Sunday, January 23, 2011

Kesuburan Lelaki



Kegagalan untuk hamil dan dapatkan zuriat bukan sahaja disebabkan masalah2 penyakit pada isteri, malah pihak suami dikatakan menjadi punca masalah dalam 20-30 %.









CARA2 UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI.

1.  Kepanasan badan khususnya jika terkena pada buah zakar dikatakan bolih mengurangkan dan melemahkan benih2 lelaki. Pekerja2 yang terdedah matahari terik atau kilang  berhawa panas , pemandu bas lori jarak jauh, mereka yang suka letak laptop atas riba menyebabkan kepanasannya kena buah zakar. Elakkan juga sering mandi air panas.

Pakai seluar dalam yang longgar saperti boxer.

Mandi air sejuk khususnya lepas balik kerja. Bolih juga letakkan ice pack yang telah dibekukan dalam peti ais pada bawah buah zakar selama 30 minit lepas balik kerja. Kesejukkan meningkatkan pergerakkan benih2.

2. Perkara2 yang perlu dijahui

21. Semua jenis rokok tembakau.

22. Minuman yang mengadungi alcohol. Arak, whisky , beer dll.
Kurangkan minuman yang mengadungi kafeine.
Jauhkan minuman air yang mengadungi chlorine - air paip.

23. Dadah

24. Gula dan manisan - minuman2 soft drink , soda, kordel , juz dalam kotak.

25. Segala jenis fast food, junk foods. Jauhkan deep fried dan charcoal bbq.
26. Jauhkan pewangi dan kosmatik yang bukan organik.

27. Racun serangga (pesticides dan insecticides) dan segala bahan plastik dan sterifoam kerana kandungan xeno estrogen.

3. MAKANAN2 YANG  BERKHASIAT DAN BERZAT.

31. Makan banyak buah2 dan sayur2. Bayam, kangkung, sawi, kobis,keladi keledek, boccoli.
Biasakan makan ulam.

32. Minum juice dari buah2 dan sayur2 buatan sendiri. - Apple, oren, carrots, papaya , nenas, mangga, tembikai , avacardo dll.

33. Makan seafood. Oyster mengandongi logam zinc , baik untuk benih.

34. Kacang2 dan biji2. Brazil nuts, almond , walnut mengandungi selenium, biji2 sunflower, biji anggor dan labu baik untuk benih lelaki.

35. Biji papaya - pahit rasanya. Ada kajian ia meningkatkan benih lelaki.

36. Ikan mackeral, kembong, tenggiri , sardine dan salmon. Sumber omega 3.

4. SUPPLEMENT

41. Makan multivitamins - banyak jenama dalam pasaran- perlu mengadungi vit B, A logam2 termasuk zinc.
Vit C 1-2 gm setiap hari
Vit E 400 IU Setiap hari
Fish oil 1000 mg dua kali sehari.


42. Herbal supplement.

Produk2 dari herba saperti;
Speman
Kapikachu
Tribestan
Saw palmeto
Panax ginseng

5. Hormon.

51. Testosterone - hormon lelaki. Ada yang diberi secara suntikan  atau dimakan dalam bentuk tablets. In perlu pengawasan doktor.

52. HCG. Sejenis hormon yang diberi secara suntikan olih doktor.

53. Ubat subur clomid - makan setengah biji pagi dan setengah petang. Setiap hari selama 3 bulan.





     






















6 comments:

  1. Salam.....

    Dr, Saya pernah berkahwin selama 2tahun tidak dikurniakn anak tetapi ex wife saya berkahwin sekali lagi dlm masa kurang 5bln perkahwinan beliau telah mengandung, kini anak nya telah 2 org.Saya jadi tertanya adakah memamg saya yang bermasalah?

    ReplyDelete
  2. salam..

    Dr, apa ubat untuk menambahkan sperma?sy da 3 kali check, kptsan tetap sama, sperma x banyak,tp setiap kali check, sy x de ambil sebarang ubat-ubatan untuk menambahkan sperma.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum doktor,

    Bagaimana pula dgn azoospermia?

    ReplyDelete
  4. Salam, saya mempunyai produk untuk uji kesuburan lelaki hanya di rumah. Ini dapat menjimatkan masa dan malu untuk ke hospital. Dengan hanya melakukan di rumah, anda dapat tahu keputusan normal atau tidak. Ini penting kesuburan rumah tangga anda.

    Sesiapa berminat, boleh wassap saya di 017-6268424 atau buka blog ini.
    http://www.reichhealthcare.blogspot.com

    ReplyDelete