Wednesday, September 21, 2011

Tambah Zuriat




Saya dari MERSING Johor,Baru-baru ini saya ada memasuki laman web doctor untuk mendapatkan maklumat berkenaan mendapatkan zuriat,Alhamdulillah banyak sekali maklumat dan kini saya sudah mula faham serba sedikit berkenaan pekara diatas.Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas pengkongsian ilmu yang bermanafaat ini akan saya gunakan dan sampaikan pada yang memerlukan,semuga allah memberikan kejayaan dan keberkatan pada doctor....amin.

Sebenarnya saya telah mendirikan rumah tangga hampir 14 tahun,saya telah dikurniakan anak setelah hampir 7 tahun berkhawin dan kini anak pertama telah masuk usia 6 tahun,apa yang menjadi permasalahan saya dan isteri kami ingin menambah zuriat lebih ramai lagi kalau boleh kembar, tapi sehingga kini kami masih mencuba apatah lagi memandangkan usia kami sudah menjangkau 35tahun,kerisauan semakin kami rasai.saya ingin mendapatkan pandangan ikhlas dan cadangan dari doctor,seandainya doctor di JB rasanya saya tentu sudah berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya,saya tidak tahu harus kemana kerana khuatir dengan takut ditipu dengan orang yang tidak bertauliah...kami tiada masalah keewangan insyallah rezeki yang ada rasanya mencukupi untuk buat IVF,tapi saya harapkan doctor dapat  bagi cadangan sebelum IVF dilakukan.

Masalah untuk memperolehi zuriat yang pertama dahulu ialah isteri saya kitaran haid tidak menentu kekadang datang pada bulan itu tapi tak lama 2-3hari je kadang2 5hari dan selalunya sampai 2-3bulan tak datang haid.semasa buat check up dihospital poliklinik pasir gudang jumpa pakar sakit puan JB ujian sperma dia kata ok,ujian salur peranakan wife ok Cuma telur tak besar2 dan  lambat matang.sememangnya wife saya kata dari sebelum khawin kitaran haid dia tak menentu.pakar poliklinik tu bagi ubat dan beliau pantau sehingga isteri saya disahkan mengandung anak pertama..alhamdulillah.tapi kini pakar poliklinik tu kini telah berpindah dan saya masih tercari cari pakar yang sesuai,sekiranya doctor ada kenalan  atau cadangan dikawasan tempat tinggal saya dapatlah kiranya membantu,untuk ketempat yang jauh agak sukar bagi saya kerna komitment berkerja outstation selalu.saya tinggal di felda tenggaroh 5 mersing johor.rasanya jika sekitar kota tinggi atau johor insyallah saya tiada masalah untuk hadir apa yang penting pakar sakit puan yang bertauliah dan berpengalaman seperti doctor.

Sekian terima kasih,


Wasalam,

Dari cerita saudara, isteri tuan munkin mengidap apa yang digelar 'Polycystic Ovary Syndrome' atau PCOS. Alhamdulillah status kewangan sdr baik dan ini membolihkan anda dapat rawatan pakar. munkin IVF belum diperlukan lagi. Dalam PCOS masalah utama memanglah telor sukar matang/menetas, dan ini punca utama sukar hamil.

  Jika isteri anda gemok , penting sangat beliau kuruskan badan sehingga 60 - 65 Kg dengan amalan 'dieting' , kurangkan makanan bergula dan  yang mengandungi karbohaidret. Jauhkan sama sekali 'fast dan junk foods'. Lebihkan sayur2 dan buah2.

Untuk rangsang pematangan telor, ubat clomid dos tinggi 200mg (4biji) atau 250mg (5biji) sehari selama 5 hari mulai hari ke 2 atau ke 3 haid. Pematangan telor bolih dikesan dengan melakukan vaginal scanning.

Jika ubat clomid gagal, cuba pula suntikan hormon, tapi harga agak mahal sedikit munkin dalam RM 2000 untuk satu rawatan.

Jika itu pun gagal , munkin bolih lakukan pembedahan 'laparoscopy + ovarian drilling'

Sdr bolih datang keklinik saya untuk dapat rawatan2 tersebut atau dimana2 hospital pakar diJohor Baharu. Sila hubungi staff klinik saya.

