatkan rawatan doc pakar d KK, dan dapati saya mempunyai masalah prolactine hormone yg tiggi, doc bagi ubat clomid dan cabergoline 0.5mg,lebih 3 bln sy amalkan...dan terbaru sy buat blood test n hasilnya hormone tersebut suda berada d tahap normal...
persoalan sy adakah mustahil pesakit seperti sy untuk hamil...
thanks doc..
As salam dr..
ReplyDeletesy b'umur 27 thn, dan telah berkahwin, usia perkahwinan adalah 11 bulan dan belum ada tanda-tanda kehamilan.sy telah membuat rawatan klinik pakar gynea di hospital serdang. Tapi sy masih keliru adakah sy mengalami PCOS dan perlu kah sy meneruskan pengambilan ubat provera (medroxyprogesterone acetate 10mg)dn ubat tu perlu di ambil berterusan selama 4 bulan.
Maslah sy, period p'tama adalah swktu b'umur 13 thn, dan sejak itu, period sy tdk teratur. kdg2 dalam 2-3 bulan. kadang-kadang sy terpaksa mengambil ubat Norulate utk paksa period.
seingat sy, sewaktu umor sy 18 thn, sy cuba menahan diri dr memakan ubat paksa haid, dan setalah enam bulan, sy period dan selepas itu period sy teratur untuk 4 bln berikutnya. Namun, selepas 4 bulan, perkara lama b'ulang kembali. Dalam waktu period saya teratur, berat badan saya dari 54kg menurun sehingga 43 kg.
dan kini dengan berat badan sy 48 kg dan tinggi 154cm, dan sy TIDAK mengalami masalah bulu yang bnyak dimuka seperti b'misai. selepas membuat rawatan kali pertama, doktor tlh membuat scan dan mendapati kilang telur sy agak bengkak akibat kurangnya hormon, dan sy dibekalkan ubat provera. adakah kemungkinan sy mengalami PCOS dan dapatkah sy mengandung dalam jangka waktu memakan ubat tersebut?. .
salam, dr.. saya telah berkahwin selama 21 tahun.. pada peringkat awal perkahwinan saya telah hamil, namun rezeki tidak menyebelahi kami, saya mengalami keguguran sewaktu kandungan memasuki usia 8 bulan..dan bayi itu hanya hidup lebih kurang 1 jam.. selepas itu saya mengalami pusingan haid yg tidak teratur,, saya telah mencuba clomid selama 6 bulan ttpi tidak juga berjaya.. berat badan semakin bertambah semasa mengambil pil tersebut..hingga kini saya belum juga hamil.. usia telah memasuki 42 tahun.. apakah ada peluang untuk saya hamil kembali..
ReplyDeleteSalam Dr.Hamid..
ReplyDeleteAndai 1 tiub fallopion terbalik, adakah penyebab susah hamil?
akum Dr Hamid
ReplyDeleteAndai saya mengalimi masalah polip servik.boleh menyebabkan susah nak pregnant ker?
dah wat dnc tapi tak sampai sebulan dah ade balik..
SAYA DAH BERKAHWIN HMPIR 6 TAHIN..MASIH BELUM ADA REZEKI..BELUM PERNAH BUAT RAWATAN..DAN SEKARANG SY INGIN BUAT RAWATAN DENGAN DR..SAYA BERUMUR 36 TAHUN..PERIOD SY NORMAL..CUMA KADANG2 ADA LEWAT SEMINGGU ATU 2 MINGGU...PERIOD CEPAT KERING..HARI KE 4 DAH XDA DA PERIOD..SELALU MENGALAMI SAKIT PERUT MEMULAS MULAS..DAN SERING BUANG AIR BESAR..KENAPE YE DR?DULU X PERNAH ..SEKARANG PULAK ADA..MUSYKIL JUGAK..TAKUT PENYAKIT LAIN PULAK YG TIBA...
ReplyDeleteSalam Doctor . .
