Tuesday, March 15, 2011

D&C dan kesuburan



Orang mengaitkan cuci rahin atau D&C hanya untuk tujuan merawat keguguran. Sabenarnya D&C ada banyak peranana lain saperti:
1. Mengatasi perdarahan dari rahim, biasa berlaku pada wanita umor empat puluhan, yang berpenyakit fibroid atau adenomyosis, gangguan hormon.
2. Buat diagnosis untuk mengesahkan kanser rahim atau lainnya.
3. Untuk merawat kemandulan dan  sukar hamil.
4, Lekat uri lepas besalin.

Biasanya selepas menjalani xray HSG, lebih kurang 30% akan hamil dalam tempuh 3-6 bulan jika benih suami normal dan saluran fallopian terbuka lepas HSG. Jika masih belum hamil lagi dalam tempuh itu , saya cadangkan  prosedur D&C dan hydrotubation. Ia dilakukan lepas haid dan perlu diberi bius umum (pesakit tidur)

Bagaimana D&C dan hydrotubation bolih meningkatkan peluang hamil?

1. Dalam prosedur ini saluran pintu rahim perlu dibesarkan (dilatation) dan ini akan mumudahkan benih2 suami masuk kedalam rahim.
2. Dinding rahim atau lapisan endometrium perlu dikikis dan dibersihkan. Biasanya ada berlaku penebalan lapisan ini sebab ia tidak luruh kesemuanya ketika haid, dan lama2 ia bertimbun/menebal menjadikan 'endometrial hyperplasia' atau 'endometrial polyp' yang munkin menyukarkan embryo melekat/implant dalam lapisan endometrium. Lepas D&C, lapisan baru akan dibentuk dan ini munkin memudahkan peroses implantation embryo.
3. Dalam prosedure ini juga saluran fallopio akan diperbesarkan dalam prosedur 'hydrotubation' dan ini memudahkan perjalanan benih2 suami bergerak menuju ke muncung saluran fallopio dimama percantuman benih dan telor/ovum berlaku.

Prosedur ini dijalankan sebagai 'day surgery' , hanya perlu masuk day surgical center hanya separuh hari sahaja. Pesakit datang pagi dengan berpuasa sejak tengah malam. Prosedur dilakukan dengan bius am (pesakit tidur) dan 2-3 selepas itu ia bolih pulang.

Talipon staf klinik sejurus lepas habis haid dan prosedur ini biasanya dilakukan 2- 3 hari lepas habis haid tetapi sebelum subur.

Tiada patang larang khas lepas itu, hanya ia perlu tidak mengadakan hubungan dengan suami selama seminggu. Makanan mengikut sajian biasa dan vitamin supplemen perlu diteruskan

Bagaimana peluang hamil ?
Purata antara 20 - 30 % pesakit yang menjalani prosedur ini akan hamil dalam tempoh 3 - 6 bulan.

Kos prosedur D&C dan Hydrotubation termasuk bius RM 1500 - 2000

Untuk mengetahui selanjutnya hubungi klinik

11 comments:

  1. salam, doc, fyi saya mengalami haid yg tidak teratur, masalah hormon dan peningkatan berat bdn. Sayajuga penah buat HSG dan laporoscopy,tp x ada apa2 masalah. Adakah procedur D&C ni sesuai utk saya?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..sy pernah menjalani pembedahan 2thn lepas kerana jangkitan kuman pada ovari kiri selepas melahirkan anak sy yg br berumur 7 bulan pd masa itu..dan terpaksa dibuang ovari kiri...adakah peluang untuk sy melahirkan lagi memandangkan anak sy hampir berumur 3thn pada mei ini??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dr...

    boleh saya tahu, normalnya, berapa lama darah nifas akan keluar selepas proses D&C?

    ReplyDelete
  4. salam doc...

    4 thn lebih menanti akhirnya satu disahkan mengandung tp hanya sekejap sy gugur masa 6 mgu...doc kata x perlu D&C sbb dah kuar abis...masalah skrg peod sy problem...lepas peod semgu 3 ari sy bersih pastu kuar coklat2.....lagi smgu nk peod still kuar coklat sy ingt sy dh peod tp 4 ari stil kuar coklat2 lagi.....

    bln nie pun jadi benda yg sama...perlu ke sy bt D&C???

    ReplyDelete
  5. Berapa kos untuk prosedur ini doctor?

    ReplyDelete
  6. Maaf doktor nk tanya..
    Sy dh hmpir 15 thun brumahtangga msh belum mengandung. Sy dh buat semua ujian kesuburan dan mcm2 tp msh xnmpak tanda2 utk hamil. Skrg umur sy dh 41 thun.
    Pertanyaan saya..apakah prosedur yg doktor nyatakan itu sesuai utk sy? Dan brp pula kos nya? Dan apakah rawatan itu ada disetiap hospital? Atau cuma hospital2 trtentu?

    ReplyDelete
  7. saya akan menjalani proses ini esok. insya Allah pregnant dengan kesihatan yang baik tahun ini, 2017,tahun ke 10 perkahwinan kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana menghubungi klinik ini

      Delete
    2. Assalamualaikum.. Ada brpantang x awak slps d&c..? Saya, insyaAllah hujung bulan ni akan buat?

      Delete
  8. Baru lepas buat hsg. . Hampa sebab kedua2 tube tersumbat. . �� ada cadangan pape tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ivf...buat cepat2 b4 umur makin byk

      Delete