Wednesday, September 18, 2013

KACANG BOTOL BANYAK KHASIAT





Kacang botol sangat mudah ditanam, subur menghijau dan banyak buah setiap masa hanya perlu siraman air. Dihalaman rumah  saya banyak tanam kacang botol. Bila buah  masih muda saya suka makan mentah begitu saja ,sedap rasa dan baik untuk kesihatan .

Kacang botol mengadungi vitamin A, logam2 kalsium dan zat besi yang penting untuk keutuhan tulang dan darah merah (hemoglobin).

Kandungan protein dan amino asid adalah hampir sama dengan kacang soya , munkin ia bolih jadi gantian bagi kacang soya

Warna hijau menunjukkan kandungan chorophyll yang juga penting untuk kesihatan.

Kacang botol bolih dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai sayur.

Daunnya juga bolih dijadikan sayur. Daunnya juga bolih ditumbuk hingga lumat dan disapukan  diatas kulit tang ditimpa ruam atau eczema.

Thursday, September 5, 2013

CEGAH SENGGUGUT ELAK ENDOMETRIOSIS






JOIN ENDOMETRIOSIS GROUP MALAYSIA


Penyakit endometriosis semakin meningkat dan terok merosakkan peranakkan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran dan akhirnya bedah buang rahim. Dalam minggu ini sahaja dari 5 kes pembedahan laparoscopy , 3 darinya adalah penyakit endometriosis .

Awas jika ada tanda2 berikut!


1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umor remaja dan tidak hilang lepas kahwin.

2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.

3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.

4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.

5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.

6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.

7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.

8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda2 senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.

Jika ada tanda2 atau gejala2 tersebut ambil langkah2 berikut;


1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS  dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovay dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .

2. Buat bedah laparoscopy untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.

3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan pekuang hamil.
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

4. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
 Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

5. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.

Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
 Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

6. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU,
Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.















Tuesday, April 16, 2013

Ujian Saluran Benih

Ujian Saloran Fallopio

X-Ray Rahim (HSG)


Ujian X-ray rahim (Hysterosalpingogram – HSG

           Untuk mengetahui keadaan dalam rahim dan saluran benih (fallopian tubes), saya sering melakukan ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram) atau diringkaskan sebagai H.S.G.      Ini adalah satu tata-cara di mana doktor pakar x-ray akan melakukan satu suntikan cecair khas ke dalam rahim melalui saluran faraj,  mengambil 4-5 gambar x-ray dan dari situ doktor akan dapat mengesan  samaada saluran benih (fallopian tubes) isteri tersumbat atau tidak. 



Kadang-kala sering juga berlaku saluran benih ini kuncup (spasm) dan  setelah di-injek dengan cecair saluran benih akan terbuka.      Sebab itu ujian ini sangat penting, khususnya bagi mereka yang belum pernah menjalani ujian atau rawatan sebelum ini.      H.S.G. adalah satu ujian yang senang dilakukan serta murah harganya.    
Dianggarkan lebih kurang 15 hingga 20 peratus daripada wanita-wanita yang telah menjalani prosedur H.S.G.  akan hamil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan berikutnya.   

D & C, Polypectomy dan Hydrotubation.

 Jika mereka tidak lagi hamil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas ujian H.S.G., saya syorkan mereka jalani satu tatacara pembedahan kecil yang boleh dilakukan di klinik sebagai pembedahan harian (day surgery).Setelah  dibius,  doktor akan melakukan prosedur ini dengan mengembangkan saluran pangkal rahim,  cuci dalam rahim untuk membuang lemak yang biasanya dalam bentuk ‘endometrial polyps'.



Endometrial Polyps

Prosedur ini digelar 'polypectomy'.      Disamping itu saluran benih (fallopian tubes) yang mungkin kuncup semula atau tertutup perlu dibuka semula melalui proses 'hydrotubation'.     Jadi ketiga-tiga perkara dilakukan serentak, iaitu untuk membersihkan, membesarkan saluran pangkal rahim serta saluran benih.
Selepas rawatan ini saya juga memberi masa 3 - 6 bulan samada wanita tersebut boleh hamil atau tidak dan saya dapati juga lebih kurang 20 peratus wanita hamil selepas menjalani prosedur ini.