ReplyDeletesaya telah berkahwin selama 2 thn..saya disahkan menghidapi PCOS . . Period saya juga tidak tetap.. Doctor telah memberi saya ubat PROVERA untuk masalah period saya . . saya juga makan clomid..
pada januari 2011 , saya telah menjalani Laparoscopic ovarian drilling . . semenjak itu , period saya datang setiap bulan hingga kini . . tanpa bantuan ubat . .
pada 4 julai 2011 , saya menjalani IUI tetapi saya baru datang period hari ini..
saya ingin tanya pendapat doktor , apakah langkah seterusnya ? Mencuba IUI untuk kali kedua?
niza
ReplyDeleteAssalamualaikum..Doktor Hamid , saya sudah hampir 2 tahun kawim..tapi belum dikurniakan zuriat..saya sudah berjumpa dgn Doktor dan beliau kata beranggapan saya ada PCOS kerana haid saya tidak menentu..tetapi pada tahun nie haid saya datang setiap bulan...apakah yang patut saya lakukan Doktor?
Haniza
ReplyDeleteAssalamualikum Dr Hamid ,saya sudah berkahwin 2 thun lebih tp sehingga kni msh belum dikurniakan cahaya mata...period sya boleh dikatan setiap bulan dtg tp tarikhnya tidak tepat dan sy juga mengalami senggugut tp tidaklah teruk sgt..kandang kandang period sy lewat hingga 2 minggu...penah dlu sya tidak period hampir 3 bln..tp bila d cek -tve.Ujian Papsmear jg sy dh lakukan dan keputusanya baik dan tiada sebarang jangkitan. sy jga penah g berurut dan bidan tu kata peranakan sya tinggi n kedudukanya senget sedikit.Jdi sy ingin mendapatkan pandangan Dr.Hamid apa langkah yang perlu sya lakukan.
assalam doktor....
ReplyDeletesaya ingin bertanya....sejak saya bersalin anak kedua pada mac 2010 hingga sekarang saya masih belum period...pada mulanya saya tidak risau kerana sy fikirkan mungkin kerana sy masih menyusukan anak..tetapi bila difikirkan adakah peluang sy untuk hamil lagi agak sukar kerana sy tidak dpt mengenalpasti masa subur saya...
sblm sy berkahwin dulu period sy teratur...slps bersalin anak pertama sy mengambil pil noriday untuk tempoh setahun dn sepnjg tempoh itu sy tidak didtgi period....slps berenti mengambil noriday period sy jadi tidak teratur...
utk mndptkan anak kedua dulu sy ada berjumpa gynae dn diberikan ubut subur untuk 2 bulan (kalau x silap- bln 3 & 4) dan sy disahkan hamil pd bulan julai 2010
jadi adakah sy mengalami pcos dan adakah ubat untuk menstabilkan hormon,apakah peluang saya untuk menambah zuriat...
terima kasih doktor
Assalamualaikum doc...
ReplyDeletesaya hampir 10 tahun berkahwin dan pernah gugur 1 kali....tapi sehingga sekarang belom hamil...saya nak tanya doc kalau mau buat rawatan di klinik doc adakah hanya waktu bekerja? hari sabtu & ahad adakah klinik doc beroperasi? bagaimana saya cara saya nak buat appointment dgn doc? saya benar2 mahu hamil.... terima kasih....
salam doc.
ReplyDeletesebulan yg lepas doctor (ampang puteri) mengesahkan saya menghidap pcos. doc memberi ubat hormon yg harus dimakan selama 21 hari, 7 hari berhenti dan start semula dgn kotak yg baru selama 2bulan. skrg saya sudahpun memulakan kotak yg ke2, dn selama 7hr saya kene berhenti dr mkn ubt tersebut sye sdh pun period. period saya terlalu byk, drh yg keluar sgt byk dan saya mengalami senggugut yg teruk.
so saya nk tahu, adakah ubat yg diberikan doc ini berkesan utk menurunkan telur2 yg byk keluar? sebab saya mengalami bleeding yg sgt byk.
ubt:diane35
As Salam Dr,
ReplyDeleteApakah perbezaan antara PCO dan PCOS?.
Terima kasih
As salam Dr,
ReplyDeleteSaya pernah mendapatkan rawatan dgn prof sebelum ini. prof ada mengesahkan bahawa saya menghidap PCOS. Prof menasihati saya untuk menurunkan berat badan. Namun sehingga hari ini saya masih blum berjaya. Oleh kerana kegagalan menurunkan berat badan menyebabkan saya malu untuk bertemu dengan prof. Namun usia saya telah semain meningkat (34 tahun). saya telah berkahwin selama 7 tahun.
