Thursday, March 10, 2011

Rahim retroverted

 Anteverted uterus



Kebanyakkan wanita , 80% lahir dengan rahim dalam kedudukkan anteverted atau menghala kehadapan, iaitu kearah perut. Ini adalah kedudukan rahim yang terbaik dan darah haid mudah keluar dan jarang sekali berlaku tumpahan darah haid kebelakang rahim (retrograde menstruation)


Rahim retroverted atau menghala kebelakang kearah tonkin berlaku dalam 20% wanita.Sebahagian besar dari mereka tidak mengalami masalah, tiada senggugut, mudah hamil dan melahirkan anak  dan tiada masalah gangguan haid.


Tetapi lebih kurang 30% akan mengalami masalah senggugut, sukar hamil , mudah gugur dan bebabagai gangguan haid. Seringkali mereka ini ada endometriosis dan adenomyosis. Dikalangan mereka fenomenon tumpahan darah haid kebelakang rahim sangat sering berlaku dan ini munkin punca utama kejadian endometriosis. Disamping itu immunity wanita berkenaan amat rendah dan tidak bermaya melawan kesan darah haid, akhirnya sel2 endometrium tumbuh dikelakanng rahim , ovary. usus, pundi kencing dan lain2    (tingkatkan immunity).


Soalnya perlukah kita betulkan rahim yang retroverted yang berkaitan dengan gejala2 diatas?
Saya telah melakukan banyak pembedahan untuk mebetulkan rahim retroverted kepada anteverted dan disamping itu mengatasi endometriosis dalam bentuk ovarian cyst, pelvic adhesions dan scarring, blocked tubes, fibroids, PCOS, ketika keguguran dan ectopic pregnancy. Prosedur pembetulan digelar ventrosuspension of uterus samaada melalui minilaparotomy atau laparoscpy.


 Biasanya juga saya lakukan, diwaktu yang sama,  bedah buang cyst / cystectomy, buang fibroid / myomectomy, dan jika ada kerosakkan saluran fallopio saya akan repair sekali. Sering juga banyak adhesions dan scarring yang juga perlu diperbetulkan.


Lihat video laparoscopic cystectomy 

Alhamdulillah, hasilnya sangat memberasangkan dan ramai yang hamil selepas pembedahan tersebut.
Malah ramai diantara mereka telah menjalani berbagai2 rawatan kesuburan termasuk IUI dan IVF sebelumnya tetapi gagal.

16 comments:

  1. salam doktor ,
    berapakah kos untuk memperbetulkan kedudukan rahim.saya ingin merujuk ke klinik doktor.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr...sy nk wat operate btulkan rahim utk bln 7 thn ni..insya allah jika x berlaku apa2 halangan...Apa perlu sy wat utk set appoinment ngan prof? Trus dtg ke klinik skrg ke kena 2unggu bln 7 bru g klinik..tima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam Prof...

    Nk tanya,bgmana nk tau yg kt ada endometriosis tahap brp? Adakah melalui vagina scan..bleh nampak..Tenkiu jika prof sudi mnjawab nyer..

    From :DNA

    ReplyDelete
  4. Rezeki di tangan tuhan.Alhamdulillah saya mampu hamil dengan rahim terbalik walaupun tidak menjalani major operation ini.Cuba tukar posisi semasa bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dptkn email sis, ada soalan nak tanya

      Delete
  5. Salam, sy salah seorang retroverted uterus..5 minggu pregnant, sy jumpa dr. hamid. Atas keizinan Allah & kepakaran dr. kandungan sy sihat.

    ReplyDelete
  6. cmna nk tkar posisi?

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah saya hamil setelah 3 tahun berkahwin, tanpa apa2 pembedahan. retroverted uterus adalah semulajadi. walaupun peratus hamil nipis, tp rezeki itu tetap milik Allah. jgn putus asa, teruskan berdoa. Cuma posisi utk RU mungkin boleh try 'doggie' ;) selamat mencuba. saya doakan puan2 semua berjaya

    ReplyDelete
  8. Saya baru je betulkan rahim saya dgn Datuk. . . Semuanya selamat.insyaallah sy akan mendapat cahaya mata tidak lama lagi. .

    ReplyDelete
  9. Salam.sy baru disahkan doktor mempunyai endometriosis dan rahim ke belakang.insha allah bakal menjalani pembedahan.doakan sy..takut jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...saya baru jer selesai menjalani pembedahan laproscopy dan endometriosis semalam atas saranana dato'

      Delete
  10. Assalam, sy br disahkan oleh doktor rahim ke belakang dan ada endometriosis. Insha allah 6/6/13 ni sy akan jalani D&C n laparoscpy. Sebelum ni sy da pernah jalani IUI 2 kali tp rezeki belum mnyebelahi sy utk dptkan zuriat yg kedua. Sy bharap sgt2 slps pembedahan ini nti adala rezeki utk sy mengandung lg....

    ReplyDelete
  11. Dr..sy disahkan rahim retroverted dan ada endo..tp disebabkan masa dan kengkangan kewangan saya delay operation. Namun secara tak disangka saya telah disahkan mengandung baru-baru ini. Apa patut saya lakukan?

    ReplyDelete
  12. Salam Dr, saya dah ada 2 anak sebelum ini, tiada sebarang masalah ketika mengandung dan kelahiran secara normal. Namun baru2 ini saya keguguran anak ke-3 pada minggu ke-11 dengan tumpah darah, dan kemudian doctor keluarkan janin tanpa D&C. Pertama kali saya mendapat tahu dari doctor yg merawat saya yg kedudukan rahim saya ke belakang. Semasa anak pertama dan kedua, tiada pula doctor beritahu masalah ini. Jadi adakah masalah rahim ini boleh terjadi sendirinya atau disebabkan sesuatu hal?

    ReplyDelete
  13. Bagaimanakah sekiranya mahu menukar kedudukan posisi rahim dlm keadaan terbalik kepada kedudukan asal @ normal rahim.. harap dapat diperjelaskan, terima kasih..

    ReplyDelete