Monday, September 19, 2011

Mulakan ujian dan rawatan kesuburan awal

Jangan tunggu terlalu lama untuk memulakan ujian dan rawatan kesuburan kerana rata2 wanita sekarang ini kahwin lambat, setelah habis belajar dan dapat kerja baru kahwin dan biasanya umur pun sudah melebihi 25 tahun sedangkan umur terbaik untuk kali pertama hamil ialah antara 18 - 20 tahun. Zaman emak dan dan nenek2 kita dulu, mereka kahwin sebaik sahaja mula datang haid ,iaitu lengkongan umor 12 -  14 tahun, sebab itu mereka sangat subur dan banyak anak , ada yang beranak lebih 20 kali. Mereka juga makan bahan2 makanan asli, segar dan berkhasiat tanpa dicemari bahan kimia dari racun serangga, bahan pengawet, perisa atau pemanis. Mereka sering makan ulam, sayur2 tempatan saperti cekor manis, bayam, kangkong, daun ubi muda dll. Mereka juga makan ubi, keledek dan keladi yang memang banyak khasiat untuk kesuburan. Wanita zaman sekarang tidak kenal sayur2 dan ulam2 tempatan, mereka lebih suka makanan segera dan yang diperoses.

Dalam rawatan kemandulan dengan tujuan untuk hamil, langkah pertama ialah pemeriksaan pasangan suami isteri dan beberapa ujian kesuburan saperti ujian benih suami, vaginal scan isteri dan buat xray HSG untuk buka saluran fallopian perlu dilakukan secepat munkin, selepas tahun kahwin.



Lepas HSG  dan jika benih suami normal  serta saluran fallopian tidak sumbat, kita ajar isteri untuk catit suhu badan BBT untuk kesan penetasan telor/ovulation. tentukan pada waktu subur ini ada hubungan kelamin. Biasanya 30 % dari mereka akan hamil dalam tempuh 3-6 bulan. Jika carta BBT tidak menubjukkan ovulation, ubat subur akan dimulakan pada hari ke2-3 haid  selama 5 hari.

Rawatan ini akan diulang untuk tiga kali pusingan haid. Kalau masih belum hamil walau pun penetasan telor/ovulation berlaku, rawatan selanjutnya ialah D&C, polpectomy dan Hydrotubation



Monday, September 12, 2011

Jaga kesuburan sejak dari zaman kanak2 dan remaja



Saya sangat khuatir generasi akan datang akan lebih sukar untuk hamil sebab banyak perkara yang berkaitan dengan cara gaya hidup (lifestyle) sejak zaman kanak2 lagi yang bolih mengganggu kesihatan dan kesuburan seseorang. Kita cuba perhatikan anak2 kita apa jenis makanan yang mereka sukai, bukan saperti kita dulu makan nasi, lauk ikan dan sayur. Sekarang mereka makan terlalu banyak fast dan junk foods yang mengandungi terlalu banyak gula, karbohaidret, bahan2 pengawet, perisa dan pemanis. Kesemua bahan2 tersebut akan menjejaskan kesihatan dan kesuburan dimasa hadapan.

Ibu bapa sekarang munkin terlalu sibuk dengan kerjaya mereka atau aktibiti2 sosial diluar rumah sehingga mereka tidak ada kesempatan untuk menentukan anak2 mereka makan bahan2 yang berzat dan berkhasiat. Kerana malas atau tidak mahu kisah tentang pemakanan anak2 mereka ambil jalan senang dengan memberi makanan segera dan junk foods yang banyak mengandungi bahan2 bahaya. Kesan jangka pendek anak2 menjadi hyperactive dan kurang tumpuan menjadikan sukar untuk mereka didisiplinkan dan diajar membaca atau menulis. Kesan jangka panjang pula ialah masalah obesity yang sering dikaitkan dengan seribu macam masalah kesihatan dan kesuburan.

Tabiat makan adalah diantara banyak tabiat2 yang sering ditanamkan pada seseorang sejak zaman kanak2. Bila sudah jadi tabiat atau caragaya hidup , ia sangat sukar diubah. Sebab itu ibu bapa perlu ajar anak2 tabiat dan perangai yang baik, akhlak mulia dan disiplin hidup yang positif. Kita sering beranggapan tugas2 tersebut sepatutnya dipikul olih para guru, itu anggapan yang salah. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi dan personality seseorang anak. Luangkan sedikit masa dan tenaga untuk mereka walau bagaimana sibuk tugas kita.

Saya lihat anak2 sekarang terlalu manja dan selesa dengan segala kemudahan dan kemewahan yang diberikan olih ayah dan ibu sehingga mereka menjadi insan lemah tanpa berani menghadapi cabaran, rintangan dan dugaan.