Untuk makluman prof saya telah melakukan ovarian drilling tahun lepas. namun sampai ke hari ini saya masih belum mengadung & period saya masih lagi tidak tetap.
Adakah harapan untuk saya mengandung sekiranya berat badan saya masih blum dapat diturunkan. Untuk makluman prof berat badan terkini saya adalah 115kg dengan ketiggian 158cm.
Sekiranya prof mempunyai kaedah terkini yang boleh membantu saya untuk mengabdung saya bersedia untuk berjumpa dengan prof.
salam doc,,saya ada pcos,,pernah buat drilling ovari,,pernah buat iui tp x brjaya,,skrg doc bagi saya makan letrozol utk buat iui kali ke 2,,adakah peluang untuk saya hamil doc?
ReplyDeletesalam dr..saya baru jalani ujian darah dan keputusannya sgt rendah..iaitu 0.17.doktor ada memberi saya pil kesuburan utk di makan 5 hari berturut..saya ada buat scan n dokter kata xde cyst n fibroid semua xde masalah..cuma ujian darah je rendah..adakah saya mempunyai pcos?
ReplyDeleteapa maksud nye 0.17tu..xde telur lansung ke macam mana?
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t Dr,
ReplyDeleteSaya dah berkahwin 3 thn, berumur 27 thn dan belum mempunyai cahaya mata. Saya follow up dgn hospital utk rawatan kesuburan setelah disahkan mengalami PCOS. Saya telah test darah utk hormon hari period ke-2 dan cycle 21 hari, HSG, sperm count. Rawatan pertama saya adalah clomid sehingga 200mg. Rawatan kedua suntikan menopur diikuti puregon tetapi telur saya tetap tiada tindakbalas. Saya mtk rehat ketika bulan puasa n since that day saya tak dtg period sehingga kini. UPT negative. Saya berjumpa pakar semula utk mengetahui kedudukan sebenar. Saiz dinding saya sudah mencecah 13 (tak pasti mm ke cm) dan doktor nasihatkan take provera utk nipiskan dinding dan yg menyedihkan saya, dr mengesyaki CA pada tisu uterus saya. Jln seterusnya menanti Provera dimakan dan berharap period dtg. Kalau tak they will put kamera thru my uterur dan seterusnya D&C. Saya terduduk dan sedih kerana sebelum rawatan everything is normal i'm only have PCOS dan retroverted. Saya tak sangka it will end with CA. Tapi saya redha dan berserah pada Allah S.W.T. Hanya Allah S.W.T yang mengerti perasaan saya ketika ini. Saya akan start mengambil Provera dan berharap semuanya kembali ke sedia kala dan berniat menghentikan rawatan kesuburan ini. Saya akan terus berdoa dan terus berdoa moga Allah S.W.T perkenankan niat saya dan suami.
Salam Dr.
ReplyDeleteSy telah berkahwin selama 4 tahun setengah dan telah disahkan mengalami PCOS. Mcm2 ubat tlh sy ambil. Masalahnya haid saya mmg tak menentu...adakalanya berpanjangan sehingga 7-8 bulan...dan adakalanya berhenti 7-8 bulan juga.Dlm tempoh haid ia hanya berhenti 2-3 hari dan kembali haid. Sy mmg obes, cuba utk trnkn berat bdn...Hanya Allah yg tahu Dr betapa sy dan suami inginkan cahayamata....
selamat petang...saya sudah 9 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. kitaran haid saya teratur pada setiap bulan. haid saya hanya dalam 3 hari sahaja. sebelum ini sampai 5 hari. adakah ini normal?
ReplyDeleteSalam... Dr... Saya mengalami masalah PCOS. If my weight x turun,adakah peluang utk saya mengandung??? Berapakah anggaran kos rawatannya??? Saya dan suami memang inginkan cahaya mata since kami dh kawin 4 tahun.... Saya dh ambik metformin, but it did not work.... So, macam mana Dr??? Ape yg perlu saya buat???
ReplyDeleteSALAM DR..saya 34thn, 8thn kahwin..belum dikurniakan zuriat. period tk teratur dr remaja.sudah bt HSG 2x ok..drilling ovari 2 mcmn? berapa kosnya?..saya begitu tertekan dgn masalah untuk pregnant..bantulah saya Dr.
