Thursday, October 3, 2013

MAKANAN UNTUK SUBUR DAN LEPAS BEDAH


MAKANAN UNTUK SUBUR DAN LEPAS BEDAH

    Selepas pembedahan kebanyakkan pesakit2 sering bertanya ' apa pantang doktor?' Sepatutnya mereka bertanya ' apa cara2 terbaik untuk cepat pulih / sembuh?. Kita masih terperangkap dengan budaya dan amalan tradisi dari nenek moyang yang munkin tidak berasaskan ilmu pengetahuan.


    1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan tahap kesihatan dan immunity/ketahanan untuk cepat sembuh dan baikpulih organ2 peranakkan serta mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

    2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.

    Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
    3. 2. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

     Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

    4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.

    Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

    5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula.


    Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman. Minum sebelum sarapan dan sebelum makan malam.
    Bagi mereka yang sedang mencuba untuk hamil, buat juz papaya dan nenas dan minum setiap pagi dan malam mulai hari pertama hingga hari ke sepuloh pusingan haid. Mulai hari ke11  minum juz apel dan carrot.
    Mulakan dengan makan buah2 saperti betik oren apel jambu buah naga atau lain2 sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
    6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus .
    Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice. Lepas sarapan minum satu sudu Minyak Kelapa Dara.(VCO)


    7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau atau teh herbal . Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

    8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

    9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
    Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
    Gantikan nasi putih kepada brown rice.

    10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins (Obimin, proviton, pharmaton atau lain2 jenama), vit C 1gm, vit E 400 IU, fish oil 1 - 1.200 GM.
    Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut. Cuba amalkan minum Teh Mas Cotek  atau teh daun durian belanda bagi mereka yang ada endometriosis, fibroid atau adenomyosis.

4 comments:

  1. As salam Doctor, sy ingin bertanya adakah pendarahan akan berlaku lama selepas operation buang endometriosis cyst stage 4. Mamandangkan sudah sebulan operation tersebut dan darah masih keluar. Saluran tiub fallopian kedua-dua yg tersumbat pun sudah dibuka dan retroverted rahim pun sudah di betulkan oleh doctor.
    T kasih doctor.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam.. sy ada buat laparoskopy pada 22 june 2015.. tapi smpai sekarang saya masih belum period.. last period pada 4 june 2015.. adakah itu normal.??

    ReplyDelete