Monday, September 19, 2011

Mulakan ujian dan rawatan kesuburan awal

Jangan tunggu terlalu lama untuk memulakan ujian dan rawatan kesuburan kerana rata2 wanita sekarang ini kahwin lambat, setelah habis belajar dan dapat kerja baru kahwin dan biasanya umur pun sudah melebihi 25 tahun sedangkan umur terbaik untuk kali pertama hamil ialah antara 18 - 20 tahun. Zaman emak dan dan nenek2 kita dulu, mereka kahwin sebaik sahaja mula datang haid ,iaitu lengkongan umor 12 -  14 tahun, sebab itu mereka sangat subur dan banyak anak , ada yang beranak lebih 20 kali. Mereka juga makan bahan2 makanan asli, segar dan berkhasiat tanpa dicemari bahan kimia dari racun serangga, bahan pengawet, perisa atau pemanis. Mereka sering makan ulam, sayur2 tempatan saperti cekor manis, bayam, kangkong, daun ubi muda dll. Mereka juga makan ubi, keledek dan keladi yang memang banyak khasiat untuk kesuburan. Wanita zaman sekarang tidak kenal sayur2 dan ulam2 tempatan, mereka lebih suka makanan segera dan yang diperoses.

Dalam rawatan kemandulan dengan tujuan untuk hamil, langkah pertama ialah pemeriksaan pasangan suami isteri dan beberapa ujian kesuburan saperti ujian benih suami, vaginal scan isteri dan buat xray HSG untuk buka saluran fallopian perlu dilakukan secepat munkin, selepas tahun kahwin.



Lepas HSG  dan jika benih suami normal  serta saluran fallopian tidak sumbat, kita ajar isteri untuk catit suhu badan BBT untuk kesan penetasan telor/ovulation. tentukan pada waktu subur ini ada hubungan kelamin. Biasanya 30 % dari mereka akan hamil dalam tempuh 3-6 bulan. Jika carta BBT tidak menubjukkan ovulation, ubat subur akan dimulakan pada hari ke2-3 haid  selama 5 hari.

Rawatan ini akan diulang untuk tiga kali pusingan haid. Kalau masih belum hamil walau pun penetasan telor/ovulation berlaku, rawatan selanjutnya ialah D&C, polpectomy dan Hydrotubation



3 comments:

  1. salam doc...saya skrg sedang mengambil suntikan Puregon. semalam hari ke 6 period (day 5th Puregon) tapi folikel yang paling besar pun hanya 8-9mm. adakah normal saiz folikel pd hari tersebut. doctor consult saya utk sambung suntikan puregon selama 3 hari lagi. adakah sebarang cara/pemakanan yg membantu pembesaran folikel?

    saya mengalami irregular period, right fallopian tube tersumbat, sudah berkahwin selama 2thn. harap doctor dpt membantu.

    ReplyDelete
  2. usia saya 28 tahun..sudah berkahwin 1tahun 4 bulan.. saya ada cuba bertanya doktor mahu lakukan ujian kesuburan.. tetapi selalu nye doktor minta tunggu sehingga 2tahun baru buat ujian.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Sye pernah tanya jugak. Kena tgu 2 tahun

    ReplyDelete