ReplyDeleteAssalammualaikum DR,saya dah berkahwin hampir 2 tahun. Sy pernah mengandung dan missed abortion dalam lingkungan 6wks tp sampai skrg sy belum hamil.
ReplyDeletePeriod sy normal, 28-30hari. Sy tiada masalah senggugut yg teruk, cuma hari pertama dan kedua je rase cramp. Sy boleh tahan tanpa perlu makan ape2 ubat.
Masalah sy, kenapa sy sering rase sakit spt bengkak, mencucuk-cucuk dibahagian ari-ari? Kadang2 sampai ke pangkal peha. Sy harap DR boleh bantu/bagi idea ttg rawatan yg sesuai. Terima Kasih DR. - Miera
salam,dr sy berusia 39 thn,telah mjalani 3 pmbedahn buang cyst jenis cecair.pmbedahan ke 4 pula krna apendik.sy mgalami masalah paru2 bocor sblum itu jadi pmbedhn ke 4 itu sy sukar bnafas.sy tiada cahaya mata sejak 10 thn bkahwin.sy ingin mcuba IVF tpi sy dbritau kena buang cyst yg skrg ni masih ada lagi.sy sudah x sanggup mjalani pmbedahan lagi sebab nafas pendek.period sy lama shgga 14 hari baru habis.5-7 darah slebihnya coklat pekat saja yg keluar.pd hari pertama-3 sy pasti sakit teruk shgga sukar brjalan mau pun bgerak & sering bisa d bhg ari bila nak buang air besar pada masa itu.sy pernah disahkn mengandung slepas 5 bulan bkahwin,malangnya ia gugur slepas 9 hari kemudian.shgga skrg sy x dpt mgandung.sy pernah mkn clomid tpi cyst sy mbesar d sebabknnya.skrg sy sering sakit pinggang & lemah lutut.sy tpaksa mkn pil kalsium 600mg.sy betul2 nakkan zuriat sy sendiri.tolonglah sy dr.
ReplyDeletesalam,dr sy lagi..39thn...sy nak tau dptkah sy mngguna cara IVF tanpa mbuang cyst.brpa kah kosnya?....Ani
ReplyDeletebila membaca komen2 anda semua,,,br sy sedar bkn saya je mgalami mslh yg sbegini...semoga kt sumer tabah mghadapi dugaan dan ujian buat kite...berusahalah dgn disusuli doa dan tawakal...insyallah...
ReplyDeletesalam, dr.sy berkahwin 4thn dan blum pnah mgandung,sy ada cyst 4cm di kanan,tp slepas amalkan produk biodex cyst sy mgecil 1cm, sy ada sgugut yg teruk...keputihan...setiap kali dtg period sy akan sakit sblah kanan pinggang..sy nak buat rawatan ngan dr. bagaimana nak mulakan...terus ke klinik @ call ambek appoiment dulu... tq
ReplyDeletesalam dr.sy ida dri n9 da 3 taun kawen,lum ada ank lg.lum buat apa2 rawatan lg,priod kdang2 awal n kdang2 lmbat,sengugut teruk gak,datang priod pun x byk,sehari or dua hari da habis,kuantiti sikit sgt..sy nk tahu ape masalah n bagaimana nak mulakan rawatan.harap dr.dapat bantu.tima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum dr....
ReplyDeletesaya berusia 30 thn dan sudah berkahwin 4 tahun tinggi 154cm berat 55 kg... saya mempunyai masalah dengan haid, haid saya bermula pad usia 12 thn kemudian stop pd umur sy 14 thn hingga sekarang...
saya dh buat rawatan mcm2
1. makan pil hormon/ ubat perancang(mcm2 jenama)
2. makan provera
3. buat lab n die
4. makan clomid
5. cucuk ubat menonys
tapi period sy tetap x jalan,saya buat rawatan untuk dapatkan zuriat, doc dh wat tvs n dapati telur sy sgt kecil n dinding rahim sy x tebal cuma 4.9e.t. saya belum mempunyai zuriat....
tolong doc berikan saya panduan, apa yang harus sy lakukan...
