Wednesday, December 16, 2015

Halia banyak khasiat kesihatan.



MINUM TEH HALIA DENGAN MADU SETIAP HARI

Hampir semua orang kenal halia, malah ramai yang memang sudah mengambilnya sebagai ramuan masakan, minum air halia (air sarbat), juz halia, powder halia(pil halia) atau gerok halia ala jepun. Orang2 cina dan jepun telah menggunakan halia untuk merawat berbagai jenis penyakit sejak lebih 2000 tahun.

Apakah kandungan halia?

Halia mengandungi dua bahan iaitu gingerol dan shogaol yang dipercayai mempunyai kesan pengobatan.
Bahan2 obatan tersebut bertindak sebagai anti inflamasi iaitu mengawal peroses radangan. Inflamasi yang keronik bolih mencetuskan berbagai penyakit jantung, stroke, arthritis, gout dan tumbuhan kanser.
Halia mengandungi A, C, E, B complex .
Juga mengandungi berbagai logam potassium, manganese, magnesium, phosphorus, sodium, iron, zinc dan calcium.
Juga beta carotene.
Mengamalkan makan halia seharian insha Allah bolih mencegah serta merawat berbagai jenis penyakit.

Apakah khasiat2 kesihatan?

1. Halia dan sistem immunity.
Halia adalah antioxidant.

Berkesan saperti antibiotik bila dimakan atau disapukan.

Bahan2 gingerol dan shogaol dalam halia dikatakan bolih bertindak membasmi, menyekat pertumbuhan dan penyebaran sel2 kanser prostate, usus, payudara, ovary.


2. Halia baiki penghazaman dan penyerapan makanan khususnya supplemen vitamin2 dan logam.
Bantu rawat penyakit usus digelar 'irritable bowel syndrome'. Gunakan halia dalam sajian makanan setiap hari atau minum teh halia atau makan pil halia.

3. Halia merangansang sistem aliran darah.
Mengurangkan cholesterol.
Kurangkan kepekatan darah . Seterusnya cegah serangan jantung.
Membersih darah dan cegah bekuan darah.
Cegah angin akhmar.
Mencegah penyakit tua dan nyanyuk / alhzeimer dengan amalan makan halia.

4. Bantu kurangkan berat badan. Halia bolih memulihkan selera makan kepada makanan yang berkhasiat dan berzat. Ia bolih mengurangkan lemak pada badan kita.
Halia membantu stabilkan imbangan gula dalam darah.
Air halia mempercepat pemulihan otot2 yang keletehan selepas exercise.


5. Mengurangkan rasa loya dan muntah khususnya ketika hamil diperingkat awal, lepas bedah, ketika dalam perjalan jauh naik pesawat, bas, kereta atau kereta api. Begitu juga pengidap masalah 'motion sickness' .Minum teh halia.

6. Mengurangkan kesakitan sendi bagi pesakit2 arthritis. Halia mengawal inflamasi/ radangan yang berlaku berterusan pada pengidap arthritis dan gout.

7. Mengurangkan gejala selsema, kahak dan lendir pada hidung dan saluran pernafasan serta sinus. Teh halia juga mengurang bau mulut.

8. Kurangkan 'angin' dalam badan, perut dan usus. Halia juga melancarkan aliran darah.

9. Mempercepat pemulihan/ healing lepas bedah atas sifatnya yang anti inflamatory. Memang jadi amalan orang2 timur khususnya kaum cina untuk memasak lauk ikan, ayam atau daging secara steaming atau rebus dengan gunakan banyak halia dan bawang untuk mereka lepas bersalin atau lepas pembedahan.

10. Ada yang mengatakan minum teh halia atau makan halia dalam sajian makanan harian bolih meningkatkan daya seksual.

Cara2 pengambilan halia.

Ada banyak cara kita makan halia.
1. Menggunakan halia dalam masakan lauk, sayur atau lain2 saperti steam ikan atau ayam.
Saya memang minat steamed ikan dan ayam dengan banyak halia dan bawang. Juga minat sup daging lembu dengan halia.
Saya juga minat masakan ala cina dan siam kerana banyak guna halia, bawang, kunyit dan serai.

