Tuesday, January 3, 2012

Bila lambat datang haid


Dalam hidup seseorang wanita , tidak datang haid atau kelambatan datang haid pada waktu/tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil ialah 'Adakah aku hamil?'

1. Kehamilan.
Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Olih itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT yang bolih dibeli dimana2 kedai  farmasi. Air kencing pertama ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang bolih sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan bolih kesan karung kandungan bila haid sudah lewat seminggu.

 

2. Gangguan hormon.
Gangguan hormon bolih juga menyebakan lambat datng haid. Apakah situasi2 yng bolih ganggu hormon? .Paling utama ialah stress fizikal,emosi dan mental yang dewasa ini banyak melanda kaum wanita.
Stress ini munkin dicetuskan ditempat kerja, sekitar kawan2 , dijalan raya ketika memandu kereta, dirumah sekitaran ahli2 keluarga dan lain2 punca. Hormon stress  memang mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid, menyebabkan kelambatan datang haid.

3. Kegemokkan.
Gangguan hormon juga bolih dicetuskan dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita  cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak bolih dikawal dan kegemokkan memang bolih ganggu hormon menyebabakan kitaran haid terganggu.

Makanan2 'fast dan junk foods' yang sangat popular sekarang juga bolih mengganggu hormon wanita kerana makanan2 tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakkan makanan2 tersebut juga mengandungi banyak carbohaidret dan gula yang mudah menyebabkan kegemokkan/obesity. Jauhkan makanan2 tersebut jika ingan hamil dan gantikan dengan makan lebih buah2 dan sayur2.

4. Sebelum menopos.
Lambat datang haid juga munkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur 'perimenopause' , atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telor tidak menetas/ovulation. Tiada ovulation bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang bolih menyebabakan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.

5. Polycystic ovary syndrome.
Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan olih penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialh 'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga bolih menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendir bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.

6. Berbagai penyakit.
Lain2 penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovary. Olih itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning - melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.