Salam..doktor sy juga di sahkan dr mngalami pcos..ms first prgnant sy ad wt rwatan di GH mlaka..doktor beri sy ubat metfomin & dusphaton...smpai bile sy prlu mkn ubat2 itu jika sy ingin mngandong lg krana period sy stiap bln tidak tratur kdg2 hngga hmpir 1 tahun...jika buat rwatan ovarian drilling adakah period sy akan normal & sy senang prgnant kmbali..bape kos utk lakukan ovarian driling..?adakah major operation...di klinik doktor leh gunakan insurans ker utk byaran bil...tq doktor
ReplyDeleteAssalammualaikum Doctor,
ReplyDeleteSaya adalah pengidap diabetes(terapi insulin).Saya telah berkahwin selama 3 tahun dan pernah mengandung 2x pada 2009 dan 2010 yang mana telah gugur kedua-duanya di first trimester. Ini berkemungkinan disebabkan penyakit diabetes yg saya alami (menurut doktor di PPUM). seterusnya, pada 2011, saya telah mengambil morning afterpills (Postinor) quiet some times because try not to conceive due to 2x miscarriage. Permasalahannya, tahun ni (2012) my hubby and i, try to conceive again but we found difficulties even after a natural way (without take morning afterpill)......we are sp sad, and now, we are under infertility treatment (PPUM). Ujian sperm telah dijalankan dan suami tiada masalah, saya juga telah menjalani ujian darah pada CD2 untuk diuji adakah saya mengalami PCOS, yang saya tidak fahamnye, doktor kate sy x mengalami PCOs..tanda-tanda sahaja.
Untuk makluman, sekarang ni, period saya irregular and now terpakse mengambil (northisterone- x ingt spelling) baru period turun...saya jadi buntu??
Saya juga telah mengalami pertambahan berat badan (10 kg) selepas 2nd miscarriage (during taking postinor) and now, saya ada menjalankan exercise namun berat badan tidak turun turun ;(
What should i do as regards to my infertility ( saya sgt regret sbb ambil postinor tersebut)....
Salam Dr Hamid, sy ada pcos. Dr d Columbia suruh sy buat Ovarian Drilling tp harga sgt mahal dn krg mampu. Sy beralih kpd Dr.krjn. Nmn , Dr klinik krjn bg pdpt berbeza, d sbbkn ovari sy cuma berukuran 2cm++ mrk krg glkkn sy buat ovarian drilling. Dia jg ckp pcos sy tak teruk sgt. Tp sy risau sbb telur x membesar n matang. Tak thu lg nak teruskan @ tdk.
ReplyDeleteSalam Dr.
ReplyDeleteSaya seorang pesakit endometriosis. Saya mula mengesan saya adalah pesakit endo pada usia 24 tahun dan sehingga kini saya telah menjalani dua kali laparoscopy. Pertama kali pada April 2004 dan kali kedua pada Ogos 2007.
Pada kali kedua, iaitu tahun 2007, Dr. yg merawat saya mengatakan menemui cysts di dalam ovari kanan saya dan sekarang saya kembali menghadapi situasi yang sama. Dr. yang saya temui mengatakan cysts saya kembali aktif dan sgt agresif. Pada Mei 2012, slps ujian pap smear, ultrasound & ujian ct scan, di dapati ada 3 ketulan bola dan satu ketulan bersaiz 7x6x6 cm.
Jujurnya, saya sangat gusar. Menghadapi laparoscopy utk kali ketiga adlh satu ujian buat saya. Saya baru berkahwin 8 bulan lalu dan semestinya saya belum mempunyai anak. Saya kini berusia 32 thn, dgn berat bdn 44kg dan tinggi 156cm.
Nov 2011, saya tiba-tiba mendapat kencing berdarah dan ia telah membawa kepada penemuan kembali cyst yang saya hadapi. Saya berharap Dr. dapat memberi saya sedikit pandangan ttg apa yang saya hadapi kini.
Bagi yang masih belum memiliki anak,
ReplyDeletejust klik je link dibawah untuk keterangan lanjut.
http://www.senanghamil4u.com/index.php?ref=hamilmas
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesila cuba yg tradisional pulak sila ke link saya..http://kate-na.blogspot.com/p/jamu-susuk-dara.html..
Deletesalam.....kawan2 semua jgn mudah putus asa ikut arahan dan ubat yg doktor berikan, saya juga mempunyai PCOS hampir 5thn berkahwin dgn izin Allah kini saya telah hamil.....byk2 juga berdoa pada Allah. insyaAllah.
