Friday, April 15, 2011

Bayi tabung uji - IVF

Kaedah rawatan bayi tabung uji atau IVF + ICSI adalah langkah terakhir jika rawatan lain untuk capai kehamilan gagal kerana ia merupakan rawatan yang mahal harganya ( antara RM 10- 30 ribu) dan prosedurnya rumit dan memerlukan peralatan yang canggih  dan pakar khusus yang benar2  terlatih dan komited.



Apakah prosedur IVF dan ICSI?

IVF atau bayi tabung uji ialah satu kaedah rawatan dimana persenyawaan benih lelaki dan telor perempuan dilakukan diluar tubuh wanita (in vitro fertilization), iaitu didalam makmal dan embryo yang dihasilkan dimasukkan balik kedalam rahim (embryo transfer).
ICSI ialah satu prosedur dimana sel benh lelaki disuntikan terus kedalam sel telor isteri.

In vitro fertilization / IVF






ICSI





Embryos



Siapa yang sesuai untuk rawatan IVF

1.  Wanita yang saluaran fallopian tersumbat (blocked tubes), munkin berpunca dari jangkitan kuman, penyakit endometriosis, fibroids atau lain2. Setengah pesakit tersebut munkiin sudah menjalani pembedahan untuk betulkan saluran tetapi gagal untuk hamil.

2.  Pasangan yang telah lama kahwin tanpa anak dan telah menjalani berbagai kaedah rawatan kesuburan termasuk pembedahan , ubat subur dan beberapa kali suntikan benih suami (IUI) tetapi gagal hamil.

3.  Benih suaminya rendah hitungan, kurang aktif pergerakkan atau banyak yang berbentuk luar biasa.
Dalam situasi begini IVF dan ICSI dilakukan dimana benih  suami disuntikkan terus kedalam sel telor isteri.

4.  Kemandulan tanpa sebab2 yang diketahui ' unexplained infertility ' dan gagal hamil walau pun kaedah IUI telah dicuba banyak kali.

5.  Pesakit2 PCOS dan endometriosis yang telah dirawat dengan kaedah2  biasa saperti ubat subur, pembedahan dan IUI tetapi masih gagal hamil.



Membuat keputusan untuk rawatan IVF dan ICSI

Sebaiknya keputusan melakukan rawatan IVF / ICSI dibuat setelah semua pilihan kaedah rawatan lain telah dilaksanakan dan masih gagal hamil. Akhirnya kita perlu berserah dan bertawakkal kepada AllahSWT dan mendapat panduan dariNya dengan melakukan solat istiharah sekurangnya 3 kali maklumlah harganya mahal dan hasil kehamilan munkin dalam lingkungan 20 - 40 % sahaja.

Memileh Pusat rawatan IVF dan ICSI !

Sekarang ini pusat rawatan IVF/ICSI tumbuh macam cendawan berbanding dengan tahun 80an bila ia mula diperkenalkan dimalaysia. Dihospital2 kerajaan, separuh kerajaan dan swasta pusat2 IVF/ICSI bolih didapati dan pihak kerajaan banyak memberi subsidi kepada pesakit2. Harga rawatan dihospital kerajaan munkin semurah RM 8K , manakala dipusat2 swasta anatar RM 15 - 30 K. Saya tahu kebanyakan pakar yang melakukan IVF/ICSI hanya sebagai sambilan sahaja kerana mereka banyak tugas2 lain untuk dilakukan. Saya juga tahu ada sebilangan kecil pakar yang hanya khusus buat IVF/ICSI sahaja dan tidak melakukan rawatan2 lian dalam bidang O&G. Tentulah kumpulan kedua ini akan mendapat kejayaan yang lebih dengan lebih ramai pesakit yang hamil  dan melahirkan anak.



Video prosedur IVF



Rangsangan telor (ovarian stimulation)



Menuai Telor / Egg Retrieval



In Vitro Fertilization



Embryo Transfer


Program anjuran br />.


;

,

Tuesday, April 5, 2011

Masih ada peluang hamil dengan PCOS

Polycystic ovary syndrome (PCOS)



Penyakit ini menjadi salah satu punca utama kemandulan. Semakin ramai mengalami penyakit PCOS.

Gejala2 PCOS.
Haid tidak teratur. Jarang datang haid, 3 hingga 6 bulan sekali.
Bila datang haid darah keluar sedikit sahaja atau terlalu banyak dan berpanjangan.
Kesannya sukar hamil / mandul kerana telor sukar matang dan ovulasi jarang lagi.
Keguguran dan sering berulang kali. Sering ada kaitan dengan kencing manis.
Kebanyakkan penyidap PCOS juga gemok / obese.


Mengapa sukar merawat PCOS ?

1. Salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini.
Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.

2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan.

Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.

Namun saya dapati dua perkara diatas amat sukar diamalkan olih pengidap2 pcos. Jika mereka sunggoh2 inginkan zuriat, mereka perlu kuatkan azam dan kecekalan untuk berkerja keras untuk capai matlamat. Pengalaman saya lebih 40 tahun pengidap2 pcos lebih 90% gagal menurunkan berat badan mereka.
Mereka hanya bergantung kepada ubat2 mereka dengan harapan mereka bolih hamil tanpa usaha.

3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.

Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.

4. Kegunaan ubat2 supplement bolih membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, black cohosh (remifemin) dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak bolih bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, munkin antara 3-6 bulan sahaja.

5. Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengadungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikkan saperti vitamins, antioxidants, logam dll adlah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.

6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil.Perubahan dalam caragaya hidup sangat penting terutama tabiat makan dan pilihan jenis makanan yang berzat dan berkhasiat. Pilih makanan yang segar/fresh tanpa diperoses, tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Lakukan gerak tubuh/exercise , munkin buat jogging 30 minit sehari. Lakukan breathing exercise/yoga untuk relxation, hilangkan stress dengan baca quran dan berzikir.

7. Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini munkim bolih menambah peluang untuk hamil. Biasanya jika ada pematangan telor kehamilan akan berlaku secara spontan tanpa memerlukan IUI.

8. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat  menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor.

Selepas ovarian drilling amalan pemakanan yang berzat dan berkhasiat amat penting ; ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.

9. Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor.