Saya sangat khuatir generasi akan datang akan lebih sukar untuk hamil sebab banyak perkara yang berkaitan dengan cara gaya hidup (lifestyle) sejak zaman kanak2 lagi yang bolih mengganggu kesihatan dan kesuburan seseorang. Kita cuba perhatikan anak2 kita apa jenis makanan yang mereka sukai, bukan saperti kita dulu makan nasi, lauk ikan dan sayur. Sekarang mereka makan terlalu banyak fast dan junk foods yang mengandungi terlalu banyak gula, karbohaidret, bahan2 pengawet, perisa dan pemanis. Kesemua bahan2 tersebut akan menjejaskan kesihatan dan kesuburan dimasa hadapan.
Ibu bapa sekarang munkin terlalu sibuk dengan kerjaya mereka atau aktibiti2 sosial diluar rumah sehingga mereka tidak ada kesempatan untuk menentukan anak2 mereka makan bahan2 yang berzat dan berkhasiat. Kerana malas atau tidak mahu kisah tentang pemakanan anak2 mereka ambil jalan senang dengan memberi makanan segera dan junk foods yang banyak mengandungi bahan2 bahaya. Kesan jangka pendek anak2 menjadi hyperactive dan kurang tumpuan menjadikan sukar untuk mereka didisiplinkan dan diajar membaca atau menulis. Kesan jangka panjang pula ialah masalah obesity yang sering dikaitkan dengan seribu macam masalah kesihatan dan kesuburan.
Tabiat makan adalah diantara banyak tabiat2 yang sering ditanamkan pada seseorang sejak zaman kanak2. Bila sudah jadi tabiat atau caragaya hidup , ia sangat sukar diubah. Sebab itu ibu bapa perlu ajar anak2 tabiat dan perangai yang baik, akhlak mulia dan disiplin hidup yang positif. Kita sering beranggapan tugas2 tersebut sepatutnya dipikul olih para guru, itu anggapan yang salah. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi dan personality seseorang anak. Luangkan sedikit masa dan tenaga untuk mereka walau bagaimana sibuk tugas kita.
Saya lihat anak2 sekarang terlalu manja dan selesa dengan segala kemudahan dan kemewahan yang diberikan olih ayah dan ibu sehingga mereka menjadi insan lemah tanpa berani menghadapi cabaran, rintangan dan dugaan.
No comments:
Post a Comment