ReplyDeleteBole cuba premium beautiful corset.. www.uminadrah.com
ReplyDeleteSlm doc sy sdg mejalani ujian fertiliti dgn hkl dan doc sdh mengesah sy Pcos...ada harapan untk sy hamil..sy sdh berkhawin 9 thn dan membuat rawatan fertiliti dgn hkl sejak 2007..masih blum ada jawapan
ReplyDeleteSalam. Saya juga menghadapi PCOS & telah berkahwin selama 5 tahun. Macam2 ubat dah try termasuk buat laparoscopy ovarian drilling operation. Semua tak berjaya. Doctor juga memberitahu saya supaya sentiasa tenang kerana terlalu stress bekerja. Saya & suami kemudian membuat keputusan untuk berhenti bekerja & menyambungkan pelajaran ke United Kingdom untuk setahun. Masa di sana saya & suami hanya bagaikan "berhoneymoon" dan banyak bertenang. 3 bulan sebelum pulang ke tanahair saya di sahkan hamil tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. Kini saya sudah 5 bulan mengandung & Alhamdulillah setakat ini bayi lelaki saya masih aktif & sihat.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekebanyakan masalah kesihatan berpunca dari sistem badan yang bermasalah, hormon yang tak seimbang dan sebagainya..
mungkin jawapan yg dicari ada di blog penawarsihat.blogspot.com
salam doc.. saya nak tanya.. adakah cyst boleh menyebabkan seseorang itu mandul? 2 tahun lepas saya pernah menjalani pembedahan untuk membuang cyst (kiri dan kanan).. saya belum berkahwin.. tapi saya bimbang sekiranya ia akan menjejaskan kesuburan saya.
ReplyDeleteAS SALAM..saya nak tnya,,sya dah berkahwin hmpir 2 tahun namun belum mempunyai zuriat,,sya tidak mengalami masalah haid kerana haid teratur setip bulan,,tetapi setiap kali priod akan berlaku senggugut yang agak kuat,,adakah punca tersebut menyebabkan saya sukar untuk mengandung?
ReplyDeleteSalam doktor, sy nk tanya ada side effect yang membahayakan ke jika kita mengamalkan morning after pill, dan berapa biji pil nie boleh diambil dalam sebulan? Selepas itu, saya mengalami period yang teratur setiap bulan, cuma sekarang ini sejak dari tahun 2012, period saya cuma datang untuk 4 hari sahaja.. Jika sebelum ini paling lama 7 hari. Dan saya juga mengalami brownish stained 3 hingga 4 hari sebelum period dan selepas period dlm kuantiti yang agak banyak juga, dan darah period saya cuma akan keluar untuk tempoh 2 hingga 3 hari. Adakah ini normal? Umur saya 32 tahun, tinggi 153cm, berat 65kg. Dan saya belum berkahwin.
ReplyDeleteada hamba Allah tu dia dilahirkan seorang perempuan tetapi makin dia meningkat umur hormon dia semakin berubah.. dia mempunyai halkum seakan-akan lelaki.. dan perangai dia pun tidak melambangkan dia itu seorang perempuan.. nak katakan dia seorang tomboy pun bukan sbb dia tiada langsong kisah pahit sebelum ini.. dia selalu mengadu dekat saya "siapa saya ini? lelaki tau perempuan?".. perlukah membuat pemeriksaan pada genetik dia ? dan bolehkah membuat pembedahan jantina ? harap boleh tolong ye.. sila bagi jawapan dekat facebook sayasecepat mungkin, TQ
ReplyDelete(https://www.facebook.com/edward.kim.5070)
Salam doc,sya nak tya ,sya sllu dtg period tk tentu kdang wal kdang lewat sminggu lbih bru period,then pinggang sblh kanan sllu skit sngt2..lg2 tme nk dtg buln pas2 kputihan bbau y truk,kencing pun sllu kotor..n dkt bibir vagina sya sblah knan jua mcm ada ketulan..ketulan 2 timbul tme sya meneran kuat n pas bsma ngan suami.n kadang tme bsma ngan suami trsa skit sngt perut sblah knan.sya da sllu wat check up tme doc cma bg ubt lawas kencing n anti biotik 2 mkn n untk masuk bwa.n smpai skrng sya tk hamil lg..hrap doc bleh bantu sya.
ReplyDelete