2. Teh halia sebagai minuman harian. Halia dihiris2 dan direbus dalam satu jug air hingga mendidih. Kemudian simpan semalaman; air halia diambil dan ampas halia pisahkan. Air teh halia jika pekat bolih dicairkan dengan air suam.
Teh halia sebaiknya diminum dengan madu atau gula kelapa.

3. Jeruk halia ala jepun. Sering disajikan direstoran jepun. Memang menyelerakan.

4. Pil halia. Halia yang dijadikan powder kemudian dimasukkan dalam kapsul pil. Makan setiap hari sebagai supplemen.

Saya sudah mula tanam banyak halia dalam pasu. Diharap 10 bulan dapat keluar hasil.



Saturday, December 12, 2015

Endometriotic cysts besar


Ada peluang hamil pesakit ini?

Bedah perut secara laparotomy kerana endometriotic cysts terlalu besar saiz saperti hamil 5 bulan dan melibatkan kedua2 ovary. Ini kali kedua pesakit yang berumor 30an tahun dan belum ada anak
 dibedah untuk masalah yg sama.

Endometriotic cyst / chocolate cyst/ endometrioma mengandungi darah haid yang bertimbun dalam tempuh yg lama. Berupa chocolate paste. Cyst ovary kanan 12 cm dan cyst ovary kiri 10 cm. Melekat kepada usus dan dinding rahim.


Kandungan cyst disedut dahulu untuk mudah mengeluarkan kantung cysts dari dalam perut.

Sambil disedut, jirusan air saline untuk membersihkan cyst dan organ2 sekitaran. 

Kantung cyst serta tisyu sekitar dibedah buang . Tisyu ovary yang baik sihat dibaikpulihkan.

Kandungan cyst saperti chocolate paste disedut kedalam bekas. Hampir 3 liter kesemuanya


Disamping cyst tumbuhan fibroid juga ada dalam rahim. Ia dibedah buang juga.


Selaput kantung cysts dan fibroid.

Endometriotic cyst juga digelar chocolate cyst atau endometrioma.

Rawatan lepas bedah.

1. Penyakit endometriosis tidak berkesudahan dan terus mengancam untuk tumbuh semula. Pesakit ini sudah lemah dayatahan atau immunity. Endometriosis bolih dinggap sebagai satu penyakit autoimmune. Pesakit perlu berusaha meningkatkan immunity untuk membantu peroses pemulihan dan pencegahan penyakit.

2. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Jauhkan makanan2 yang inflamatory dan tingkatkan makanan2 yang anti inflamatory. Jauhkan makanan2 fast dan junk, dalam tin dan yang diperoses dan diawet. Lebihkan makanan2 yang segar dan mentah. 
Jauhkan makanan bergoreng lebih baik makanan disteam dan direbus. Minum juz buah2 yang segar dan sayur2 mentah sebagai salad yang campur minyak zaiton.

3. Berehat lebih untuk kurangkan berbagai jenis stress, fizikal mental dan emosi. Bila rasa tertekan buat deep breathing exercise - duduk dikursi, sedut nafas melalui hidung dan lepaskan nafas perlahan2 mekalui mulut. Ulang selama 5 minit dan lakukan beberapa banyak kali. Amalkan berzikir, beristighfar dan berselawat sentiasa dimana2 dan didalam apa situasi pun. Disamping solat fardu lebihkan amalan solat sunat dan berdoa kepada Allah untuk sihat dan dikurniakan zuriat. Baca quran satu muka surat setiap hari.

4. Makan vitamin supplement setiap hari - multivitamins (obimin atau proviton), vit C (1gm), vit E (400 iu), fish oil (2000mg). Kesemua itu penting untuk peroses pemulihan/healing.

5. Kawal dan turunkan berat badan jika gemok. Kurangkan dan hadkan makan karbohaidret dan gula.

6. Rawatan perubatan untuk menahan darah haid selama 3 bulan munkin bolih membantu peroses pemulihan organ peranakkan. Terdapat beberapa jenis hormon yang bolih digunakan untuk tujuan ini. Perlu pengawasan doktor.


7. Sebulan lepas bedah bolih lakukan hubungan kelamin jika kesakitan telah reda. Jangan terlalu tergesa2 nak hamil dengan memakan pil subur , buat iui atau ivf kerana kesemua itu bolih mempercepatkan tumbuh semula endometriosis. Relaks saja dan tenangkan fikiran. Biasanya kehamilan akan berlaku secara spontan.