Pembedahan Laparoscopy


Pembedahan Laparoscopy


Pembedahan Laparoscopy adalah satu tatacara pembedahan yang sangat penting bagi mengesan punca dan juga untuk merawat berbagai jenis kemandulan.  Setelah pesakit bius , satu hirisan kecil (1/2 inci) pada bawah pusat dilakukan untuk memasukkan teropong laparoscop.    Melalui teropong ini doktor dapat melihat organ-organ di dalam perut, khususnya untuk mengesan berbagai penyakit di bahagian peranakan. Keadaan saluran benih dapat nilai dengan teliti samaada ia berfungsi atau tidak. Begitu juga keadaan ovari/kilang telur, samada normal atau tidak. Sekitaran rahim khususnya di ruang belakang rahim (P.O.D.) di mana percantuman antara benih lelaki dengan telur perempuan berlaku dapat ditinjau melalui teropong laparoskop.  Kesemua penilaian tersebut tergulung dalam apa yang digelar ‘diagnostic laparoscopy’.


Sekarang ini kita boleh melakukan berbagai tatara pembedahan melalui teropong laparoscop dan kaedah-kaedah tersebut tergulung di dalam apa yang digelar ‘laparoscopic surgery’. Di antaranya ialah pembedahan  seperti membuang ketumbuhan 'fibroid' yang kecil, tumbuhan 'ovarian cyst' pada kilang telur yang disebabkan oleh darah kotor dari penyakit ‘endometriosis’, ataupun yang mengandungi cecair atau lendir.     Melalui teropong laparoscop kita juga boleh membuat pembetulan atau membaiki saluran benih yang bermasalah seperti tersumbat atau melekat-lekat.    Kita juga boleh melakukan rawatan laser atau cautery pada penyakit  seperti endometriosis atau memisahkan organ organ peranakan yang melekat-lekat, dan melakuakakan ‘ovarian drilling’bagi penyakit ‘ polycystic ovary’.  Saya biasanya menggandingkan 'laparoscopy' dengan ‘ mini-laparotomy ’ dimana saya membuat pembedahan kecil sepanjang 2-3 inci pada bahagian ari-ari.  Ini bertujuan untuk memudahkan saya melakukan semua tata-cara pembedahan yang tersebut diatas.
Laparosocopy juga penting dalam kaedah rawatan Bayi Tabung Uji  GIFT.     Ini adalah satu kaedah bayi tabung uji di mana wanita tersebut telah diransang telurnya, kemudian diambil telurnya melalui teropong laparoscop dan dicantumkan dengan benih suami.     Seterusnya benih suami dan telur akan dimasukkan ke dalam muncung saluran falopian untuk persenyawaan secara biasa.

      Sering saya lakukan  pembetulkan bgi kedudukan rahim yang biasanya jatuh ke tongking 'retroverted uterus'  yang biasa berlaku dalam penyakit endometriosis. Pembedahan laparoscopy ini biasanya kita lakukan sebagai 'day surgery' di mana pesakit tersebut akan masuk ke wad pembedahan harian.    Pada hari itu pesakit tersebut  perlu berpuasa bermula dari malam sebelumnya untuk membolehkan doktor pakar bius memasukkan biusnya secara umum.     Setelah melakukan pembedahan dan tata-cara laparoscopy, biasanya pesakit akan di rehatkan di wad harian.     Adakalanya ia boleh balik pada hari yang sama, tetapi demi  untuk keselamatan, saya akan jaga pesakit tersebut sampai keesokan harinya, takut jika pesakit mengalami kesan sampingan selepas dibius.

