Tuesday, January 3, 2012

Bila lambat datang haid


Dalam hidup seseorang wanita , tidak datang haid atau kelambatan datang haid pada waktu/tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil ialah 'Adakah aku hamil?'

1. Kehamilan.
Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Olih itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT yang bolih dibeli dimana2 kedai  farmasi. Air kencing pertama ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang bolih sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan bolih kesan karung kandungan bila haid sudah lewat seminggu.

 

2. Gangguan hormon.
Gangguan hormon bolih juga menyebakan lambat datng haid. Apakah situasi2 yng bolih ganggu hormon? .Paling utama ialah stress fizikal,emosi dan mental yang dewasa ini banyak melanda kaum wanita.
Stress ini munkin dicetuskan ditempat kerja, sekitar kawan2 , dijalan raya ketika memandu kereta, dirumah sekitaran ahli2 keluarga dan lain2 punca. Hormon stress  memang mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid, menyebabkan kelambatan datang haid.

3. Kegemokkan.
Gangguan hormon juga bolih dicetuskan dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita  cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak bolih dikawal dan kegemokkan memang bolih ganggu hormon menyebabakan kitaran haid terganggu.

Makanan2 'fast dan junk foods' yang sangat popular sekarang juga bolih mengganggu hormon wanita kerana makanan2 tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakkan makanan2 tersebut juga mengandungi banyak carbohaidret dan gula yang mudah menyebabkan kegemokkan/obesity. Jauhkan makanan2 tersebut jika ingan hamil dan gantikan dengan makan lebih buah2 dan sayur2.

4. Sebelum menopos.
Lambat datang haid juga munkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur 'perimenopause' , atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telor tidak menetas/ovulation. Tiada ovulation bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang bolih menyebabakan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.

5. Polycystic ovary syndrome.
Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan olih penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialh 'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga bolih menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendir bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.

6. Berbagai penyakit.
Lain2 penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovary. Olih itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning - melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.


Saturday, December 24, 2011

Kaedah mengatasi ketakutan (phobia)

 Ramai juga dikalangan pasangan kelamin yang tidak berjaya mengadakan hubungan kelamin/seks walaupun sudah bertahun2 kahwin, Yang terlama dalam rekod kita ialah 9 tahun kahwin, suami masih gagal menembusi selaput dara yang masih kekal dan tidak pecah lagi.

 Mengapa situasi begini berlaku?

Biasanya disebabkan olih dua faktor. Pertama ada dikalangan wanita yang selaput daranya terlalu tebal dan saluran faraj sempit dan ini menyukarkan zakar  suami masuk. Faktor kedua, ialah ketakutan atau phobia terhadap hubungan kelamin//seks pada pihak wanita. Timbulnya ketakutan ini munkin sebab cerita2 yang ngeri atau menakutkan dari pengalaman kawan2 wanita yang lain. Munkin juga sebab peristiwa lampau saperti percubaan merogol keatasnya ketika kecil.

Orang melayu mempunyai banyak kepercayaan tentang masalah ini, ada yang percaya telah disihir atau 'dibuat' olih bekas tunangnya atau orang lain yang ingin mengawininya. Samaada ini benar atau tidak ,wallahu aklam. Kaedah mengatasi stress.

Biasanya saya gunakan dua kaedah rawatan untuk mengatasi masalah ini. Disamping mengajar kaedah2 mengatasi phobia dan stress, saya juga buat pembedahan kecil bertujuan untuk meluaskan pintu faraj - iaitu satu pembedahan yang digelar Fenton's operation. Pembedahan ini bolih dilakukan secara day surgery dan biasanya memerlukan tempoh sebulan untuk luka sembuh dan pulih saperti sediakala. Selepas itu saya ajarkan teknik2 hubungan kelamin kepada pasangan suami isteri disamping mengurangkan phobia.



.
A phobia is an irrational fear; the symptoms of which may be manageable or be so debilitating that everyday life may be disrupted. An estimated ten percent of people in the UK and slightly more in the USA suffer from phobias of some kind. Sufferers can be helped with alternative health remedies such as homeopathy, aromatherapy and flower remedies.

Common phobias include claustrophobia (fear of enclosed spaces), agoraphobia (fear of open spaces), and acrophobia (fear of heights). A phobia, however, may be related to just about any object, person or situation and may be caused by a subconscious reflex to avoid repeating an unpleasant experience. Symptoms range from a sensation of panic or terror, inability to refocus thoughts, a desire to flee a situation and/or an uncontrollable physical response such as trembling or dizziness.

Homeopathy for phobias

Homeopathy may help phobia sufferers. A qualified homeopath will tailor a treatment to the exact needs of the sufferer. Homeopathic treatments may include:

Argentum Nitricum (Nitrate of silver) may be given for those who have a fear of heights or suffer from general confusion and anxiety.

Phosphorus is usually recommended for those who fear the dark or fear being alone.

Gelsemium is given when one feels week at the knees or has an overwhelming fear of performing in public.

Aconite may be given for those with a fear of death or for those with a mind that is almost paralyzed by fear.

Arnica is recommended for fears relating to or brought on by an accident.

Flower Essences

Flower remedies help to bring about a balance in negative mental states and emotions. Treatments vary depending on the mental state of the individual. Treatments may include:

Mimulus is for fears of things such as being late for work, flying or fear of spiders.

Aspen may be recommended for a fear which has no specific cause - a vague fear or anxiety.

Red Chestnut may help those who fear for another individual's safety or happiness.

Rock Rose is generally given when fears are turning into a terror or panic.

Agrimony is an effective flower remedy for people who are anxious and worry a lot, but tend to hide their feelings by making fun of everything.

Aromatherapy

Essential oils can be useful in the treatment of phobias. They can help to release tension and induce a feeling of calm. Oils can be used in the bath, during massage when combined with a light carrier oil, or in a vaporizer. Some oils to try are bergamot, chamomile, geranium, jasmine, lavender, marjoram, melissa and ylang ylang.

Ubat Norculut

Saya sering memberi ubat ini kepada pesakit2; ramai yang tertanya2 apakah ubat ini.
Ubat ini adalah sejenis hormon progesterone (hormon wanita) yang yang dicerakin atau synthetic bukan asli. Nama sebenar ialah Norethisterone dan setiap tablet mengadungi 5 mg norethisterine.
Ubat ini bertindak dalam rahim dan pada sistem kawalan hormon wanita.

Apakah Kegunaan Ubat Norculut?

1. Menangguhkan datang Haid
Untuk sesuatu tujuan saperti pergi Haji atau Umrah , bila makan tablet Norculut dari mula hingga akhir , ia membolihkan wanita buat amal ibadat saperti solat, wukuf diarafat dan buat umrah dalam seluruh tempoh waktu ia ditanah suci.
Ada juga yang ingin berpuasa seluruh bulan ramadan tanpa diganggu haid. Norculut bolih tangguhkan haid sampai ke hari raya.
Ada juga yang ingin tangguhkan haid kerana ia akan bernikah, atau ia ingin berbulan madu diluar negara. Ada pula yang ingin tangguhkan haid utuk menghadapi ujian atau peperiksaan atau temu duga untuk satu jawatan penting dan jika ia sedang haid ia akan mengalami senggugut yang amat teruk, sakit kepala , muntah2 dan lain2  gejala. makan norculut bolih tangguhkan haid selama kita mahu tanpa apa2 kesan sampingan.

2. Untuk rawatan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
Rawatan terbaik untuk penyakit2 tersebut ialah pembedahan untuk  buang cyst dan tumbuhan serta betulkan kedudukan rahim jika ia retroverted ( jatuh kebelakang kearah tulang tonking). Tetapi jika seseorang enggan bedah kerana munkin pernah dibedah sebelum ini atau atas sebab2 peribadi, pilihan lain ialah ubat norculut yang dimakan secara terus  menerus selama 3, 6 atau 9 bulan. Ketika makan norculut pesakit tidak datang haid tapi tidak hamil. jika ia mahu hamil, berhenti ubat lepas 3 bulan dan cuba hamil selama 3 bulan. Lepas makan norculut dan berhenti, pesakit akan mengalami 'rebound fertility'.

3. Merawat 'hormon imbalance' Prenstrual   tension (PMS) dan menopos.

Norculut digunakan untuk berbagai masalah wanita. Pada wanita yang sering mengalami kitaran haid tidak teratur, perdarahan tidak tentu masa dalam kitaran haid, norculut bolih digunakan untuk membetulkan  kitaran haid.
Begitu juga bagi mereka yang mengalami gejala2 PMS saperti  migraine, loya, bengkak kaki , moody dan lain2. Norculut bolih juga digunakan sebagai hormon gantian pada wanita menopos.

Rawatan Kesuburan

Dalam beberapa situasi norculut digunakan, saperti bagi pesakit PCOS yang tidak datang haid, norculut diberikan selama 7 - 10 hari, haid akan datang 3-4 lepas habis norculut. Bila haid bermula, ubat subur clomid bolih mula di makan pada hari ke 2-3 haid. Jika ia hamil sedang makan norculut, ubat ini ada kesan menguatkan kehamilan dan tiada kesan sampingan kepada janin.

Ada kalanya haid tidak keluar sebab karung telor (follicle) tidak pecah sewaktu penetasan berlaku dan ia menimbulakan tumbuhan follicular cyst yang biasanya memengadungi air,  rawatan dengan norculut 2 biji sehari selama 20 hari boloh memecahkan cyst tersebut tanpa kesan sampingan.

Bagi mereka yang tidak subur sebab 'corpus lueal defects' disebabkan kurang hormon progesterone, duphaston atau norculut bolih diberikan mulai hari ke 20 selama 7 - 10 hari.

Dos Norculut dan jangka masa makan ubat.

Untuk kebanyakan situasi yang saya nyatakan diatas, dos norculut ialah 2 biji (10 mg) dimakan 2 kali sehari selama tempoh yang diperlukan, saperti 40-50 hari untuk pergi haji, 10-20 hari untuk umrah, Jika berlaku perdarahan walaupun mengikuti dos yg dicadangkan, tingkatkan dos dengan makan 3 -4 kali sehari sehingga perdarahan berhenti dan teruskan makan 2 kali sehari  sampai pulang ketanah air.