 Saya dapati pembedahan laparoscopy yang disertai dengan tata-cara untuk membetulkan peranakan, membetulkan saluran fallopian yang sumbat, untuk membuang tumbuhan endometriosis atau fibroid adalah sangat berkesan sekali dari segi kejayaan untuk mendapatkan kehamilan.       Kaedah-kaedah rawatan lain untuk merawat penyakit endometriosis seperti ubat-ubatan, kurang berkesan jika dibandingkan dengan pembedahan yang disertai dengan pembetulan bagi kedudukkan peranakan dan pembersihan sekitaran dan bahagian belakang rahim.  

Punca2 saluran tersumbat

Punca2 saluran tersumbat

Punca utama ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas. Jangkitan lebih sering berlaku pada wanita gemok yang berpotensi kena kencing manis, yang sedang hamil, pakai alat IUD, lepas gugur atau siapa2 saja yang lemah ketahanan atau immunitinya. Wanita yang ada erosion pada pangkal rahim dan ia sering dan berulang kali mudah dijangkiti kuman.

Gambar menunjukkan jangkitan kulat dalam faraj.
Mulai dari jangkitan faraj yang tandanya ialah keluaran keputihan , berwarna kuning atau hijau, gatal dan berbau, kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian. Disini kuman2 akan membuat kerosakkan dan akahirnya ia tersumbat.

Punca kedua ialah penyakit endometriosis, disebabkan tumpahan darah haid (retrograde menstruation) melalui saluran fallopian ke belakang rahim . Peroses tumpahan ini sering dikaitkan dengan rahim yang jatuh ketulang tonking (retroverted). Darah haid mengandungi darah tisyu endometrium, toksin dan kuman2. Kandungan ini menyebabkan reaksi radangan dan inflamasi yang terok menyebabkan kerosakan saluran fallopian yang akhirnya jadi tersumbat.

Punca2 lain temasuklah tumbuhan fibroids dan adenomyosis


Teknik untuk rawat saluran fallopian yang tersumbat


Rawatan secara Alternatif (AFT)

 

Tuesday, January 3, 2012

Bila lambat datang haid


Dalam hidup seseorang wanita , tidak datang haid atau kelambatan datang haid pada waktu/tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil ialah 'Adakah aku hamil?'

1. Kehamilan.
Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Olih itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT yang bolih dibeli dimana2 kedai  farmasi. Air kencing pertama ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang bolih sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan bolih kesan karung kandungan bila haid sudah lewat seminggu.

 

2. Gangguan hormon.
Gangguan hormon bolih juga menyebakan lambat datng haid. Apakah situasi2 yng bolih ganggu hormon? .Paling utama ialah stress fizikal,emosi dan mental yang dewasa ini banyak melanda kaum wanita.
Stress ini munkin dicetuskan ditempat kerja, sekitar kawan2 , dijalan raya ketika memandu kereta, dirumah sekitaran ahli2 keluarga dan lain2 punca. Hormon stress  memang mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid, menyebabkan kelambatan datang haid.

3. Kegemokkan.
Gangguan hormon juga bolih dicetuskan dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita  cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak bolih dikawal dan kegemokkan memang bolih ganggu hormon menyebabakan kitaran haid terganggu.

Makanan2 'fast dan junk foods' yang sangat popular sekarang juga bolih mengganggu hormon wanita kerana makanan2 tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakkan makanan2 tersebut juga mengandungi banyak carbohaidret dan gula yang mudah menyebabkan kegemokkan/obesity. Jauhkan makanan2 tersebut jika ingan hamil dan gantikan dengan makan lebih buah2 dan sayur2.

4. Sebelum menopos.
Lambat datang haid juga munkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur 'perimenopause' , atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telor tidak menetas/ovulation. Tiada ovulation bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang bolih menyebabakan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.

5. Polycystic ovary syndrome.
Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan olih penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialh 'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga bolih menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendir bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.

6. Berbagai penyakit.
Lain2 penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovary. Olih itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning - melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.